Monday, June 27, 2011

Honeymoon

lama tak ku sapu habuk2 yang bersawang di blog ni..rindu nak menulis tu tetap ada... tapi masa yang membataskan diriku untuk berbuat demikian... :P(berpuitis nampaknya .ahaks!) agak2-nya aku pun dah tertinggal jauh ke belakang dalam hal penulisan Blog.. :P..weeehuuuuuu... tgk org jer duk entry selama ni..kita masih lagi berdiam diri.. apa2 pun aku tetap sayang blog aku ni.. MuachHHhh untuk blog aku sekali! :)

Macam2 hal berlaku membuatkan aku tak sempat nak menulis sepatah dua kata kat sini. ni kiranya macam mencuri ruang untuk meluahkan apa yang terpendam ... :) bukan sekadar cerita yang meraih simpati , cuma satu cara untuk aku menyebarkan isi hati ini...

alkisah... "Kenapa tak pergi Honeymoon?"...atau "pergi Honeymoon di mana?"

After MyWed hari tu kakak aku admit ward... terpaksa la cuti aku yang seciput itu aku gunakan untuk menjaga kakak di ward... kiranya mcm duduk kat hotel la... hari2 en.Hasben datang hantar makanan dan temankan aku bersembang...tak dapat aku bayang kalau berhoneymoon di hospital ni tanpa my asben..hahahh giler la jadinya..ngan sape saje nak aku bersembang... ??? :P Sekarang aku masih dalam proses bagi cuti tanpa gaji selama 3 bulan. harap-harap la dapat... hrmm... senang aku nak menguruskan pesakit.

Kerjaya aku sekarang sebagai seorang 'Nurse' yang tak berapa nak bertauliah.. yer la... dah berbulan duk kat spital nih... dah mahir la dengan sedikit prosedur dan peralatan yang digunakan untuk kakakku. Boring tak duk kat hospital? tak yah nak citer la... rasa mcm nak muntah nak pengsan semua ada.. betapa aku dalam keboringan yang teramat. banyak la jugak aktiviti-aktiviti yang tertangguh...hehehehhhehehe... keadaan yang tidak mengizinkan. Mujur dengan inisiatif aku n asben.. kitaorg menuju ke Maxis center dan mendapatkan si Putih Comel yang membawa anda ke alam maya... takder la aku boring sgt berada di hospital ini. Si Putih Comel ini akan ku Top-up bagi 'menghidupkan' aku sentiasa berada di alam maya.. :) Si Putih Comel.. aku sayang kamu broadband wireless... :P

Ramadhan yang datang tahun ni juga banyak menguji keimanan aku.. terpaksa berpuasa di hospital ... berbuka sensorang aje.... tanpa my asben (sob..sobb..sob) sekali sekaler ada la jugak My asben temankan tapi yer la... keadaan mesti kurang selesa berbanding di rumah. penat tak usah cerita la... bermalam di atas kerusi rehat...kesejukkan... macam2 la... payah nak cerita... nanti aku sambung pada entry seterusnya... sabar yer kerana bulan ni juga..kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mendapat keredhaan dari-Nya.

P/S :Mungkin raya pun aku masih di Hospital.....argHhhh.. i need to go to holidays...USS or SABAH may be............................. T.T

post signature

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers