Monday, December 20, 2010

Home Sweet Home


Haihh... akhirnya pulang ke rumah semalam.... Home Sweet Home.... menempuh Hujan yang teramat lebat dari Kemaman sehingga ke Paka. Time aku drive dari tol Bentong ke Tol Jabor,cuma rintik-rintik sahaja di sepanjang LPT itu. Hujan yang lebat dengan jarak pemandangan hanya 2 buah kereta sahaja...sungguh mengundang gundah,resah dan gelisah kat jiwa ini.. yer la maunya tak, terpaksa menempuh hujan dan air yang merentas jalan raya.... :) Alhamdulillah akhirnya berjaya sampai jugak ke rumah. Dengar ceritanya, sebelah petang keadaan di Kerteh n Kemasik mengalami banjir besar. Sesapa nak tgk Boleh Klik Disini.

Pasal Shopping ni...banyak jugak la guna kad kredit. hahahahha. takpe la. awal2 dah setel sket barang kawin. haih.tertekan jugak ler.... tak pernah shopping sebanyak itu menggunakan credit card.. lepas ni kena stop penggunaan credit card. tak nak lebih bujet lagi :). tapi........ My Phone pulak buat hal... haihhhh..time2 sesak mcm ni la nak buat hal...anyway..takpe la..bersabar dahulu dengan telefon baru :P.

P/S: Dapat Blackberry pun best jugak..takde sesapa ke nak kasik? MyDear?

post signature

Thursday, December 16, 2010

Year End Sale.


Esok sesudah subuh, nak bertolak ke Kuala Lumpur....nak menyertai ahli jawatankuasa YES...hehehhehe membeli-belah la jawabnya....sekadar untuk melangsaikan barang2 hantaran, gubahan and bunga pahar yang masih tertangguh akibat ketiadaan bahan yang diperlukan di sini.
terpaksa la menggores kad kredit yang dah tinggal RM100 Hutangnya dahulu...haihhh..nak buat mcm mane, gaji akan dapat pada 20hb. ni...adehhhHHhh ..tertekan la jugak....

Aku berdoa agar segala barang yg ada dalam list kepala otak aku ni akan ada dan mencukupi...haihhh baru la tenang hati ni nak fikir pasal kad, pelamin dan sebagainya........

tenangkan diri dan fikir keseronokan Year End Sale.... :)

P/s: babai MyDear..minggu depan kita jumpa!! :*

post signature

Thursday, December 9, 2010

Chocolate Give Away....


J0M ..JoM ..membeli-belah D'nialicious... sesapa nak menempah choC, Cuppies, CAke.. Lolli.... semua ada kat sini..... kat mane?
Tentu skali di...

D'nialicious@Kuala Terengganu.

p/s: tgh melilau..untuk menempah muffin for my weD. :)

post signature

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua Kaum Muslimin dan Muslimat sekelian. Semoga Tahun baru ini semangat kita semakin bertambah, azam pun semakin kuat... Berbicara pasal Azam ni...tahun lepas dan tercapai atau hampir2 tercapai? :) tak kisah la janji kita sentiasa memperbaiki diri agar lebih berdisiplin dan berhemah :)

Semalam, tetiba terasa ingin menyambut awal Muharram di Masjid berhampiran dengan rumah. Aku sampai di masjid dalam pukul 6.40 petang, dan aku rasa aku la yang paling lewat sampai ke sana. Aku lihat sambutan agak berkurangan....time tu terasa jugak sesungguhnya merayakan sambutan tahun Baru Inggeris lebih meriah berbanding Tahun Baru Islam... sungguh menyedihkan T.T

Aku bergegas ke bahagian solat wanita....dengan niat tak mahu ketinggalan untuk doa akhir tahun dan awal tahun yang akan dibacakan oleh Imam..Lebih Afdal sekiranya doa itu diaminkan bersama-sama jemaah lain.. mane tahu dalam ramai2 jemaah tu ada yang termakbul doanya. :) kita pun dapat sekali 'sahamnya'.

Selepas solat mahgrib, berjemaah solat hajat, bacaan yassin dan di akhiri dengan solat isyak berjemaah. Turun dari ruangan solat wanita, betapa terkejutnya aku lihat rupanya ramai jugak yang mengimarahkan Masjid. Sangkaan aku kurang mendapat sambutan pada awalnya rupanya silap :) Khemah yang disediakan untuk jamuan oleh pihak masjid dipenuhi para jemaah. (Maunya tak penuh, Nasi Goreng Putih, ayam berempah, mi goreng, sirap dan pisang pun langsai di atas meja berkenaan. heheehehehhe... )seronok kalau ramai-ramai macam ni sambut Maal Hijrah dari bertepik terlolong menonton konsert seperti Tahun baru Inggeris itu :P.

p/s : Salam Muharram 1432H :)

post signature

Thursday, December 2, 2010

Widelia Beauty Give Away




hai..Sesaja nak memenuhi jemputan HAZLINA di ruangan Shoutmix saya....
rasanya nak tag mY Dearest Fren Liliey untuk Join The Club :)


"Bila Saya Cantik... Saya Bersyukur dan tidak akan bermegah dengan Pemberian-Nya. "

anda nak Join??.... Jom Klik Disini

Tarikh tutup :31/12/2010

BBQ


Rasa rindu nak lepak bersama anak-anak sedara nak buat BBQ bersama ahli keluarga... hehehehhe...buleh mandi hujan sekali sambil berBBQ !!!!.. seronok jugak kan? :P cari punya cari tetiba terjumpa dengan Satu link yang agak menarik resepi BBQnya... Jom try..................

Friday, November 26, 2010

Cincin..Oh Cincin..


Semalam...25/11/2010... aku dengan berbesar hati telah bercuti untuk ke Habib Jewel... bukan apa, sekadar ingin melihat koleksi Clearance Sale nya itu..memang dah janji dengan MyDear..nak amik saiz jarinya.... So, pagi2 lagi belum Habib Jewel buka..aku dah tercongok kat depan kedai....bila dah start open, ape lagi..terus aku melangkah ke bahagian cincin untuk lelaki...

Aku mencari cincin yang simple... tapi MyDear nak yang permata, So, terpaksa la beli yang Diamonds punya cincin.....adehhh....cincin oh cincin...terkena la jugak ribu raban..hahahhaahha...takpe la...Cincin kawin untuk org yang kita sayang..cincin yang paling bermakna dalam kehidupan kita..Cincin yang paling dihargai dalam hidup setiap pasangan berkahwin kan??? (aku rasa la... :P)

Lepas melunaskan bayaran..tetiba pulak perut jadi lapar semacam... pegi la makan kat Food courts Mydin Mall.. Sempat la jugak aku membeli CD-Thank You ALLAH -Maher Zain.. lagu-lagunya umpama nasyid moden.... tak puas sekira tak mendengarnya... lagu berunsur nasihat dan doa untuk kebaikan diri kita sendiri...... kalau tak pernah dengar lagu-lagu nasyid, cuba dengar CD ini..nescaya korang pasti suka... :) pasal aku bukan lah peminat nasyid tegar.. :P

Bab Cincin telah aku setel untuk perkahwinan. tinggal sedikit barang-barang hantaran dan gubahan hantaran belum lengkap lagi.. pening kepala la jugak persiapan untuk kahwin ni yer :) moga dipermudahkan segala urusan.... Kahwin..oHhh Kahwin :)

P/S : MyDear............. Saya pun nak Gelang Habib Jewels tuuuuuuuuuuuu!!! (^^)

Sunday, November 21, 2010

.: Harry Potter and The Deathly Hallows :.


Akhirnya....dapat juga aku menonton Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1.Hurray....bukannya ape.... ceritanya suspen, cara nak sampai ke cinema pun suspen jugak... :)...

Sepatutnya untuk collect tiket yang ditempah adalah 45 minit sebelum tayangan bermula.... Aku n MyDear bertolak dari rumah dalam pukul 4.30ptg... punya lah ramai manusia kat jalanraya tu... hampir 5.30ptg baru la aku sampai ke tempat ticket Booking... Jurujual kat depan dah tergelak tgk aku muka beria-ria berjalan ala-ala pelumba jalan kaki menuju ke kaunter berkenaan..."arghh tak kisah la..janji dapat tiket tu jugak" dalam hati berkata demikian..hhehehehhehe... adeh, bila dah dapat tu..baru la lega perasaan....

Jalan cerita HP7 kali ni berkaitan jugak dengan yang lepas, Pengetua Dumbledore kan dah mati... banyak perkara berlaku. Kementerian Magic pun dan huru-hara.....Banyak yang berkaitan dari yang lepas.... MyDear dah mengantuk dk kat sebelah.. lebih banyak makan dari menonton... (mungkin nak hilangkan mengantuk) ...tak berapa faham kot!!! :P tak kisah lah...janji aku paham sudeyyy.... dan ada org yang sanggup menemani ku :P...awal cerita mcm agak boring... cuma bila dah nak akhir baru mcm menarik.... tapi terpaksa Stop... Bersambung pada Part 2 pulak... hehheehhehehhehe..kalau dari segi bintang... aku boleh bagi 3 /5 bintang la.... :) berbanding Harry Potter yang lepas2......

p/s: thanks MyDear... temankan saya..... :*

Thursday, November 18, 2010

Raya ke dua...


Malam ni malam raya ke dua...seperti biasa, famili abg aku dah sampai, cuma esok famili kakak aku akan pulang beraya kat sini... esok rasanya nak pegi jogging...tapi ni hujan pulak...mematahkan semangat sungguh....!!!!!!

Esok, rasanya nak buat tart telur... nak kasik bakal ibu mertuaku n MyDear makan kueh kesukaan aku tuh.. :) Acara di waktu petang dah janji ngan MyDear nak pi tgk HarryPotter 7 baru..beliau menjadi mangsa keadaan dimana aku memaksa beliau menemani aku...alaaa... sape lagi nak temankan aku menonton HP7 tu kalau tak die...Sesungguhnya aku tak pernah ketinggalan setiap siri HP(peminat tegar Harry Potter) :P tak sabar nak tgk Wayang..yiHaaaAAhh......

p/s: MyDear..kalau hujan nak cansel ker? :'( oHhhh Harry Potter!!! lepas HP7..kita tunggu Narnia pulak yer sayang!!!! :P

Tuesday, November 16, 2010

My One True Love...

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Haihhh..Dah lama tidak menulis blog yang ku cintai selama ini..... semenjak dua tiga menjak ni asyik sibuk dengan hal peribadi... sampai terlupa untuk menulis di sini... :) Akhir bulan lepas, aku telah melangkah ke satu Fasa Pertama dalam kehidupanku, sebagai tunangan orang.. Majlis yang diadakan secara suprise dan teramat simple..cuma dihadiri ahli keluarga terdekat. Banyak persiapan yang hendak dilakukan sehingga meninggalkan blog yang aku sayangi ni berhari-hari lamanya. Harapan aku semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang sehingga memasuki Fasa Kedua pertengahan tahun hadapan bersama My One True Love.... Aminn..

Malam ni malam Aidiladha 1431H.... malam merayakan hari pengorbanan kepada ALLAH swt. Banyak yang perlu dipahami dan dihayati melalui erti pengorbanan ini.... Yang paling Utama..pengorbanan untuk memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang disekeliling kita dalam keadaan sedar atau tidak.

Pengorbanan mengenepikan segala keegoan untuk memohon keampunan sesama kita adalah lebih mulia dari segalanya... lupakanlah segala sengketa yang ada demi mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin selama ini.

Memaafkan dan memaafi antara satu sama lain lebih membuatkan kita merasa lega,selesa,dan yang paling utama ketenangan yang tidak dapat digambarkan melalui ungkapan kata-kata. Hanya hati yang mampu mengungkapkan keindahan "maaf" dan menenggelamkan segala dendam yang selama ini bersarang di hati.....kerana MAAF ITU PENAWAR DENDAM yang paling berkesan dalam setiap insan.

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata,seribu bahasa, tetapi....kata-kata bukan bukti unggulnya sebuah Perasaan"

Salam Aidiladha Untuk semua... Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap disepanjang pengenalan dan penulisan kita selama ini...

Wassalam.

p/s: Cuti 4 Hari...Jumaat MyDear nak jumpa..Hurray! (c;X

Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri 1431H


Salam Aidilfitri 1431H untuk semua warga Bloggers yg sentiasa menziarahi blog saya yg tidak seberapa ini. Ampun maaf di pinta sekiranya terdapat silap dan salah dan terkurang dalam penulisan blog "imagination rules the world" ini.....

p/s: tak sabar nak main mercun...tapi hujan pulakkk :P

Monday, August 30, 2010

Merdeka


Selamat hari kebangsaan untuk seluruh warga Blog... :) ... Sudah merdekakah kita dari penjajah alaf baru selama ini selalu menghantui kita....

AlhamdulILLAH atas keamanan yang dikecapi selama 30tahun kehidupanku di Bumi Malaysia...

Monday, August 9, 2010

Sirah

Hindun pujuk suami peluk Islam

HINDUN binti Amru berasal daripada Bani Salamah. Dia adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Amru. Hindun mempunyai sifat berani, berilmu, tabah, dan sabar.
Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Amru bin al-Jamuh. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muaz, Muawiz, Khallad dan Abdurrahman.

Hindun adalah antara wanita yang masuk Islam ketika Mushab berdakwah di Madinah. Mushab dihantar oleh Nabi Muhammad bagi mengajak orang Madinah memeluk Islam.
Kedatangan Mushab ke Madinah disambut baik oleh penduduk Madinah. Hampir seluruh keluarga Hindun turut memeluk Islam kecuali suaminya. Suaminya tidak suka ahli keluarganya memeluk Islam. Bagi suaminya kedatangan Mushab ke Madinah adalah salah dan mengacau-bilau agama nenek moyang mereka.
Bagi memastikan isteri dan anak-anaknya tidak memeluk agama Islam, Amru telah menasihati mereka.
Amru berkata kepada Hindun, "Saya dapat tahu Mushab sudah mula menyebarkan agama Islam kepada penduduk Madinah".
"Saya tidak mahu awak dan anak-anak terpengaruh dengan kata-kata Mushab," sambung Amru lagi.

Agama yang baik dan benar
Hindun diam mendengar penjelasan suaminya. Kemudian Hindun berkata, "Awak sepatutnya mendengar dahulu ajaran Islam yang disampaikan oleh Mushab".
Amru pun berkata, "Tidak ada faedahnya saya mendengar ajaran Islam yang disampaikan oleh Myshab. Sudah terbukti agama nenek moyang kita lebih baik daripada agama Islam".
Amru menyentuh patung berhala yang diberi nama Manat yang terdapat di rumahnya. Patung berhala itu diperbuat daripada kayu. Hindun cuba memujuk suaminya supaya menerima ajaran Islam.
Hindun berkata, "Agama Islam adalah agama yang baik dan benar. Cuba awak dengar dahulu penjelasan dari anak awak. Anak kita sudah mendengar ajaran yang disampaikan oleh Mushab".

"Rupa-rupanya dalam diam anak kita sudah memeluk agama Islam. Anak tidak kenang budi!" kata Amru dengan nada tinggi.
"Dia mencari kebenaran dan petunjuk hidupnya," kata Hindun.
Setelah puas dipujuk oleh Hindun akhirnya Amru dengan rela hati mendengar keindahan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh anaknya. Berkat doa Hindun pintu hati suaminya terbuka dan menerima agama Islam.
Selepas Amru memeluk Islam bermakna seluruh keluarganya sudah memeluk agama Islam. Hindun adalah isteri yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup.
Semasa Perang Uhud, suaminya yang berkaki pincang itu bersemangat ingin mengikuti Nabi Muhammad berperang di Bukit Uhud.

Anak-anaknya melarangnya kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Namun Amru bersemangat dan berjumpa dengan Nabi Muhammad.
Amru berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai tuan, anak-anak saya tidak mengizinkan saya berperang d bukit Uhud. Saya ingin ikut bersama tuan. Saya ingin berjihad di jalan Allah".

Lantas Nabi Muhammad berjumpa dengan anak-anak Amru lalu berkata, "Awak semua tidak berhak melarang ayah awak ikut berperang di bukit Uhud. Semoga Allah memberikan dia syahid dalam perang Uhud ini".
Akhirnya, Amru bin al-Jamuh antara pasukan tentera Islam yang awal terkorban. Selain daripada itu anaknya yang bernama Khallad dan saudara kandungnya iaitu Abdullah bin Amru juga turut terbunuh.

Berita kematian suami, anak dan saudara kandungnya itu diterima dengan hati yang reda dan tenang. Jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Uhud.
Sifat berani Hindun terserlah apabila dia sendiri berjihad di medan perang Khaibar. Dia telah ikut serta bersama angkatan tentera Islam bagi menentang musuh.
Hindun adalah pahlawan wanita yang sanggup bertarung nyawa demi tuhannya Yang Maha Esa. Dia pernah meminta Nabi Muhammad mendoakan dirinya.
Hindun berkata, "Wahai Nabi Muhammad, tolong doakan semoga saya dapat di tempatkan di syurga kelak".
Sepanjang hidupnya Hindun sering melakukan amal ibadah dengan ikhlas kepada Allah.


Artikel ini berasal dari sebuah blog yang saya Follow...... Sekadar bacaan dan berkongsi bersama rakan2 bloggers :)

Ramadhan 1431H


Ramadhan 1431H kali ini agak meriah dengan pertambahan ahli keluarga baru yg berusia 9bulan.... semestinya my "Upin & Ipin" Adeeb & Aqeef. Baju raya semua dah setel... (mengambil langkah drastik menempah dengan lebih awal beberapa bulan sebelum ramadhan...sekali dengan My Dear.. :P ) Tema tahun ni Merah... tapi family abg aku peach & Ungu.... takpe la gabung2 kaler..ahaks! mcm kek lapis....
Semangat tahun ni nak memperbanyakkan ibadah Terawih tuh..hehehehhe..tapi tak tau la setakat mane yang termampu.! :p janji buat jugak di bulan ramadhan ni...walau pun tak sepenuhnya..ye tak?Petang tadi, member opismate sebelah meja dah berbunyi..."menu apa bulan2 pose nih!" dah pikir pasal menu... bila dah bersuami ni memanglah ini merupakan satu masalah apabila tiba bulan ramadhan.:)... aku pun bakal menghadapinya... [harap2 MyDear jgnlah cerewet sangat yer... almaklumlah Emak kamu takder, sekali sekaler jom lah berbuka puasa kat Umah... :) ]
Walau ape pun.... aku bersyukur dapat merasai kenikmatan Ramadhan untuk kali ini..... Last Ramadhan secara Solo..next year dah Berduet...... :) semoga aku tenang menghadapi segala ujian yang mendatang......

P/s: puasa jgn tak puasa!!! :*

Wednesday, August 4, 2010

Ape-ape aje.....


Hari ini..hari Rabu............... tak banyak acara nak ditulis dalam blog ini.. cuma yang pasti, office aku bising dengan kedatangan tukang-tukang rumah....... tukar pintu, buat bilik.... pening aku, rasanya kalau 5jam diorang buat kerja kat sini..mau tuli telinga aku dengar mereka2 memotong besi, kaca, plasterboard dan sebagainya.
Cuma aku tak paham, apsal la office dah cantik perlu ada penambahan lagi....sekadar pendapat aku.. umpama tikus membaiki labu. Melayan karenah staff2 Kontrak yang mahukan bilik !!!! tau la kamu tu "41" ..Boss Kecik. tapi Jangan la berlagak mintak semua dan paksa orang tunaikan... Big Boss pulak dengar nasihat 'orang kanan' yg telah dihumban ke tempat lain, jadi projek pembinaan bilik boss2 kecik ni menyesakkan mata, hidung(debu/bau gam) dan telinga aku.
Staff2 Kontrak sedarlah diri kamu itu sikit... esok lusa takder disambungnya kontrak kamu tu, janganlah di minta macam2. Kami staff permanent ni pun terima seadanya, dan bersyukur diberikan kemudahan sedia ada.
Bukan hendak memuji, tapi aku tgk staff permenant yang senior, slumber je.takder nak kecoh2, walaupun setiap petisyen diorang & aku sendiri sebesar reban ayam dan penuh dengan fail,dokumen kontrak & pelan2 pembinaan di belakang kerusi duduk kami.
haihhh...Ape-ape aje la.....

P/S : sentiasa Bersyukur... (seronok juga bila petisyen 'bersih' mcm gambar dia atas!)

Monday, August 2, 2010

Dilema...Teman


kata-kata ini aku ciplak dari laman "Mukabuku" seorang rakan sekolah dulu...menarik!!! terima kasih untuk Cking Tera...... rasanya sekali sekala merenung mutiara kata sebegini boleh buat seseorang menilai kebenaran yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. :)

Sepanjang perjalanan kehidupan,
ku temu pelbagai rupa kawanku.
gemuk, kurus, panjang, pendek,
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu
Bersikat, bertudung…
akan sejenak ku terfikir…
manakah satu…..
rupa yang akan menjadi kawanku yang setia..
yang gemuk atau kurus?
yang pendek atau panjang?
yang lawa atau hodoh?
yang bersikat atau bertudung?
diriku dalam dilema….
setelah difikir berkali…
tersedar diriku…
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah
dan……
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat
kadang-kadang yang bertudung tak selalunya jujur
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…
mencari kawan memang senang…
tetapi mencari kawan yang setia
umpama mencari jarum dirumput yang kering...
berusahalah untuk mencari kawan yang setia...Cool

Thursday, July 22, 2010

That's What friends are For.....


Keep smilin', keep shinin' Knowin' you can always count on me, for sure That's what friends are for For good times and bad times I'll be on your side forever more That's what friends are for -That's What friends are For.. -Dionne Warwick-

Lagu ni khas untuk rakan, sahabat yang sentiasa ada bersama tak kira walau bagaimana keadaan kita,rupa paras..pangkat dan harta..semuanya hanya berbentuk sementara.... sahabat sejati sentiasa ada di sisi tanpa mengira suka atau duka..... buat jangka waktu sekarang, mencari seorang sahabat sejati tentu amat rumit berbanding memilih seorang rakan, kekadang kita tidak menyedari kehadiran sahabat sejati dalam kehidupan sehariaan,kita mula merasa di saat kehilangannya dan kehadirannya amat dihargai....

kenapa saya suka menulis tentang seorang sahabat?
kerana... SAYA MENGHARGAI NILAI SEORANG SAHABAT SEJATI.
Jangan kerana ikutkan rasa hati kita sanggup mengkhianati persahabatan kita...

Tuesday, June 22, 2010

Ohh BTN..Versi 2


Semalam dah selamat sampai aku kat rumah...(dengar cerita huru hara je bunyinya kat Office pasal ketiadaan transport nak amik aku di Besut tuh :P....) anyway..terima kasih kepada semua yang membantu :)

alkisah......
Cuma aku nak katakan disini..bagus juga kursus di BTN. dapat kenal asal usul negara kita sdiri..terutama semasa penjajahan, kemerdekaan, rusuhan dan yg paling utama.. pasal perlembagaan negara. Kalau nak dikatakan majoriti yang berada di kursus tu memang tidak tahu perlembagaan negara(mcm aku... :p) lepas berada kat kursus tu aku rasa mcm sangat penting bagi setiap rakyat malaysia menyertainya. Ianya bukanlah seperti yang digembar gemburkan sebelum ini dimana kursus BTN ini menjurus kepada pro-kerajaan. bagi aku ia tidak menjadi masalah kerana selama ini pun asal usul keamanan negara, kestabilan politik pun di asaskan oleh kerajaan yang ada sekarang. Tak salah kalau kita pergi dan mendengar pendapat dari Fasilitator yang terpilih di sini. Untungnya aku semasa Latihan Dalam Kumpulan (LDK), group aku diberi seorg fasilitator yang hebat. Banyak yang aku tak faham mengenai politik, kerajaan, pentadbiran dan perlembagaan dapat aku suarakan disini. Jadi tak payahlah mendengar ceramah parti-parti politik yang tidak fasih mengenai perlembagaan tapi masih ingin membohongi rakyat seterusnya... setiap apa yang dibicarakan samada dari kerajaan atau pembangkang diperdebatkan di dalam kelas LDK ini berasaskan kepada perlembagaan. Itu yang aku suka.... setiap yang diperdebatkan berdasarkan fakta. Dari kelas dan ceramah kenegaraan yang disertakan di dalam kursus ini.... paling utama yang mesti kita igt dalam diri masing-masing selagi di dalam kad pengenalan kita tertulis 'Bangsa Melayu', Pertahankan Kontrak Sosial. tidak akan ada org yang boleh mengubah, menyentuh mengenai Kontrak Sosial selagi kerajaan kita Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan. Usahlah percaya dengan ceramah2 politik tanpa kita menyiasat asal usul apa yang dibahaskannya... tak rugi jika kita mengetahui apa yang ada dalam perlembagaan negara kita...
Aktiviti yang diadakan amat memuaskan. Terutamanya aktiviti lasak seperti Repelling(seperti gambar di atas)... memulakan agak takut juga..tapi nak hilangkan rasa gayat tu..kugagahi juga kaki ni memanjat menara yg agak tinggi itu...bila dah start turun, rasa gayat dah hilang, siap aku tergelak-gelak time lompat menurun dari menara ni...kalau lah diorg mintak aku buat sekali lagi...3 kali aku nak buat...best woOO.. baik korang cuba kalu ada peluang. Time Kembara kitaorg just pergi panjat bukit Kluang jer, sekejap aje dan terus balik ke Kem melalui jalan pantai...jauh jugak melalui jalan belakang untuk sampai ke kem. kaki aku pun dah sakit tapi seronok, pasal time jalan2 ni lah kita boleh borak-borak dengan rakan-rakan satu kem. Ujian Fizikal pula kita dapat ketahui tahap kecerdasan tubuh badan kita. Yang paling lawak, boleh tgk aksi lucu rakan-rakan yang ambil ujian fizikal nih.... kalau nak tahu jom sertai BTN Kem Bukit Kluang, Besut.... Tentu Best!

P/S: Selamat Tinggal BTN!

Wednesday, June 16, 2010

Ohh BTN...


Hari Khamis ini aku terpaksa melangkah ke Kursus BTN, Bukit Kluang, Besut. Kalau tak ke Kursus BTN ini, macam mana pulak nak ambil periksa PTK?? Transport pulak problem.... menyirap darahh aku nih.haihhh.... anyway...nanti aku menulis lagi selepas pulang dari BTN yerk?! :P...Ohh BTN.........................

Wednesday, June 9, 2010

Nadiku

lagu ni aku jumpa kat satu blog my fren.... agak sedih... tapi elok untuk layang jiwang.... :)
lagu ni kisah ape ekk? menurut di Youtube...

kisah 2 org yang saling mengasihi, dan salah sorg ni terlalu menumpu pada hal/kerja die utk membahagiakan org yg die syg tu. sampaikan die tak tahu bahawa org yg die syg tu menangis tiap mlm kerana ditinggalkan. akhirnya, die tahu ape perasaan org tu. die jadi keliru, serba salah sbb niat die bekerja hanya utk membahagiakan perempuan tu.akhirnya die mengalah dgn perasaan KASIH SYG, kebahagiaan tu ade bukan dari harta tapi ade pada suara kecil hati org yg kite syg.


Monday, June 7, 2010

cuti-cuti...


Lepas dah Cuti-cuti minggu lepas... haiyOOo... penat tidak terhingga.... dah lah setiap hari sepanjang berada di sana 4.00a.m dah kena bangun... maklumlah waktu subuh 3.15a.m.... Kepada sesapa yang nak bercuti ke Beijing tuh...cuba-cubalah mendaftar kat travel agent... tak pernah menyesal... pasal seronok sangat bila berada di sana....masa pun padat...tak pernah tersisa sedikit pun.... hehehhee.. sampai aku asyik 'terpadam mentol' apabila berada dalam Coaster bus...ahaks! mane tak terpadamnya, dalam bas tu je lah masa untuk berehat!!
Kalau diceritakan pasal bab Shopping??? ermmm....tak sempat, masa diberikan 2 Jam... tu kalau kat Malaysia baru tgh Survey barang......... lagi 2 jam baru start membeli.... ni macam tergesa-gesa sgt... sempat la beli beberapa cenderahati untuk rakan-rakan ofice! Apa lagi yang aku beli???? alas meja dan sehelai T-shirt bertulis (dancing) dalam bahasa Mandarin.. :) cuma hari terakhir..ketika berada di kawasan Olimpik (Stadium Sarang Burung) sempat la membeli seutas rantai permata Nilam buat kenangan...itu pun dengan harga berpatutan.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang payah nak telan Chinesse Food, eloklah membawa bekalan seperti sambal ikan bilis, serunding daging, kari dalam tin(buatan malaysia) serta makanan rugi "M.A.G.G.I.E"....tentu anda tidak menyesal jika membawa bekalan seperti itu...memanggggggg berbaloiiiiii !!! :p Penggunaan toilet...seperti negara-negara lain anda dinasihatkan membawa botol mineral kosong untuk kegunaan bersuci...takut anda pula tak larat asyik beristinjak..... ahaks! :) anyway...pergilah bercuti...........

p/s : seronok Wooo...Wo ai in Beijing!!! :)

Wednesday, May 26, 2010

Leaving on The JetPlane...



Malam ni nak terbang ke K.L .... esok, Selamat tinggal Malaysia..... :) ... haihh..nak terbang jauh ke negara org ni kekadang membawa seribu perasaan. Kekadang rasa teruja..kekadang rasa takut..yang pasti... segala pengalaman banyak diperolehi dengan perjalanan yang sejauh ini... so, kepada rakan2 bloggers.. dan yang singgah di blog ini... gudbye... nanti kita berjumpa lagi.......cause i'm Leaving on the jet plane!

p/s : Bye2 MyDear... :*

Sunday, May 16, 2010

Sometimes.....Miss Him..

Puisi Terindah - Daun band
Ku rasakan telah ada yang merindu, Ku tak pasti itu yang bisa membuai, Ku tahu dirimu hanya selaksa (seleksi), Terpingga.. di dalam hati.... Setiap yang terucap kata itu aku, tak sanggup membalas semua anugerahmu, ku takut dirimu terlalu berharap, akan hangat sentuhanku.... Ku akui dirimulah yang terindah, Yang tak akan pernah bisa ku lupakan, Namun bila kau slalu ada disisi, Tak akan bisa berikan apa inginmu... Ku bukan terbaik atas cinta sucimu, Ku Pasti tak dapat buat kau bahagia, Aku bukanlah Raja dengan sebuah mahkota, Yang tercipta untuk dirimu.......... Kau Percipkan....rindu untukmu... Dan.. Kau Cinta yang pernah kau beri, Dan ..Kau dapatkan... Sakitnya yang tak kau rasa... Keperitanmu.......... Kau kan tahu diriku tak bisa membelai mu untuk bahagia..................

Kisah yang hendak ditulis disini..tentang seorang rakan.... lagu ni bukanlah khas untuk kekasih hati cuma untuk seorang sahabat yang selama ini memberi dorongan dan semangat untuk memulakan hidup yang baru setelah kegagalan yang ditempuhi sebelum ini....kegagalan dalam bercinta, kehidupan dan sebagainya.

Walau tidak mengenali secara realiti dan hanya sekadar di maya........ aku rasa senang berbicara dalam pelbagai hal,masalah atau isu.b
egitu juga dengan dia......Yang paling aku senang dengan kehadiran dia kerana dia seorang amat memahami jiwa aku, kehendak dan perasaan walaupun hanya sekadar menulis di Yahoo Messenger.

Dahulu dia pernah 'menghilang' selama hampir setahun, dia muncul kembali.... "
BUZZ" pada nickname aku membuat aku hampir menangis kegembiraan dengan kehadiran dia di Y.M ketika itu... dan..buat ke dua kali dia 'menghilang' kembali..... aku tak pasti sama ada untuk selama-lamanya atau untuk jangka masa tertentu... Sometimes...Miss Him so much! aku berharap & berdoa agar die selamat dan berbahagia jauh di negara orang... satu hari nanti mungkin kita ketemu lagi....di tanah air kita... di bumi tercinta TERENGGANU. Hope so...

TO: "Pakcik"
if u read this blog... pleasee... on9.. k :) masih berpegang pada janji-janji kita? aku masih berpegang pada janji-janji kita.............




This is The Last Time....

Lagu ni..selalu jer aku mainkan time nak pegi tempat kerja... (offcoz la dalam my Car!!) tak dengar maka cam tak hapenning jer pagi tuh..sesaja menceriakan suasana yang mengantuk!! ahaks! tak kisah la kalau lagu ni dah lama bagi korang..tapi bagi aku ia tetap menghangatkan otak yang tak berapa nak segar di pagi hari :P lagu ini juga aku dah Post it kat My Playlist n My lyric tu...so enjoy!!!! v(*_-)q

p/s : This is the last time -Keane

Friday, May 14, 2010

Vaksin....


12/5/2010...dah 'selamat' aku di 'vaksin'kan.....Ceritanya begini, seawal 8 pagi aku dah terpacul di depan Klinik Kesihatan KK3.... haihh... hati pulak berdebar-debar...sakit ke??? ku tabahkan hati melangkah ke dalam klinik dan terus menuju ke bilik no.6..............setelah i.c diambil oleh jururawat bertugas..... aku telah di suntik dengan Vaksin H1N1......... hari pertama terasa pedih bagaikan luka terkena pisau... hari kedua badan ku semakin lenguh, macam demam panas yang teruk tetapi yang musykilnya badanku tak panas!! mataku dah tak boleh buka sepenuhnya..rasa macam nak pejam sahaja..tak kira masa.... berpeluh-peluh macam atlet pecut 100 m...setelah panadol ditelan..aku tido sepuas-puasnya.... :) hari ni aku rasa 90% badan aku kembali normal... tak sangka kuat jugak kesan dari Vaksin H1N1 yer. :P ..menurut Jururawat tersebut, kesan sampingan biasanya akan lenguh & bengkak pada tangan yang disuntik serta demam. Ubat yang boleh di ambil hanyalah panadol/paracetamol sahaja. aku lihat ramai warga kita berketurunan selain melayu yang mengambil peluang mendapat Vaksin Percuma ini... Orang keturunan 'kita' tidak ramai merebut peluang keemasan seperti ini, di mana kesedaran untuk menjaga kesihatan dikalangan warga 'kita' ini? sungguh merugikan.. jumlah vaksin percuma juga semakin berkurangan dan masyarakat 'kita' masih dalam keadaan tidak sedar kehadiran Vaksin tersebut dan hidup dalam keadaaan "saya takut jarum"..alangkan ruginya kita....

p/s: pencegahan adalah lebih baik dari mengubati :) fikir-fikirkan lah...

Monday, May 10, 2010

May ...here we Come..


Bulan ni membawa seribu kerahmatan kerana aku dah berjaya untuk menempuhi hidup selama 30 tahun dengan segala pengalaman pahit dan manis untuk menjadi seperti sekarang...... 5th May 2010 kehidupan dimulakan dengan riangnya...-membaca ucapan happy birthday yang terlalu banyak di Facebook dan mobile phone saya... alangkah bahagianya... :) ada juga rakan2 yang sentiasa ingatkan kita :) terima kasih my friends.... u're da best!
Dah begitu lama aku tidak mencoret sedikit kisah dalam blog tersayang nih :) anyway kepada follower...terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan :) meluangkan sedikit masa membaca blog aku yang tidak seberapa ini....
2 minggu lepas di akhir bulan April, aku bersama ahli keluarga merehatkan badan dan minda di Cameron Highlands....erm..memang happy..tapi still rindu pada Dungun tercinta :) rasa mcm rindu pada pantai yang indah.... suasana panas terik dan paling dirindui...Keropok Keping...... tu yang utama,ahaks!
InsyaALLAH.... aku akan berangkat ke luar negara pada masa terdekat untuk bercuti lagi...... kalau ada masa aku akan menulis di blog tersayang ini lagi.. :) ..Ok chow... tgk TV kejap! :)

p/s: Nak pegi cucuk Vaksin H1N1........

Sunday, February 28, 2010

Dera :(


Dalam 2,3 hari lepas...kita telah digemparkan dengan tragedi yang menimpa adik Syafia...Sedih tidak terkata hendaknya.kesengsaraan yang dialami oleh si kecil ini sungguh pedih...teruk dipukul..tanpa belas simpati.... rasanya binatang pun kita kensiankan..ini kan manusia.... APA DOSA SI KECIL ITU? jari yang halus dan lemah itu tak mungkin membinasakan kita yang dewasa ni... menurut sumber siasatan...dari akhbar... adik ini di dera secara berterusan.... bukan sahaja pada hari itu.... kesimpulannya, mana tanggungjawab ahli keluarga sebelah ibu Syafia tu sendiri? membiarkan Syafia iaitu (cucu,anak saudara, sepupu bahkan anak keluarga mereka sendiri) menjadi mangsa kekejaman orang lain.. Saya kadangkala merasa ragu dengan kenyataan yang dibuat oleh keluarga adik Syafia.... tidak kah mereka tidak melihat keadaan tubuh badan mangsa ketika memakai baju dan sebagainya.... saya pun pernah menguruskan kanak-kanak seusia dengan Syafia... si kecil sebaya Syafia tuh masih memerlukan bantuan untuk menguruskan diri mereka..tidak kah mereka tidak perasan keadaan tubuh badan si kecil itu.... Malang sungguh nasib si kecil itu.... hidup kekurangan kasih sayang dan perhatian dari keluarganya. ALLAH sayangkan Syafia lebih dari kita... kita tidak tahu kehidupan yang bakal mendatang bagi Syafia jika dia masih hidup.... sesungguhnya takdir yang ditetapkan oleh-Nya mempunyai hikmah tersendiri.... semoga ALLAH jua yang akan memberi Balasan untuk mereka yang menyembunyikan penderitaannya dan "kekasih syaitan" ibunya itu... amin...

p/s : Al-fatihah untuk adik Syafia 28/02/2010

End Of February...


hari ni 28hb. Feb. 2010...tiada 29, 30 0r 31 hb........ End of February..... hari ini juga merupakan tarikh lahir bagi 3 org yang aku kenali iaitu, Vee, Ayah Teh & Cu Lah......cuma tahun kelahiran diorang berbeza. :) Gaji pun dah semakin susut..almaklumlah bulan Februari ni gajinya awal.... dan bulan Mac pulak lewat...huh..lelah jugak nak bernafas sampai akhir bulan 3 nih...(my dear, bantuilah saya..... yang sedang kesusahan..Ahaks!! :P) esok bermula lagi kesibukan untuk menghadapi audit dari Sirim...dah lemah segala urat sendi.... nak fikir fail projek lagi.... dekat site lagi....adeh, memang tak tenang jiwa + urat sarap nak menghadapinya....
Opismate semua pi Sarawak... tinggalkan aku kat opis terkial-kial.... (tapi seronok jugak, bleh layan blog n Facebook habis-habisan...miahahahahah!) hrmm..... kekadang rasa cam nak cuti jek sebulan..tapi mesti boring pulak.... takder kerja nak buat... duk ofis best jugak..bleh buat kerja...main-main...pastu kerja balik....pastu main-main balik.... sesuka jiwa dan raga aku jer... :P
ok lah..nanti sambung cerita balik..... aku nak buat kerja.... tata....... :)

Maulidur Rasul

Bebaru ni kita dah pun meraikan kelahiran jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W... Selawat dan Salam ke atas Rasulullah yang kita sayangi.... igtkan balik pada perjuangan Rasulullah untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.... kita sebagai umatnya patut meneruskan perjuangan mempertahankan martabat Islam sebagai agama yang terulung di muka bumi.... ALLAHUAKBAR........
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers