Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Kerutuk Telur + Kentang

Hari ni Mak Jemah nak bagi resepi yang Mak Jemah google dan buat..hehehe

 Berikut resepi yang aku 'google'kan untuk anda.. :-

KERUTUK TELUR
Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam (buleh ganti dengan 10 biji telur direbus dulu)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk/ gulai - bancuh dengan sedikit air panas (Aku guna rempah Gulai Cap Bunga Ros)
  • 1 cawan santan fresh
  • 1 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar - potong 4
  • 2 biji cili merah - belah 2
  • Gula nisan/ gula melaka
  • Garam
  • Minyak
Bahan Penumis (Rempah 4 beradik) :
  • 1 batang kulit kayu manis (dalam 2" panjang)
  • 5 kuntum bunga cengkih (Yatie letak 2 je)
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan yang diBlend :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1" lengkuas
  • 1" kunyit hidup
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak & tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi & masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing & masukkan bahan2 yang diblend.
  3. Goreng lagi & masukkan rempah yang dibancuh dengan air panas.
  4. Bila tumisan dah pecah minyak, masukkan daun pandan, garam & asam keping.
  5. Masukkan ayam & gaul sebati.
  6. Biar rempah mesra kat ayam/ telur dalam 10 minit baru lah dimasukkan 1 cawan air.
  7. Biar hingga mendidih dan kentang empuk.
  8. Pastu masukkan santan fresh, nisan/ gula melaka.
  9. Masak hingga hampir pekat & masukkan kerisik.
  10. Masukkan bawang besar yang dipotong 4 & cili merah yang dibelah 2.
  11. Masakkan hingga ayam masak & kepekatan yang disukai
  12. Hidangkan panas2.
** Jika nak letak telur dalam kerutuk :
  1. Kupas kulit telur yang dah direbus, belah sedikit telur (2-3 belahan-hanya kena putih telur je)
  2. Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Aku tak goreng telur nie, cuma kelar2kan saja supaya rempah meresab kedalam telur. ]
  3. Angakat & toskan. (Telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng).
P/S : Malam ni cicah ngan roti bakar... marbelessss u ollss...  tenkiu MaMaAna

 post signature

Saturday, February 7, 2015

Kayu Kamak

kueh tradisi Terengganu... kueh Kamak... Kayu Kamak... ianya bukan cakoi yer sedara sedari... ni namanya Kayu Kamak!


Bahan-bahan :
- 500gm tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- 1 sudu besar marjerin planta
- 1 biji telur
- 1 setgh cawan gula pasir
- sedikit garam
- Air 150ml (anggaran)


Cara-caranya :-

1. Jika korang uli pakai tangan ko.. uli la kesemuanya
sampai doh tak melekat pada tangan. Tunggu sampai Doh
mengembang... baru korang potong2 dan goreng.

2. Cara aku masuk kesemuanya dalam BreadMaker.. tekan suis.. ON... tunggu siap mengguli dan kembang sepenuhnya... goreng..... (biasa aku buat malam... goreng keesokkan harinya..pepagi lagi dah goreng) ...

Sekian.
P/S: Sedap cicah kuah gulai atau cicah Teh 'O' panas... nyummiehhhh!!!

post signature

Thursday, February 5, 2015

Cendawan Shitake Sizzling

Nak dijadikan cerita... ari tu ajak la semua adik beradik makan kat rumah... resepi ayam grill, mushroom gravy, coleslaw dan Mashed Potato...

Lelebih Cendawan Shitake yang aku guna untuk membuat mushroom gravy tu... tetiba terkeluar idea bernas nak masak ala-ala sizzling... heheheh nak kasik habis cendawan yang dibeli... kalau simpan lelama, adoiiyaiii bau tak hengatt donia laaa.... :)
Ni....Hasil usaha aku 

Agak-agak korang best tak? tak kisah la..janji En.Hasben kata best dari Kedai.. muahahahha

Bahan-Bahan
- 3 Biji bawang Merah (ditumbuk)
- 5 Biji Bawang putih (ditumbuk)
- Sedikit lada Hitam (ditumbuk)
- Isi Ayam (suka ati korang)
- Cendawan Shitake (suka ati korang)
- Sos Tiram
- Kicap Pekat (Untuk warna kuah)
- Garam dan Gula (secukup rasa korang)
- Sedikit Halia
- 3 batang cili kering
- Tepung Jagung (memekatkan kuah)
- Air (sukatan suka ati korang jer laa)

Korang tumis bahan yang ditumbuk, cili kering dan halia sehingga garing... masukkan isi ayam... goreng sebentar... Masukkan cendawan shitake dan sos tiram... lepas tu korang masukkan air, garam + gula dan sedikit kicap pekat... untuk kaler yang lebih menarik! dah rasa macam cukup masak..korang masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air... perghHHhh dah jadi sizzling ala aku yang buat.

Resepi ni aku cipta ikut rasa mulut aku.. kalau korang cuba... korang adjust la mane yang perlu sesuai dengan tekak korang... sekian...

P/S: Perasan MasterCheff!!! muahahaahhah
 

post signature

Monday, February 2, 2015

Daging Masak Kicap + Kentang

Lauk tengah hari ni... ermmm "DAGING MASAK KICAP" marbeles... pukul 12.45tgh hari aku search Google resepi.. akhirnya dapt jugak resepi yang super-duper sedap! Terima Kasih Jintanmanis.com Kongsi Resepi yang diberi...
400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Caranya
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

- Aku cuma masukkan sedikit sahaja garam..dan top up masin guna kicap masin lagi mengancam Wallaaaa........ Kentang tu aku  hiris nipis-nipis dan goreng sebentar... baru masukkan dalam kuah...  tetiba pulak perut ku lapor.... hehehhehe tadi tak sempat makan!

post signature

Sunday, January 18, 2015

Nasi Tomato + Ayam Masak Merah

Pepagi lagi En.Hasben request nak makan Ayam Masak merah.. pikir punya pikir rasa macam nak makan dengan acar timun jer... hrmm jom try nasik tomato Chef Hanieliza.. sedap menjilat siku le katanya.. cuba jangan tak cuba..

NASI TOMATO
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

dan

AYAM MASAK MERAH
Resepi Oleh : Chef Hanieliza's
Rujukan : Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 

tak sabo nak tunggu Sofea balik Taska... tgk dia suka makan ke tak? hehehe...

post signature

Thursday, January 10, 2013

Entri Banyak2

Salam Hari Khamis untuk Semua Warga Blog... Ari ini tuan tanah nak cerita banyak2 cerita dalam satu entri... hahahah biar korang pening nak baca....

first Entri Masak Memasak.....
Boring asyik makan makanan yang sama je..kali ni Cuya a.k.a tuan tanah kedaun akan menunjukkan cara2 resepi membuat telur bungkus yang simple dimple mimple... sungguh menyelerakan....
Bahan-bahan yang diperlukan..UTAMA...TELUR,daging kisar,sayur campur,sos tiram and sos cili,bawang merah,bawang putih, Cili besar.. Tumiskan Bawang putih,Bawang Merah dan Cili Besar yang telah dimayang halus... dah agak layu...dan bau menusuk hidung korang....masukkan daging kisar.... nak perasakan dengan sedikit garam dan gula pun takpe..goreng lagi bagi sedikit kekuningan daging tersebut...masukkan sos tiram dan sos cili..nak bagi power..letak pulak lada sulah dan blackpaper....last baru letakkan sayur campur... goreng hingga masak.... lepas tu...threee.... dadarkan telur.... bungkuskan aje inti yang dah masak tu yer... tarrrraaaaaaaaaaaaaa..... siap....leh Pekena ngan Nasik Panas...PergHhh kalau korang tak paham korang buat2 la paham... :) herherher...

Semalam balik Ofis rasa cam penat sesangat... En.Asben pun Ok je kalau aku cakap penat sangat ari ni and nak cuti masak... So, untuk dijadikan cerita..semalam turn aku jaga dak kecik Sofea... dan En.Asben yang masak....tajuk masakannya ialah.... Burger..haahaaahhahaa..lama tak makan burger best En.Asben...Melahap jugalah aku membaham burger tersebut..pastu terus masuk tido... mane tak membulat...ahaks!!2biji die punya... aku yang sebijik tu je...diettt... muahahahahhaha....

Entri Kedua Pasal Maharaja Lawak yang memang Lawak
"takde tiket2 free ke? Kalau ada nak jugak barang sekeping dua...untuk Cuya and AyahSu..."

SMS yang dihantar ke anak saudaraku yang tgh balik bercuti weekend kat Kg....Oleh Kerana Abah Beliau merupakan urusetia untuk Pelancaran Tahun Melawat TRG 2013...sah-sah diorg memang dapat tiket free....takyahlah beria sangat nak pi beratur...berlaga-laga kepala,badan dan organ2 sensitip  sampai pecah pintu kaca dan tangga stadium semata-mata nak tiket tuh...tak kuasa nye haku... cara termudah cuma tanya diorg je... hahahahah...Ohh rupanya memang mengena la Umpan aku kali ni..bile diorg offer aku and En.Asben ...siap menjemput kitaorg pegi naik keter Abah diorg yang ada pelekat "Urusetia"...Sonot..Sonot... Parking dekat muka pintu Stadium...Parking Khas gitu... :D

Sampai perkarangan Stadium...'Makk Aiii' takyah nak bayang la..korang tau la camner nak cari pintu masuk..pasal tiket tu takde pulak tulis pintu mane2 untuk tiket 'khas' nih.... kiranya Kami bernasib baik...sampai je kat Pintu Selatan... rupanya memang tu la pintu untuk tiket 'Khas' yang bewarna pink dipanggil tempat duduk ARENA.... So, kitaorg masuk dulu....sempat jugak laa..snap2 Picca sebelum berlangsung Siaran Langsung tersebut... Paling Happening..time Zizan keluar dan berubah seperti Ustaz Azhar.. Adoiiyaiii... memang tak tahan la...start die melangkah masuk ke gelanggang..kitaorg dah pakat gelak.... Korang leh tgk kat U-Tiub... "Hoh..Pakat Suker Ke Kiter Plok"

tu dua beradik anak saudara haku...
ermm....awal2 Siaran Langsung Kuat je duk Jerit "TRG....Peace yoooo" dan masuk kul 11.00pm...masing dah slow tepuk and jerit... hahahahahaha..Semua Bateri dah abis charge.... cuma best performance dari Zizan nyanyi lagu "Bawalah Aku Pergi" ..off record...takde kat Astro ekk time tuh.hahahhhahaha... minggu ni kumpulan R2 yang terpaksa balik awal......Boboiiii yang tak best sebenonya..hahahahah-dasar minat zizan je nih...

Entri ke-3 MaMa Mu Shopping Lagi....
Last Disember ...pegi KL.... tujuan utama nak pegi beli kerusi makan untuk budak kecik nama Aimy Sofea... tapi lihatlah hasilnya bila MaMa mu ini bershopping......
Korang dah Boleh agak kann..kat mane aku shopping Kotak bebanyak atas rak tuh... semua jual kotak ke?? keh keh keh... Barang haku pun seciput je...selebih tu barang mokcik Cla,mocik Salini and MySis ...aku tukang tolak troli je.... penolak Stroller Sofea yang berjaya lak...anak MySis...si Azfar...takpe takpe Azfar abg yang baik...hehehehehehehe... masa yang kitaorg diperuntukkan di sini cuma 3jam...mcm tak cukup je...hik hik hik.. abis la jugak suku bonus haku(tu untuk barangan Haku sahaja) belum masuk barangan org lain...takpe takpe.... beli beli jgn tak beli...kata En.Asben kepada Haku yang tidak keruan apabila berada di Gudang IKEA ini..hahahahhahhaha.....

Gambar-gambar tu pun En.Asben yang snap...die keboringan melayan si Sofea dan Azfar.... hahahahahhahah.. tenkiu En.Asben..lain kali nak pegi 8jam duk dalam gudang itu..hahahahahahhaha...
dua org ni ada ciri2 'org dah boring tunggu MaMa shopping....'

Entri ke-4.... Yeayyy Budak kecik dah tumbuh gigi 3 batang.... 
dah besar anak MaMa...dah pandai membuasssskan diri..heheheheh..takpe..takpe..janji kamu sentiasa sihat... 
Tuan Tanah yang memaksa AimySofea bergambo....tu...nampak... gigi bawah 2 batang...

p/s: nanti sambung lagi entri lain...lalalalalalal :)
post signature

Thursday, December 6, 2012

Masak Memasak

hari ini hari Khamis.... nak hapdet ape yer.. :)

 resepi dinner semalam.... daging black pepper dan sambal tumbuk

resepi ni aku dapat semuanya dari org... tapi nak try punya pasal..hehhehehe.. En.Asben pun tukang ngapp aje..so, no hal la kalau aku nak masak pepe pun.... :)

Resepi daging black pepper ni aku nih dari buku resepi 'wajib' geng-geng kami
dari Chef Hanieliza
 
dan sambal tumbuk tu dari blog yang sentiasa aku silent reader .... 
blog CAHAYA CINTA KU.... korang pun boleh try jenguk2 blog Puan Ana kita ni yer :)

p/s: Best2 Makan ngan Nasik Panas2..pergHHHhhh :)
 post signature

Thursday, July 19, 2012

Roti Berinti lagi....???!!!

Atas permintaan En.Asben... dengan sukacitanya aku menyediakan antara menu kesukaan Beliau Sebelum menjelang Ramadhan ni...R.O.T.i B.E.r.i.N.T.i..sebenarnya,resepi ni adalah cubaan memasak yang telah aku praktikan semasa pregnant si Kecik tu dulu.. tetapi telah menjadi antara Fav. En.Asben...

Bahan2 yang aku Gunakan..

Roti 'hotdog',telur..

Untuk Intinya...
Ubi Kentang dipotong dadu,Daging cincang,Rempah Kari Daging Adabi,rempah kasar(rempah 4 Beradik),sedikit halia,bawang putih dan bawang merah(dimayang), kisaran bawang merah,kisaran cili (cili boh), Kerisik(nyior gula),garam dan gula,asam jawa dan belacan dan bawang besar dipotong dadu.

Cara-Cara Membuat Intinya..
Perapkan daging cincang bersama, rempah Adabi,bawang kisar,cili boh, dan kerisik. Tumiskan rempah kasar bersama halia,bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang, bila dah agak2 naik baunya...boleh masukkan bahan perapan tadi. Tumis kesemua bahan tadi sehingga naik minyak.. masukkan air,ubi kentang, garam dan gula, sedikit asam jawa dan belacan. Kacau perlahan2 dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu setelah air hampir kering. kacau sehingga masak.
(Inti ini sesuai untuk membuat Karipap Ubi) Sesape yang dah terer buat inti karipap... boleh la cuba buat roti berinti ini.. :)

Roti Berinti
Potongkan roti 'hotdog' kepada 2 bahagian dan belah di tengah. masukkan inti tersebut ke dalam roti.
inti yang best!
belum dicelup telur..
Setelah itu roti dicelup ke dalam telur yang telah dipukul bersama sedikit garam sebelum digoreng dengan api sederhana..
Wahh.. tak sabo tunggu garing ni..
Dan Lihatlah Hasilnya....

Siap untuk Dimakan bersama Sos Cili.. Nyumm..Nyummm

p/s: sesapa nak try dipersilakan... tapi aku bukan spesis yang reti tulis resepi...kalau rasa2 tak paham boleh tanya aku balik yer...Harap Maklum :) Peaceee!!!~ EnCik AsBen , Mirul dan Affiq :)

post signature

Monday, April 30, 2012

Celup-Celup,Rebus-Rebus

Encik Asben dah 2 minggu disisi semenjak aku dah start penat bawak keter.. :)Memandangkan aku keseorgan kat rumah ni.. En.Asben agak runsing meninggalkan aku sendirian.. ( Nasib ler En.Asben ni kerja Sendiri )After balik dari Kg En.Asben, aku pegi Giant beli sedikit keperluan.. tetiba pulak teringat nak makan 'celup-celup,rebus-rebus' ni... dengan berbesar hati terus call mintak kuah pencicah ngan Macik Salini... mujur Suami dia ada bawak balik sedikit bekalan kuah pencicah dari KL.. (Amat Superb rasanya...) Beli sedikit isi Sotong, Ketam, Udang, Sosej.... dan petang itu jugak projek Celup-Celup,Rebus-Rebus menjadi... :)


yang telah siap direbus... tgh tunggu nak 'Ngap' sahaja :)


Feberet aku kangkung + Black Papper Sosej Nyum..Nyum..

dan Dessert nya adalah..............
Mangga Kuning + manis + menggiurkan :)

Apa lagi.. selamat menjamu selera... :)

P/s: best-best!
post signature

Sunday, April 29, 2012

Puding Karamel part-4

Dah namanya feberet En.Asben... sempena aniberseri kitaorg bebaru ni... (nak kasik hadiah dah tak sempat nak beli..Ahaks!) dengan hati yang jujur dan ikhlas aku buat lagi puding Karamel Part-4 :) Alhamdulillah menjadik ajer... En.Asben pun tersenyum riang bila dah tengok makanan feberet indah berseri-seri kat meja makan :)

 Karamel yang melimpah ruah.... :)

Apabila dipotong........

Nyum..Nyum.... 

P/s : Suka tgk En.Asben makan... walau pun berkali-kali terpaksa masak yang sama :)
 post signature

Sunday, March 25, 2012

Puding Karamel part-2

Al-cerita... kisah nak buat Puding Karamel seperti yang telah di Google sebelum ini...Sepatutnya projek ini dijalankan pada petang Khamis itu... oleh kerana waktu makan tengah hari, aku tak sempat membeli bahan2 yang diperlukan... En.Asben pun dah sampai awal kat rumah... fikir punya fikir petang tu aje pergi cari bahan2 yang sepatutnya itu dengan En.Asben sebagai drivernya.. Ahaks!!


Aktiviti what the rock is cooking ini bermula seawal jam 4.30ptg setelah En.Asben mengorbankan waktu hibernisasinya.... dengan penuh semangat... beliau telah membantu Chef Utama(Aku) dengan penuh jayanya.... setelah try n Error..akhirnya begini lah hasilnya Puding Karamel versi pertama... :)


 hehehe..gambor kecik jer... :)

P/s: Untuk Affiq.. best jugoks cuya n ayah Su buat puding ni :)



post signature

Wednesday, March 21, 2012

Puding Karamel

Puding Gula HanGus... atau dalam perkataan lain Puding Karamel.. Peberet Encik Asben....

Igt hari Khamis nak try buat la....tiap2 minggu asyik cari kat pasar malam a.k.a Pasar minggu.... Apa kata kita try n error jer buat kueh ni...mane tau menjadi kan.. :) .. Search punya Search kat En.Google terjumpa resepi ni... :) mcm senang jer...... korang kalau berminat leh cuba...

Ni aku amik dari Cik Alya -website My Resepi 

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air 

    Cara-cara

  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 
 post signature

Wednesday, February 1, 2012

Stew Daging dengan KimChi

Resepi Asal dari Chef Azli Razali juga....  

Stew Daging dengan Kimchi 

Bahan-bahan
800ml air
300gm daging lembut - dihiris
300gm KimChi
 ½ sudu teh gula
100gm tofu - potong dadu besar
20gm hirisan daun bawang - untuk hiasan
25gm hirisan tomato ceri - untuk hiasan

Cara Membuat:
1. Rebuskan semua bahan kecuali tofu, daun bawang dan tomato sehingga ia mendidih dan daging masak.
2. Masukkan tofu dan didihkan sebentar.
3. Padamkan api dan hiaskan dengan daun bawang dan tomato.

Selamat Mencuba.... :)

P/s: Khas Buat Macik ThaqiYatt :)
post signature
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers