Saturday, December 31, 2011

2012

Ni adalah Last Post Entry untuk tahun ni... mudah-mudahan tahun depan diberi kekuatan untuk menulis lagi banyok entry-entry yang best2 lagi.. (azam tuh!!)

Salam 2012 untuk semua Bloggers... Pertingkatkan Segala Amalan.... Amal Maaruf Nahi Mungkar..


Dari : post signature

MAHARAJA LAWAK MEGA

Semalam dah memakukan diri depan TV seawal jam 9.00mlm... semata-mata kerana MAHARAJALAWAK MEGA.. after solat mahgrib, En.Asben dah sesiap nak keluar awal2 nak pi beli makanan 'MaMa' ini..yer la takut tak sempat nak tgk Final MLM die itu... 'MaMa' ini nak makan Prosperity Beef burger... tetiba lak teringin... Nasib la dekat je ngan umah McD ni takde la mengambil masa yang lama untuk bersiap... pakai suar trex n t-shirt pun takpe.. =P


Balik Umah, terus En.Asben dinner (nasik + Ayam Berempahnye lagiiiiiii...), aku ngan Prosperity Burger.. nyum..nyummm......

Tunggu punya tunggu MLM pun berlangsung... Suspen Jugak, hujan turun dengan lebatnya.. haihhhh..jgn la 'line' Astro ni putus lagi..........  tapi tetiba sebelum group SAEHU perfomance yang pertama... 'line' putus lagi... memang bengang jer kami... beria-ria nak tgk... ehehhehe...dengan kesabaran yang tinggi tanpa berganjak dari tilam yang empuk di depan t.V sambil menengok t.V yang gelap gumpita.... keajaiban berlaku... tetiba 'line' Ok balik..hehehhe...gembira bukan kepalang lagi kami..

Awal-awal lagi kami dah agak OSBON leh menang nyer... Lawak Konsisten je setiap minggu.... paling best time Abon tu kenakan Mr.Os.. adehhh...memang terbaek dari Otai2 lawak Malaysia ni.... yang paling kami suka fisrt perfomance dari OSBON....
p/s: TERbaeKK dari Ladang!!! 

post signature

Tuesday, December 27, 2011

Cinta Putus di Twitter

Malam2 macam ni kalau dengar lagu best jugak... Bukak u-Tiub...skali terjumpa klip Video ni.. tergelak sensorang aku bila dengar lagu reply Najwa Latif ni... Mesti terkesima jugak si Najwa latif ni kalau dengar lagu reply 'Cinta Muka Buku' die tu.. :) Korang pun ape lagi jom layaaaannnnnnnnnnn.... Versi 'Cinta Putus di Twitter' ..keskeskes
p/s: Macam berbalas pantun pulak main reply..reply nih :)
post signature

Otak

Hrmm..baru lepas Bekfess... (dah Makan Nasik Goreng pedas & Nasik Himpit bersambal Ikan + Nyior) maklumlah makan Berdua.. tentu lah..kena makan dua jugak perkara makanan :) (alasan!)

Balik Ofis...terus search ape-ape yang menarik untuk post kali ni :).. tetiba lak terjumpa satu artikel pasal Otak.. a.k.a "OtaaaaaaaKKKkkkkk" (zombie kg.pisang) hrmmm.. bagus jugak kalau tau cara-cara menjaga otak sdiri... bukan hanya pandai cakap Kepala Otak Kau!! isk isk isk..... !!!!!!

Baca dan Pahamkan betul2.... Selamat Mencuba :)

 
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

P/s : Jangan Lupa Bekfes pagi-pagi... :)


post signature

Monday, December 26, 2011

Sentuhan Keramat

Tetiba pulak rasa gataii tangan nak post kat blog ni... Ape Korang fikir bila tgk video ni.... kalau tanya pada tuan tanah ni... hrmmmm... rasa macam duk tgk pelatih silat gayung mandi minyak :)  Apa pun..tahniah la kepada macik nih...bikin org kagum dengan ilmu kebal dipakainya heheehehe...memang terbaek!!!


p/s: Pisang goreng pun lagi sedap.... bila terkena sentuhan keramat jurus ke-16 makcik tersenyum riang ini.. :)
  post signature

Wednesday, December 21, 2011

RM20.00


Tetiba pulak terbaca tentang not RM20.00 yang telah dikeluarkan semula... teringat pula zaman kecik2 dolu-dolu... warna not RM20.00 ni seakan coklat...hehehhehe..sekarang lagi lawa... warna oren dan bergambar penyu..!!!

Cerita selanjutnya boleh dapat kat sini

P/s: Duit raya juga bertambah !!! :)

post signature

Friday, December 16, 2011

Hari Makan2 :)


Weekends.. ni duk umahhh aje ngan En.Asben.. Hari Makan2 :) ler kita yerk! ... tetiba pulak En.Asben membuat Permohonan untuk masak Nasik Lemak.... hrmmm..offkoz kena warna kuning dan jgn di lupa Ayam Berempahnya.. :) (permohonan diluluskan... ) pepagi dah buat roti bersalut telur..... tgh hari pulak Lunch Nasik Lemak.... dan sebelah petang.... Jambu air + Kicap (COLEK) pergHHhh... Kenyang yang Amat ( alhamdulillah ) ...

p/s: Permintaan untuk Nasik Lemak Ayam Berempah Masih lagi tinggi... :) Lenkali saya masak lagi yer En.Asben... (En.Asben Bloated!! hahaahhahahahah)
Encik MatSapik jom masak Nasik Lemak Ayam Berempah!!! :)

post signature

Misteri Jalan Lama (2011) DVDRip


Kali ni... jom layan filem melayu... sekali sekaler ape salahnya :)
Nampak Preview mcm best ajer.. ape kata meh kita donlod mendonlod kat link di bawah :)

MISTERI JALAN LAMA (2011)

Preview..





P/s: C.g.i tu menarik! :) jom tonton..

post signature

Thursday, December 15, 2011

Digigit Siamang!

Pepagi lagi dah dengar citer pasal budak yang pegi Zoo Melaka ni digigit Siamang! hrmm... Maklumlah semalam tak tengok Buletin Utama... So, tak tahu la ape2 cite pasal siamang nih.. isk..isk..isk... (sial punya Siamang!) try la search Google nak tgk gamba budak tuh..kensian...

Dengar2 cerita jugak... penjaga Zoo semua takder time kejadian tuh?? (boikot ke ape..ke makan gaji buta?)
isk... Kalu anak aku kena macam ni... mau aku bako zoo nih... kita bako aje... (ayat abang Usop!)
Berikut Cerita yang aku dapat dari BHonline

Pengunjung tendang haiwan selamatkan budak 3 tahun

MELAKA TENGAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun parah pada betis kanan selepas diserang seekor siamang dipercayai seberat 38 kilogram ketika sedang bersiar-siar bersama keluarganya di Zoo Melaka, Ayer Keroh, dekat sini, petang kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Muhammad Afiq Haziq Kamarul, terpaksa menjalani pembedahan selama kira-kira tiga jam di Hospital Melaka (HM), selepas betisnya dilaporkan hampir hancur digigit haiwan itu.
Ketika dikunjungi di Hospital Melaka petang semalam, anak keenam daripada tujuh beradik berasal dari Klang, Selangor ini, dilihat masih lemah dan seolah-olah dalam ketakutan.

Ibunya, Anita Sulaiman, 36, berkata beliau sekeluarga tidak menyangka berdepan detik paling mencemaskan kerana menganggap haiwan di zoo terbabit jinak dan tidak membahayakan kerana dibiar bebas di kawasan laluan pengunjung.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang berjalan untuk melihat kawasan menempatkan burung dan tidak bercadang melihat siamang atau nama saintifiknya hylobates syndactalus.

“Dalam sekelip mata, sekumpulan pengunjung berhampiran haiwan itu kelihatan bertempiaran lari dan berteriak meminta tolong dan tidak lama selepas itu, haiwan ini meluru ke arah Muhammad Afiq dan menyerangnya.
“Saya menjerit terkejut dan suami yang awalnya tidak menyedari kejadian itu bertindak pantas memegang kepala haiwan itu tetapi ia tetap tidak melepaskan gigitan pada kaki Muhammad Afiq.

“Gigitan itu hanya dilepaskan selepas seorang pengunjung berhampiran menendang perut haiwan itu,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak HM, petang semalam.

Anita yang datang ke negeri ini bagi menghadiri majlis kenduri kakaknya di Semabok berkata, beliau dan suaminya membawa Muhammad Afiq ke pejabat Zoo Melaka untuk mendapatkan bantuan rawatan, sebelum diarah membawa mangsa ke klinik kesihatan tetapi kes itu dirujuk ke HM kerana kecederaan dialami serius.

“Anak saya dibedah bermula jam 9 pagi tadi (semalam) dan selesai tiga jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Zoo Melaka, Masri Mohd Arop dalam kenyataan media kepada Berita Harian petang semalam, memohon maaf kepada keluarga mangsa atas kejadian itu.

“Zoo Melaka turut bersedih dengan kejadian menimpa Muhammad Afiq dan bersedia membantu termasuk menanggung kos rawatannya,” katanya.

Masri berkata, ini kejadian pertama berlaku di Zoo Melaka dan siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti puncanya, manakala haiwan itu sudah ditangkap dan diasingkan untuk kuarantin.






P/s: haihh..Malang tak berbau... Berhati-hati bawak anak pegi Zoo...

post signature

Thursday, December 8, 2011

17 Minggu

Sekarang dah 17 minggu! banyak minggu lagi kena harungi... :) dah check -up doktor ari selasa lepas... Alhamdulillah Semuanya OK.. cuma aku dah heavyweight championship... ahaks! So.. kenalah dinasihatkan kurangkan berat badan... aduyaii... camne nak kurang kalau sekarang ni pun makanan dicatu..tapi berat masih meningkat naik... :) ada sesape nak bagi advise... dipersilakan.. :)

Berikut antara gambar yang aku jumpa kat Encik Google untuk baby 17 minggu...Suweeetttttt.. :)


Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak coklat mula berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah anda? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari jumlah berat badannya.

Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada hujung jari mulai terbentuk. Cap jari sudah mula terbentuk
.. (leh buat i.c nanti!)
dan

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Ini baby saya.. :)



P/s : Belum 3D Scan.. :)
post signature


Monday, December 5, 2011

Baby Pertama Siti Sarah & Shuib


Tetiba terbaca blog tersebut kat FB....

Comels... baby boy.... Tahniah untuk mereka berdua...

Berikut cerita selanjutnya.. :) Baby Pertama Siti Sarah & Shuib
~gambar ehsan dari blog Zonartis... thanks ~

P/s : tak sabar tunggu yang saya punya!! :)

post signature

Saturday, December 3, 2011

1st. Show!!


Hari Rabu 30.11.2011...
"weh cuba search TGV cinema.... tgk2 kot2 ada Ombak Rindu??"
"ohh Ada weh... nak pegi??"
"busy la... esok..hrmmm..tapi 1st.Show pukul 11.00 a.m"

Hari Khamsi 01.12.2011....
selesaikan kerja secepat mungkin.... terus chow tepat jam 10.10am........ wahhhhh Sepantas Kilat bersama Kelisa si Thaqif.. dan akhirnya 10 minit sebelum tayangan dah sampai kat Mesra Mall TGV's cinema..tu pun dah dapat seat 'C' ..(sempat bertanya pada adik kaunter tiket.... 'ni seat pening kepala tak bila menonton?') ahaks!!! Dapat la kami seat yang 'agak depan'.... C6,C7,C8 dan C9....

preview dari aku tentang filem ni....

Cerita die OK la... sama mcm Lagenda Budak Setan.. mcm tak de kesampaian... bila part nangis..tengah syahdu (aku ni jenis sensitip orgnya) dah keluar scene lain..adehhh..tak sempat nak syahdu syahdan.... haihhh!!! Aku rasa... jika nak dibandingkan dengan novel, hrmmmm baiklah menghayati novel... patutlaa... penulis novel ni pernah 'tegur' tukang buat filem Ombak Rindu ni.... baru lah aku faham sekarang... tapi kalau lah filem ini diolah lagi mendalam... aku rasa antara filem terbaik akhir tahun 2011 ni...

Dan aku Amat menyokong penulis novel 'Ombak Rindu' ni...
Penulis Novel Ombak Rindu Tidak Puas Hati

Jadi sepanjang perjalanan pulang... ke-4 sahabat ini asyik la menjadi 'Pengarah' sendiri....... sepatutnya tambah itu...ini....memacam lagi la... (kenkadang buat aku ketawa mendengar kritikan mereka) :)

P/s : Bukan Pengkritik Tetap! :)

post signature

Sunday, November 27, 2011

Breaking Dawn Part 1


Tetiba terfikir pasal EnCik pontianak... haih..mcm nak pegi menonton pulak... tu kalau ada kat TGV's sini... kalau tak.. terpaksa la menyuruh En.Asben mendonlod lagi..hehehhe....

Sape yang tak tau pasal Twilight? Sekarang dah Breaking Dawn Part 1.. Si Bella dah kawen ngan Edward.. (eee..best!!) - - - Lagi lomentip la.. diorg nih....

Berikut preview filem dari Rottentomatoes :)

Movie Info

In The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1, Bella (Kristen Stewart) and Edward (Robert Pattinson), plus those they love, must deal with the chain of consequences brought on by a marriage, honeymoon, and the tumultuous birth of a child...which brings an unforeseen and shocking development for Jacob Black (Taylor Lautner). -- (C) Summit Entertainment

$138.1M

Summit Entertainment


JOM TGK TRAILER-NYERRRRR...



P/S :eN.asBen... jom kita menonton.. :)

post signature

1 Muharram 1433H


Salam Maal Hijrah untuk semua bloggers.. :)

Semoga tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan keceriaan untuk anda Semua...

Peaceee No War!

p/s : cuaca Cerah di tahun baru!


post signature

Tuesday, November 22, 2011

Emas datang lagiii...!!!!


Debaran sudah berakhir...... dan.. Emas datang lagiii..!!!!

Akhirnya Emas jadi milik Skuad Harimau Muda.... perlawanan yang ditunggu oleh seluruh pencinta bola sepak...malaysia vs Indon ...

mula-mula tanak layan gak...tapi bila dah sebelah rumah ni asyik ler menjerit2 kegembiraan...hrmmmmm terus tukar channel tgk bola.... haihh..aksi2 agak mendebarkan... status FB pun dah melambak-lambak keluar tak sempat nak reply komen..ahaks..memang happening la tgk bola sambil layan FB ni...macam-macam karenah yang ada.....

tapi yang pasti dan terbest sekali bila lagu NegaraKu berkumandang di Palembang untuk Emas yang ke-59... Semoga kita dapat mengekalkan lagi Emas pada Sukan Sea akan datang... (hatrick gituuuu....!!)

p/s: tak menyempat nak update blog..pasal bola..keterujaan :)

post signature

Monday, November 21, 2011

Langit Terbelah?


Kisah ni aku dapat dari KoSmo! Online..macam menarik untuk dikongsi bersama...

Heboh peristiwa langit “terbelah” di Pontianak

15/11/2011 4:02pm

JAKARTA - Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu “terbelah” dua hari lepas, namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin berkata, fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat,” Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah “crepuscular ray”, iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata, penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

“Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam,” katanya. – Bernama


p/s: Gambar tu sekadar contoh langit terbelah - ehsan dari Google Image :)

"KEBESARAN ALLAH SWT"

post signature

Sunday, November 20, 2011

myMetro‘Rugi jika tidak sertai’

myMetro‘Rugi jika tidak sertai’

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,”

P/s : Dunia dah Akhir Zaman.. :)

post signature

Monday, November 14, 2011

Ombak Rindu!


Semalam..tak semena-mena..seorg ofismate aku.... sms... ajak pegi movie.... OMBAK RINDU!
hrmmm...kisah berdasarkan Novel yang agak terkenal...macam pernah baca...tapi dah lupa... (kipas susah nak mati jugak dalam bab Novel nih :) )

Filem ni akan ditayangkan pada 1 Disember 2011... Oleh kerana itu, sila lah simpan sedikit duit gaji untuk didermakan kat Tabung TGV :) ahaks!

" Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida."



p/s: best!!!!

post signature

Monday, November 7, 2011

Semangat ! Semangat !


Hari raya masih berbaki sehari lagi.... tapi aku dah start untuk bekerja..(semangat! semangat!) Seronok juga sekali sekala bersama member2 ofis ni..macam2 perangai yang ada... tapi yang pasti mesti ada yang pasang lagu raya pada pepagi esok ! keh keh keh... :D

Anyway... kepada yang start pulang ke rumah dari kampung tu.. berhati-hati di jalan raya... jgn bad mood sgt raya sekejap aje..ehehehe..balik rumah masak la daging korban tu.....untuk mengekalkan rasa kemeriahan raya tu..

Daaaaaaaa.....

p/s: berkerja la kita sekuatnye.... :P

post signature

Sunday, November 6, 2011

AidilAdha 1432H


Alhamdulillah dengan umur yang panjang ini, dapatlah kita sekali lagi menyambut AidilAdha 1432H....

Semalam, seharian berkemas kat stor n ruangan dapur...so, teramaaaaatttt la penat sehingga tidak terperi :P bersama ngan En.Hasben.. Kesimpulan, segala juadah pepagi raya terpaksa pakai not ajer la... :P... (nOt Sepuluh... Not 50.. :P)

tapi try jugaklah membuat kuah kacang di pagi raya.... rasanye dah hampir sama ngan yang myMum punya...hahahhaha...(En.Hasben pulak komen termasin! keh keh keh) Almaklumlah first time,takkan ler nak sedap macam 60 tahun punya air tangan :)!

Habis memasak and Bekfes ngan family... sempat la ber'Skype' dengan anak sedara aku di Moscow... heheheh... die dah bersiap dengan baju melayu ape semua nak pegi semayang raya dekat Embassy..Macik die...huh serabai baru lepas masak lagi.. :)

Anyway....( tak salam raya lagi ngan En.hasben ).. maaf zahir dan batin untuk semua blogger yang sempat singgah di sini... lobiu olls.. :) Salam aidiladha.... selamat makan daging banyak2 sampai pening...! :)

p/s: Lempeng + kuah singgang = best!

post signature

Tuesday, November 1, 2011

Kerana Engkau Adalah Milik Ku..

TerisTimewA untuk mY Hubby.....

Syukur AlhAMduLiLLAH kita masih dapat bersama untuk menyambut Hari lahir yang ke-**(Ahaks!)

~ Semoga Sentiasa Sihat Walafiat,Gembira,'Cool',bersabar dengan karenah Wifeymu ini....

~ Semoga Bertambah rezeki yang halal untuk family kita...

~ Semoga menjadi Daddy yang terbaik untuk anak-anak kita...

~ Semoga sentiasa dapat membimbingku ke jalan yang diredhai-Nya... (aminnnn)

KERANA.......................

*

*

*

*

*

KITA SATU

*

*

*

*

*

*

Hanya Sebuah Lagu Khas untuk MySayam... Kerana Engkau Adalah Milik Ku..




P/s : Mama & Baby sayang Abah!!



post signature

Sunday, October 30, 2011

PETEH kuciwa!!


Haih..sedih..sedih sesangat pasal semalam.... kuciwa... tapi nasib la tak sempat ke Shah Alam... kalau tak memang lagi frust.. hhehehheehe....Aku rasa majoriti rakyat TERENGGANU masih lagi terasa ketidakpuasan hati pasal game semalam. Harap bersabar.... bukan semua berpihak kepada kita...(ewahhhhh...ayat menyedapkan hati)...

Semalam pun payah nak tido.... macam putus cinta....tangan letak atas dahi...."kuciwa sesangat la tu"-Kata En.Hasben! haihhh...ape la Encik ni tak paham...kalau peminat fanatik macam saya ni kuciwa..memang macam tuh... :P ahaks!

Apa-apa pun yang kalah bukan salah sesapa dan jgn kutuk sesapa... kita tetap berdiri teguh dibelakang pasukan kita PETEH TRG PETEH!.... nanti tahun berikutnya team kita mungkin ada tuahnya...takdir menentukan segalanya... WE STAND!! WE SING!! TOGETHER AND FOREVER... SEMARAK DARUL IMAN.....

P/s: dalam proses imunisasi menghadapi kekeciwaan :)

post signature

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers