Sunday, July 29, 2012

D.E.m.A.M

Bebaru ni... Aimy Sofea demam.. panik jugak aku yang pertama jadi Mak Budak ni..Abahnya pun sama..setelah di suggest oleh My Sis.. aku dan en.Asben bergegas ke klinik.. Suhu badan pun ada panas sikit... tapi aku dan abahnya aje yang terlebih gabra.. :) bila si kecik ni asyik menangis..dan tak aktif..
tetap habis susunya...demam pun tadakk hal..
 Dua kali jugaklah kami bawak si kecik ni ke klinik... baru lah die Ok... bile dah bebetul konferm baik... 'Aweks' berdua ni kena ikut En.Asben ke Kemaman.. En.Asben nak hantar borang kursus...
P/S: Aktiviti Shopping seterusnya.. :)
 post signature

Friday, July 20, 2012

Keberkatan yang Jernih...

Puisi yang terbaik untuk Aimy Sofea...
 Gelak tawamu anak
adalah bunga mekar 

di kamar hati  


saat lelah menghuni jiwa 
sendu tangismu  
adalah sapa yang mesra   


maka anakku
andai sekali sekala aku terleka
maafkan aku ibumu 
yang mungkin alpa...

Kasih Sayang Mama + Abah tidak berkurang....
Aimy = Keberkatan ........ Sofea = yang jernih


P/s:
 
 post signature

Aktiviti Menyambut Ramadhan...

Setelah di suggest oleh my sis... (siap amik cuti lagi) pergi ke Pasar Payang... Katanya nak cari lauk a.k.a ikan,sayur,ketam,udang dan sebagainya untuk persiapan menyambut ramadhan..takder la terpaksa berebut-rebut di Pasar Besar Dungun nanti..

Tetiba aje mata kami terpandang Ketam... lama sungguh tak makan ketam goreng Pedas after arwah Kak Dah meninggal... dah setahun masa berlalu....tanpa segan silu..terus aje tangan ku mendial nombor 'bantuan kecemasan' untuk menyiang Ketam... (masing2 hampeh bab menyiang Ketam) sape lagi kalau tak sepupuKu terpaksa memberi bantuan...dan time ni jugak Kami 'belajar' menyiang Ketam .... amat mudah... cisss... bikin malu kompeni aje.. hahahhaahah..

Dan dengan ke'best'an yang Nyata..dapat gak kami makan Ketam Goreng Pedas yang superduper Pedas.... upacara meratah la yang paling happening... :)
SuperDuper Pedas..!!!
Pada sebelah malamnya pula... dengan ada lebihan inti dari Roti Berinti.... dengan bangganya... Membuat Karipap Ubi + daging.. Versi Puan Azu... :)... Kekenyanganlah En.Asben menjamu selera dengan karipapubi tersebut :)
di antara karipap ubi yang telah di goreng...
P/s: ada sesapa nak Tempah!!! Ahaks :P
 post signature

Thursday, July 19, 2012

si Kembang Pagi..

Al-kisah... dah lama berkenan dengan "si Kembang Pagi", kegilaan bermula dah lama.. cuma ada satu hari tu terbaca di blog Che Sue kiter ni... :)

Semasa pregnant kan AimySofea the Munckin' .... asyik la aim si kembang pagi ni kat sebuah rumah di Dungun ni.. cakap ngan En.Asben mcm nak pegi curik aje.hahhaahhaha :D (mencuri adalah dilarang!)

Semalam...'terlajak' ke nursery...'terjumpa' si kembang pagi...ape lagi terus borong... cantik bila dah banyak2... dan berbunga kalerful... i like.....
3 plastik bag.. RM5.00 sahaja...konferm dah beso...senang nak tanam.ahaks!
 tanah baja dan pasu
 Upacara Menanam :)
 Dan lihatlah hasilnya... :)

 p/s: kan senang beli pokok dah besar...wahai Che Su..ahaks!!! :)
 post signature

Roti Berinti lagi....???!!!

Atas permintaan En.Asben... dengan sukacitanya aku menyediakan antara menu kesukaan Beliau Sebelum menjelang Ramadhan ni...R.O.T.i B.E.r.i.N.T.i..sebenarnya,resepi ni adalah cubaan memasak yang telah aku praktikan semasa pregnant si Kecik tu dulu.. tetapi telah menjadi antara Fav. En.Asben...

Bahan2 yang aku Gunakan..

Roti 'hotdog',telur..

Untuk Intinya...
Ubi Kentang dipotong dadu,Daging cincang,Rempah Kari Daging Adabi,rempah kasar(rempah 4 Beradik),sedikit halia,bawang putih dan bawang merah(dimayang), kisaran bawang merah,kisaran cili (cili boh), Kerisik(nyior gula),garam dan gula,asam jawa dan belacan dan bawang besar dipotong dadu.

Cara-Cara Membuat Intinya..
Perapkan daging cincang bersama, rempah Adabi,bawang kisar,cili boh, dan kerisik. Tumiskan rempah kasar bersama halia,bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang, bila dah agak2 naik baunya...boleh masukkan bahan perapan tadi. Tumis kesemua bahan tadi sehingga naik minyak.. masukkan air,ubi kentang, garam dan gula, sedikit asam jawa dan belacan. Kacau perlahan2 dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu setelah air hampir kering. kacau sehingga masak.
(Inti ini sesuai untuk membuat Karipap Ubi) Sesape yang dah terer buat inti karipap... boleh la cuba buat roti berinti ini.. :)

Roti Berinti
Potongkan roti 'hotdog' kepada 2 bahagian dan belah di tengah. masukkan inti tersebut ke dalam roti.
inti yang best!
belum dicelup telur..
Setelah itu roti dicelup ke dalam telur yang telah dipukul bersama sedikit garam sebelum digoreng dengan api sederhana..
Wahh.. tak sabo tunggu garing ni..
Dan Lihatlah Hasilnya....

Siap untuk Dimakan bersama Sos Cili.. Nyumm..Nyummm

p/s: sesapa nak try dipersilakan... tapi aku bukan spesis yang reti tulis resepi...kalau rasa2 tak paham boleh tanya aku balik yer...Harap Maklum :) Peaceee!!!~ EnCik AsBen , Mirul dan Affiq :)

post signature

Wednesday, July 11, 2012

Kerja Mulia :)

Haaaaaa..lama tak menyapu habuk di blog ni…sibuk dengan si kecik tu.. sampai nak update blog pun dah tak sempat sekarang… En.Asben pun tetiba je Tanya, apsal tak update Blog…??? (peminat misteri rupanya..) hehehhe..

Sebelum bersalin hari tu ada la jugak 2,3 cerita yang tak sempat nak update.. tapi tak kesah ler kalau sekarang baru nak update… almaklumlah blog sendiri, cerita sendiri…suka-suki ler nak update cerita sendiri.. (ada aku kesah!!!) :P

Cerita ni semasa 3 hari sebelum aku admitt kat spital untuk deliver  si kecik tu.. Oleh kerana aku ni ‘tag- team’ ngan En.Asben…so,pegi memana pun akan diusungnya aku ini walaupun ketika itu aku dah sarat tunggu hari lagi untuk melahirkan…. Ahaks!
Kerja Mulia yang dilakukan oleh En.Asben dan menjadi Fav.nya  Sebelum kahwin dan selepas kahwin !!
blood donation
Berapa ramai antara kita yang melakukannya…. Antara yang tak pernah buat ialah A.K.U..  En.Asben telah memaksa rakan tag-team nya ini untuk turut serta melihat cara-cara blood donation ni… mula-mula sampai depan kaunter tu.. penderma mesti menimbang berat badan dan tekanan darah. Ujian Kepekatan darah di buat..( macam pregnant je kena check Hb) … sekiranya dah pernah derma darah..lagi senang kerjanya… “buku merah jangan lupa bawa…moga2 belum tamat tempoh..” –  Bawa Daku Pergi -zizan feat: kaka
buku Merah
Setelah itu, aku diajak masuk ke bilik dimana di situ ada kerusi2 yang dikhaskan untuk penderma.. ada TV ada Sofa.. dan yang penting skali kata En.Asben ada Pantry dan ada makanan..Ahaks!

Satu soalan paling cepu mas aku Tanya kat bro H.A tu… “lama tak derma darah ni?” dengan slamber bro tu jawab..”lama la jugak..dekat 5 jam untuk satu pain”……… En.Asben dan gelakkan aku… aku dah macam konfius…ye ke tak??? Rupanya bila darah dah start kluar…tak sampai 15 minit dah penuh satu pain…rupanya tipah tertipu… isk isk isk….

Dah cukup 1 pain… jarum dicabut…dan En.Asben diminta untuk berehat kat kerusi yang best itu, dan lepas tu sessi mengisi kembali ‘darah’ yang hilang… Wifey –nya yang tercinta juga dijemput mengembalikan darah yang tak hilang lagi..hehhehehehe…..aku hanya makan oren yang tersangat manis….bersama air milo..manakala En.Asben pulak telur separuh masak, kek, oren dan milo…. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan.. bersama En.Asben…
 En.Asben tgh rehat.. :)

p/s : Moga anak-anak akan menurut jejak langkahnya untuk kerja mulia ini...aminnn...
post signature