Tuesday, June 22, 2010

Ohh BTN..Versi 2


Semalam dah selamat sampai aku kat rumah...(dengar cerita huru hara je bunyinya kat Office pasal ketiadaan transport nak amik aku di Besut tuh :P....) anyway..terima kasih kepada semua yang membantu :)

alkisah......
Cuma aku nak katakan disini..bagus juga kursus di BTN. dapat kenal asal usul negara kita sdiri..terutama semasa penjajahan, kemerdekaan, rusuhan dan yg paling utama.. pasal perlembagaan negara. Kalau nak dikatakan majoriti yang berada di kursus tu memang tidak tahu perlembagaan negara(mcm aku... :p) lepas berada kat kursus tu aku rasa mcm sangat penting bagi setiap rakyat malaysia menyertainya. Ianya bukanlah seperti yang digembar gemburkan sebelum ini dimana kursus BTN ini menjurus kepada pro-kerajaan. bagi aku ia tidak menjadi masalah kerana selama ini pun asal usul keamanan negara, kestabilan politik pun di asaskan oleh kerajaan yang ada sekarang. Tak salah kalau kita pergi dan mendengar pendapat dari Fasilitator yang terpilih di sini. Untungnya aku semasa Latihan Dalam Kumpulan (LDK), group aku diberi seorg fasilitator yang hebat. Banyak yang aku tak faham mengenai politik, kerajaan, pentadbiran dan perlembagaan dapat aku suarakan disini. Jadi tak payahlah mendengar ceramah parti-parti politik yang tidak fasih mengenai perlembagaan tapi masih ingin membohongi rakyat seterusnya... setiap apa yang dibicarakan samada dari kerajaan atau pembangkang diperdebatkan di dalam kelas LDK ini berasaskan kepada perlembagaan. Itu yang aku suka.... setiap yang diperdebatkan berdasarkan fakta. Dari kelas dan ceramah kenegaraan yang disertakan di dalam kursus ini.... paling utama yang mesti kita igt dalam diri masing-masing selagi di dalam kad pengenalan kita tertulis 'Bangsa Melayu', Pertahankan Kontrak Sosial. tidak akan ada org yang boleh mengubah, menyentuh mengenai Kontrak Sosial selagi kerajaan kita Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan. Usahlah percaya dengan ceramah2 politik tanpa kita menyiasat asal usul apa yang dibahaskannya... tak rugi jika kita mengetahui apa yang ada dalam perlembagaan negara kita...
Aktiviti yang diadakan amat memuaskan. Terutamanya aktiviti lasak seperti Repelling(seperti gambar di atas)... memulakan agak takut juga..tapi nak hilangkan rasa gayat tu..kugagahi juga kaki ni memanjat menara yg agak tinggi itu...bila dah start turun, rasa gayat dah hilang, siap aku tergelak-gelak time lompat menurun dari menara ni...kalau lah diorg mintak aku buat sekali lagi...3 kali aku nak buat...best woOO.. baik korang cuba kalu ada peluang. Time Kembara kitaorg just pergi panjat bukit Kluang jer, sekejap aje dan terus balik ke Kem melalui jalan pantai...jauh jugak melalui jalan belakang untuk sampai ke kem. kaki aku pun dah sakit tapi seronok, pasal time jalan2 ni lah kita boleh borak-borak dengan rakan-rakan satu kem. Ujian Fizikal pula kita dapat ketahui tahap kecerdasan tubuh badan kita. Yang paling lawak, boleh tgk aksi lucu rakan-rakan yang ambil ujian fizikal nih.... kalau nak tahu jom sertai BTN Kem Bukit Kluang, Besut.... Tentu Best!

P/S: Selamat Tinggal BTN!

Wednesday, June 16, 2010

Ohh BTN...


Hari Khamis ini aku terpaksa melangkah ke Kursus BTN, Bukit Kluang, Besut. Kalau tak ke Kursus BTN ini, macam mana pulak nak ambil periksa PTK?? Transport pulak problem.... menyirap darahh aku nih.haihhh.... anyway...nanti aku menulis lagi selepas pulang dari BTN yerk?! :P...Ohh BTN.........................

Wednesday, June 9, 2010

Nadiku

lagu ni aku jumpa kat satu blog my fren.... agak sedih... tapi elok untuk layang jiwang.... :)
lagu ni kisah ape ekk? menurut di Youtube...

kisah 2 org yang saling mengasihi, dan salah sorg ni terlalu menumpu pada hal/kerja die utk membahagiakan org yg die syg tu. sampaikan die tak tahu bahawa org yg die syg tu menangis tiap mlm kerana ditinggalkan. akhirnya, die tahu ape perasaan org tu. die jadi keliru, serba salah sbb niat die bekerja hanya utk membahagiakan perempuan tu.akhirnya die mengalah dgn perasaan KASIH SYG, kebahagiaan tu ade bukan dari harta tapi ade pada suara kecil hati org yg kite syg.


Monday, June 7, 2010

cuti-cuti...


Lepas dah Cuti-cuti minggu lepas... haiyOOo... penat tidak terhingga.... dah lah setiap hari sepanjang berada di sana 4.00a.m dah kena bangun... maklumlah waktu subuh 3.15a.m.... Kepada sesapa yang nak bercuti ke Beijing tuh...cuba-cubalah mendaftar kat travel agent... tak pernah menyesal... pasal seronok sangat bila berada di sana....masa pun padat...tak pernah tersisa sedikit pun.... hehehhee.. sampai aku asyik 'terpadam mentol' apabila berada dalam Coaster bus...ahaks! mane tak terpadamnya, dalam bas tu je lah masa untuk berehat!!
Kalau diceritakan pasal bab Shopping??? ermmm....tak sempat, masa diberikan 2 Jam... tu kalau kat Malaysia baru tgh Survey barang......... lagi 2 jam baru start membeli.... ni macam tergesa-gesa sgt... sempat la beli beberapa cenderahati untuk rakan-rakan ofice! Apa lagi yang aku beli???? alas meja dan sehelai T-shirt bertulis (dancing) dalam bahasa Mandarin.. :) cuma hari terakhir..ketika berada di kawasan Olimpik (Stadium Sarang Burung) sempat la membeli seutas rantai permata Nilam buat kenangan...itu pun dengan harga berpatutan.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang payah nak telan Chinesse Food, eloklah membawa bekalan seperti sambal ikan bilis, serunding daging, kari dalam tin(buatan malaysia) serta makanan rugi "M.A.G.G.I.E"....tentu anda tidak menyesal jika membawa bekalan seperti itu...memanggggggg berbaloiiiiii !!! :p Penggunaan toilet...seperti negara-negara lain anda dinasihatkan membawa botol mineral kosong untuk kegunaan bersuci...takut anda pula tak larat asyik beristinjak..... ahaks! :) anyway...pergilah bercuti...........

p/s : seronok Wooo...Wo ai in Beijing!!! :)
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers