Friday, May 14, 2010

Vaksin....


12/5/2010...dah 'selamat' aku di 'vaksin'kan.....Ceritanya begini, seawal 8 pagi aku dah terpacul di depan Klinik Kesihatan KK3.... haihh... hati pulak berdebar-debar...sakit ke??? ku tabahkan hati melangkah ke dalam klinik dan terus menuju ke bilik no.6..............setelah i.c diambil oleh jururawat bertugas..... aku telah di suntik dengan Vaksin H1N1......... hari pertama terasa pedih bagaikan luka terkena pisau... hari kedua badan ku semakin lenguh, macam demam panas yang teruk tetapi yang musykilnya badanku tak panas!! mataku dah tak boleh buka sepenuhnya..rasa macam nak pejam sahaja..tak kira masa.... berpeluh-peluh macam atlet pecut 100 m...setelah panadol ditelan..aku tido sepuas-puasnya.... :) hari ni aku rasa 90% badan aku kembali normal... tak sangka kuat jugak kesan dari Vaksin H1N1 yer. :P ..menurut Jururawat tersebut, kesan sampingan biasanya akan lenguh & bengkak pada tangan yang disuntik serta demam. Ubat yang boleh di ambil hanyalah panadol/paracetamol sahaja. aku lihat ramai warga kita berketurunan selain melayu yang mengambil peluang mendapat Vaksin Percuma ini... Orang keturunan 'kita' tidak ramai merebut peluang keemasan seperti ini, di mana kesedaran untuk menjaga kesihatan dikalangan warga 'kita' ini? sungguh merugikan.. jumlah vaksin percuma juga semakin berkurangan dan masyarakat 'kita' masih dalam keadaan tidak sedar kehadiran Vaksin tersebut dan hidup dalam keadaaan "saya takut jarum"..alangkan ruginya kita....

p/s: pencegahan adalah lebih baik dari mengubati :) fikir-fikirkan lah...

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers