Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua Kaum Muslimin dan Muslimat sekelian. Semoga Tahun baru ini semangat kita semakin bertambah, azam pun semakin kuat... Berbicara pasal Azam ni...tahun lepas dan tercapai atau hampir2 tercapai? :) tak kisah la janji kita sentiasa memperbaiki diri agar lebih berdisiplin dan berhemah :)

Semalam, tetiba terasa ingin menyambut awal Muharram di Masjid berhampiran dengan rumah. Aku sampai di masjid dalam pukul 6.40 petang, dan aku rasa aku la yang paling lewat sampai ke sana. Aku lihat sambutan agak berkurangan....time tu terasa jugak sesungguhnya merayakan sambutan tahun Baru Inggeris lebih meriah berbanding Tahun Baru Islam... sungguh menyedihkan T.T

Aku bergegas ke bahagian solat wanita....dengan niat tak mahu ketinggalan untuk doa akhir tahun dan awal tahun yang akan dibacakan oleh Imam..Lebih Afdal sekiranya doa itu diaminkan bersama-sama jemaah lain.. mane tahu dalam ramai2 jemaah tu ada yang termakbul doanya. :) kita pun dapat sekali 'sahamnya'.

Selepas solat mahgrib, berjemaah solat hajat, bacaan yassin dan di akhiri dengan solat isyak berjemaah. Turun dari ruangan solat wanita, betapa terkejutnya aku lihat rupanya ramai jugak yang mengimarahkan Masjid. Sangkaan aku kurang mendapat sambutan pada awalnya rupanya silap :) Khemah yang disediakan untuk jamuan oleh pihak masjid dipenuhi para jemaah. (Maunya tak penuh, Nasi Goreng Putih, ayam berempah, mi goreng, sirap dan pisang pun langsai di atas meja berkenaan. heheehehehhe... )seronok kalau ramai-ramai macam ni sambut Maal Hijrah dari bertepik terlolong menonton konsert seperti Tahun baru Inggeris itu :P.

p/s : Salam Muharram 1432H :)

post signature

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers