Sunday, March 27, 2011

Jakarta


Sebulan lepas.... lupa nak bercerita pasal i'm leaving on the jet plane... :) bukannya jenis pelupa a.k.a nyanyuk... tetapi setelah seminggu pulang dari Jakarta.... Pemergiaan Sepupu dengan sekelip mata (rakan seangkatan ke Jakarta) menghilangkan mood aku untuk menulis pengalaman pertama ke Jakarta,Indonesia..

Flight
aku seawal jam 8.30pagi dari Lapangan terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu. Sampai di LCCT,Kuala Lumpur... aku terus pergi ke tempat penyimpanan Bagasi di LCCT... Charge yang dikenakan bagi setiap bagasi, kalau aku tak silap dalam RM14.00.. lepas tu...aku berjalan menuju ke food court yang terletak di luar LCCT tersebut. Tempatnya OK...bersih...makanan pun agak standard la memandangkan ianya adalah 'Lapangan Terbang' :P Boarding pass aku dalam pukul 12.30tgh hari.... flight ke Jakarta dalam pukul 2.00 petang... Perjalanan ke sana mengambil masa selama 2Jam... tetapi aku sampai ke Soekarno-Hatta Jakarta masih dalam pukul 3.00 petang (kerana waktu Indonesia berbeza 1Jam dari Malaysia)
Ketibaan aku di tunggu oleh 'Pak Supir' yang telah di tempah oleh Abg. Zaid(ketua group jalan-jalan cari pasal aku!) 'Pak Supir' terus membawa group aku ke Hotel Kalisma di mana kami akan menginap... Hotel yang bertaraf sederhana itu terletak di Tanah Abang, perjalanan dari Soekarno-Hatta airport mengambil masa selama 30 minit sahaja(jika takde 'Mancett' (jemm))
Sampai di Hotel, aku terus rehat, mandi dan solat....terus tido.... terpaksa menempuh 'mancet' selama hampir 2 jam.

Pepagi dah bangun..semangat nak pergi tempat shopping di Tanah Abang....first time aku pergi ke pasar malam di Tanah Abang....( aku rasa Travel Tour takkan bawak tourist pergi ke tempat macam tu....) tempat dimana semua pemborong di gedung membeli belah akan mendapatkan barangan secara borong di pasar malam ini.. aku dengan semangat berkobar-kobar terus menuju ke tempat telekung sembahyang...memang tersangat murah berbanding di Mangga 2(Jakarta) atau pun di Bandung.Borong jgn tak borong..... group aku ada 5 org.... campur semua sekali telekung yang dibeli dalam 40 helai. Harga yang terlalu murah(jika di convert dalam duit M'sia) sampai tak sanggup aku nak melaksanakan adegan tawar-menawar lagi...Aku hanya membeli sehelai Veil pengantin atau dalam bahasa Indon 'Oval' di gedung membeli belah Blok A dan Blok B.

Hari Kedua aku ke Bandung...Perjalanan dari Jakarta ke Bandung memakan masa dalam 1 Jam sahaja tanpa 'mancet' menggunakan Suzuki Van APV sebagai pengangkutan utama. Pemandangan di sepanjang jalan sungguh mengagumkan. cantik! dengan gunung,kampung,sawah....dan sebagainya.. :) tetapi, bila sampai ke bandar Bandung, tahap kebersihannya bertaraf 'E'..cuaca di Bandung dingin berbanding di Jakarta yang teramat panas! Sempat la jugak ke laman sepatu (Cibaduyut)... terus ke Pasar Baru dan membeli belah di Rumah Mode (factory outlet store).Lepas itu terus ke Cihampelas dan singgah di Toko Tiga...jeans dan t-shirt agak murah..dan terus pulang ke Jakarta.

Pagi hari ketiga...masih sempat shopping last minute di Tanah Abang..sebelum berangkat semula ke tanah air tercinta. Kesimpulannya dari pandangan dan pendapat aku :

1) makanan memang mudah dicari tetapi kebersihan dan halal haram agak meragukan di sini.
2) barangan di Bandung agak biasa berbanding di Jakarta yang mempunyai banyak pilihan dan agak branded.
3) Agak Bosan dengan jalan yang asyik mancet dan gangguan penjual cenderahati (di Bandung).
4) sempat ke Kuala Lumpur kopitiam di sana... tapi resepi kari roti canai agak mengecewakan dan milo tarik hanya grade C-.
5) Silalah makan di restoren Garuda nasi Padang. makanannya enak walaupun agak exclusive dan di Bandung pula restoren Sederhana masakan minang..
6) Sungguh sedih melihat peminta sedekah (kanak-kanak) yang cacat dipukul penjaganya di bandar Bandung.. manusia umpama binatang! :(
7) Jika ada tambang murah aku masih ingin kembali lagi di Tanah Abang.. banyak lagi barangan yang tak sempat aku shopping.
8) terima kasih tidak terhingga kepada bapak Faisal.. Pak Supir group aku ketika di sana.

p/s: Al-fatihah untuk rakan group kami a.k.a sepupuku yang kembali ke Rahmatullah pada 03.03.2011(Khamis) -post aku yang lepas! ..

post signature

Tuesday, March 15, 2011

15.03.2011


Apa yang berlaku lagi dalam bulan Mac? hari ini 15.03.2011, hrmm.. maknanya aku hanya ada masa dalam 1 bulan lagi sebelum bertukar status... Perasaan? sekarang? macam-macam... tak menentu silap sikit pun melenting... pelbagai masalah pulak timbul setelah borang nikah diproses... bakal kadi untuk majlis aku nanti telah kembali ke ramatullah bebaru ni...mcm mane pulak nak cari kadi baru? sungguh stresss...byk kali jugak la MyDear kena marah akibat kesilapan kecil yang dilakukannya.......(sebenarnya tunangmu ini sungguh stress!!) dan kamu sentiasa ada disisi dan sentiasa berssabar... (Luv U Dear ^^)

Nak dijadikan cerita...setelah selesai masalah kadi baru yang telah di'chup' untuk majlis aku.... MyDear dengan rela hati menyuarakan pendapat bernasnya..... "jom kita pegi Merong MahaWangsa!!!"..wahHHhhh.. ape lagi.... terus aku mengiakan pendapat bernas nya umpama Beras cap Bernas itu...meluncur laju aje si Saga aku ke TGV's.... Mungkin die tgk aku terlalu stress dan tanak aku demam lagi dengan masalah Walimatulurus yg akan menjelma tak lama lagi.. :) (Agaknya!!)

Cerita Epik tu sungguh lain dari yang lain.... umpama aku menonton filem-filem yang ternama dari Barat..Syabass warga KRU (ohh La! La!) dengan terciptanya epik melayu di zaman moden nih! 60% berbahasa Inggeris.. dan yang lain semua Rojak's..effect pun bagus..dan banyak aksi gaduh-gaduh dalam movie ni sampaikan MyDear tidak menguap a.k.a tertido menontonnya..Syabas!!! :P ahaks!!

p/s : Sesapa yang belum menontonnya tak salah kalu pergi memenuhi panggung untuk movie terulung di tahun 2011 seperti HMM ini.... :)

post signature

Saturday, March 12, 2011

Al-Fatihah


Pelbagai Peristiwa pahit manis sepanjang Mac 2011 ini....

Kehilangan Sepupu akibat kecelakaan Jalan raya bebaru ini memberi impak dalam kehidupan sedara-mara semuanya.. masih merasai kehilangannya... berikut catatan dari harian Metro.
Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Al-Fatihah.

post signature