Friday, November 26, 2010

Cincin..Oh Cincin..


Semalam...25/11/2010... aku dengan berbesar hati telah bercuti untuk ke Habib Jewel... bukan apa, sekadar ingin melihat koleksi Clearance Sale nya itu..memang dah janji dengan MyDear..nak amik saiz jarinya.... So, pagi2 lagi belum Habib Jewel buka..aku dah tercongok kat depan kedai....bila dah start open, ape lagi..terus aku melangkah ke bahagian cincin untuk lelaki...

Aku mencari cincin yang simple... tapi MyDear nak yang permata, So, terpaksa la beli yang Diamonds punya cincin.....adehhh....cincin oh cincin...terkena la jugak ribu raban..hahahhaahha...takpe la...Cincin kawin untuk org yang kita sayang..cincin yang paling bermakna dalam kehidupan kita..Cincin yang paling dihargai dalam hidup setiap pasangan berkahwin kan??? (aku rasa la... :P)

Lepas melunaskan bayaran..tetiba pulak perut jadi lapar semacam... pegi la makan kat Food courts Mydin Mall.. Sempat la jugak aku membeli CD-Thank You ALLAH -Maher Zain.. lagu-lagunya umpama nasyid moden.... tak puas sekira tak mendengarnya... lagu berunsur nasihat dan doa untuk kebaikan diri kita sendiri...... kalau tak pernah dengar lagu-lagu nasyid, cuba dengar CD ini..nescaya korang pasti suka... :) pasal aku bukan lah peminat nasyid tegar.. :P

Bab Cincin telah aku setel untuk perkahwinan. tinggal sedikit barang-barang hantaran dan gubahan hantaran belum lengkap lagi.. pening kepala la jugak persiapan untuk kahwin ni yer :) moga dipermudahkan segala urusan.... Kahwin..oHhh Kahwin :)

P/S : MyDear............. Saya pun nak Gelang Habib Jewels tuuuuuuuuuuuu!!! (^^)

Sunday, November 21, 2010

.: Harry Potter and The Deathly Hallows :.


Akhirnya....dapat juga aku menonton Harry Potter and The Deathly Hallows Part 1.Hurray....bukannya ape.... ceritanya suspen, cara nak sampai ke cinema pun suspen jugak... :)...

Sepatutnya untuk collect tiket yang ditempah adalah 45 minit sebelum tayangan bermula.... Aku n MyDear bertolak dari rumah dalam pukul 4.30ptg... punya lah ramai manusia kat jalanraya tu... hampir 5.30ptg baru la aku sampai ke tempat ticket Booking... Jurujual kat depan dah tergelak tgk aku muka beria-ria berjalan ala-ala pelumba jalan kaki menuju ke kaunter berkenaan..."arghh tak kisah la..janji dapat tiket tu jugak" dalam hati berkata demikian..hhehehehhehe... adeh, bila dah dapat tu..baru la lega perasaan....

Jalan cerita HP7 kali ni berkaitan jugak dengan yang lepas, Pengetua Dumbledore kan dah mati... banyak perkara berlaku. Kementerian Magic pun dan huru-hara.....Banyak yang berkaitan dari yang lepas.... MyDear dah mengantuk dk kat sebelah.. lebih banyak makan dari menonton... (mungkin nak hilangkan mengantuk) ...tak berapa faham kot!!! :P tak kisah lah...janji aku paham sudeyyy.... dan ada org yang sanggup menemani ku :P...awal cerita mcm agak boring... cuma bila dah nak akhir baru mcm menarik.... tapi terpaksa Stop... Bersambung pada Part 2 pulak... hehheehhehehhehe..kalau dari segi bintang... aku boleh bagi 3 /5 bintang la.... :) berbanding Harry Potter yang lepas2......

p/s: thanks MyDear... temankan saya..... :*

Thursday, November 18, 2010

Raya ke dua...


Malam ni malam raya ke dua...seperti biasa, famili abg aku dah sampai, cuma esok famili kakak aku akan pulang beraya kat sini... esok rasanya nak pegi jogging...tapi ni hujan pulak...mematahkan semangat sungguh....!!!!!!

Esok, rasanya nak buat tart telur... nak kasik bakal ibu mertuaku n MyDear makan kueh kesukaan aku tuh.. :) Acara di waktu petang dah janji ngan MyDear nak pi tgk HarryPotter 7 baru..beliau menjadi mangsa keadaan dimana aku memaksa beliau menemani aku...alaaa... sape lagi nak temankan aku menonton HP7 tu kalau tak die...Sesungguhnya aku tak pernah ketinggalan setiap siri HP(peminat tegar Harry Potter) :P tak sabar nak tgk Wayang..yiHaaaAAhh......

p/s: MyDear..kalau hujan nak cansel ker? :'( oHhhh Harry Potter!!! lepas HP7..kita tunggu Narnia pulak yer sayang!!!! :P

Tuesday, November 16, 2010

My One True Love...

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com

Haihhh..Dah lama tidak menulis blog yang ku cintai selama ini..... semenjak dua tiga menjak ni asyik sibuk dengan hal peribadi... sampai terlupa untuk menulis di sini... :) Akhir bulan lepas, aku telah melangkah ke satu Fasa Pertama dalam kehidupanku, sebagai tunangan orang.. Majlis yang diadakan secara suprise dan teramat simple..cuma dihadiri ahli keluarga terdekat. Banyak persiapan yang hendak dilakukan sehingga meninggalkan blog yang aku sayangi ni berhari-hari lamanya. Harapan aku semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang sehingga memasuki Fasa Kedua pertengahan tahun hadapan bersama My One True Love.... Aminn..

Malam ni malam Aidiladha 1431H.... malam merayakan hari pengorbanan kepada ALLAH swt. Banyak yang perlu dipahami dan dihayati melalui erti pengorbanan ini.... Yang paling Utama..pengorbanan untuk memaafkan segala kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang disekeliling kita dalam keadaan sedar atau tidak.

Pengorbanan mengenepikan segala keegoan untuk memohon keampunan sesama kita adalah lebih mulia dari segalanya... lupakanlah segala sengketa yang ada demi mengukuhkan ukhwah yang sedia terjalin selama ini.

Memaafkan dan memaafi antara satu sama lain lebih membuatkan kita merasa lega,selesa,dan yang paling utama ketenangan yang tidak dapat digambarkan melalui ungkapan kata-kata. Hanya hati yang mampu mengungkapkan keindahan "maaf" dan menenggelamkan segala dendam yang selama ini bersarang di hati.....kerana MAAF ITU PENAWAR DENDAM yang paling berkesan dalam setiap insan.

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata,seribu bahasa, tetapi....kata-kata bukan bukti unggulnya sebuah Perasaan"

Salam Aidiladha Untuk semua... Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap disepanjang pengenalan dan penulisan kita selama ini...

Wassalam.

p/s: Cuti 4 Hari...Jumaat MyDear nak jumpa..Hurray! (c;X

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers