Monday, April 30, 2012

Celup-Celup,Rebus-Rebus

Encik Asben dah 2 minggu disisi semenjak aku dah start penat bawak keter.. :)Memandangkan aku keseorgan kat rumah ni.. En.Asben agak runsing meninggalkan aku sendirian.. ( Nasib ler En.Asben ni kerja Sendiri )After balik dari Kg En.Asben, aku pegi Giant beli sedikit keperluan.. tetiba pulak teringat nak makan 'celup-celup,rebus-rebus' ni... dengan berbesar hati terus call mintak kuah pencicah ngan Macik Salini... mujur Suami dia ada bawak balik sedikit bekalan kuah pencicah dari KL.. (Amat Superb rasanya...) Beli sedikit isi Sotong, Ketam, Udang, Sosej.... dan petang itu jugak projek Celup-Celup,Rebus-Rebus menjadi... :)


yang telah siap direbus... tgh tunggu nak 'Ngap' sahaja :)


Feberet aku kangkung + Black Papper Sosej Nyum..Nyum..

dan Dessert nya adalah..............
Mangga Kuning + manis + menggiurkan :)

Apa lagi.. selamat menjamu selera... :)

P/s: best-best!
post signature

Sunday, April 29, 2012

Puding Karamel part-4

Dah namanya feberet En.Asben... sempena aniberseri kitaorg bebaru ni... (nak kasik hadiah dah tak sempat nak beli..Ahaks!) dengan hati yang jujur dan ikhlas aku buat lagi puding Karamel Part-4 :) Alhamdulillah menjadik ajer... En.Asben pun tersenyum riang bila dah tengok makanan feberet indah berseri-seri kat meja makan :)

 Karamel yang melimpah ruah.... :)

Apabila dipotong........

Nyum..Nyum.... 

P/s : Suka tgk En.Asben makan... walau pun berkali-kali terpaksa masak yang sama :)
 post signature

38 Minggu

hrmm... Minggu ni dah 38 minggu .... lenguh2 belakang semakin menjadi2 :) Mujur la En.Asben sentiasa disisi... setia menjadi tukang urut profesional untuk Wifey nya ini.. :)

Coretan Blog yang lepas2 ada menyatakan keinginan ku memiliki Stroller dan baby carrier dari Brand SCR... tunggu punya tunggu dapat lah satu stroller SCR6 seperti yang di impikan.. :)... order stroller ni pun melalui websitenya.. pasal tu kan model lama.. tapi bagi aku lebih 'menjimatkan' ruang kereta aku. Stok untuk Stroller ni pun amat terhad (aku rasa...pasal sekrg ni pun dah 'Out Of Stock') harga pun takder la terlampau mahal sgt... baby carrier pulak aku cuma cari dalam Mudah.Com dapat yang Secondhand dah ler..pasal baby pun tak lama jugak duk dalam carrier tu..nanti kena tukar  Seat Car baru bila baby dah pandai duduk..

Stroller yang siap dipasang oleh En.Asben .. <--- Tak sabo nak bawak anaknya jenjalan! :)

Becoming Mummy ni masih kurang ilmu pengetahuan.. setelah di Suggest Oleh macik ThaqiYatt yang menyatakan bahawa barang ini juga amat diperlukan... So, tanpa cakap banyak aku pegi la carik dengan En. Asben... Persiapan awal..kan ada tak pasal2 dalam pantang ada jugak aku yang pegi kedai mencarinya...cuma beli yang murah2 aje... 
Cuma Breast Milk Storage belum cari lagi.. :)

Punyalah Susah nak cari pump tu kat Dungun ni.. mujur dapat yang satu ni.. Alhamdulillah... rezeki baby kot :) .... .: Apa lagi ek yang perlu sebelum start berpantang ni... Kensian En.Asben kena urus sendirian nanti :.

P/s : Sabar menanti..
 post signature

Sunday, April 15, 2012

15.04.2012 (OnE YeAR)

"Aku terima Nikahnya dengan Mas Kawen Yang Tersebut itu..."

Dah Sah menjadi milik org ketika ini.. 9.30am 15.04.2011(Jumaat) setahun yang lalu... Masih terbayang penat lelah, Pahit Manis menguruskan majlis di hari bersejarah tu..

 tup tap tup tap.. dah setahun kita bersama yer En. Asben.. rasanya mcm baru semalam jer kahwin... hehehehe Anyway, Semoga perkahwinan kita kekal bahagia selamanya... dan bersabar menanti kelahiran 'Kaseh Sayang Kita' pada bulan depan!... 
Ya Allah...
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.

Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.

Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai.

Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…

Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan

tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.

Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.

Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…

Berkatilah pendengaran kami,

penglihatan kami,

hati kami,

suami/isteri kami,

keturunan kami dan

ampunilah kami.

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…
. post signature

Tuesday, April 10, 2012

Kau Ada?

Pagi Semalam.. tgh drive menuju ke tempat bekfes..tetiba kuar lagu ni.. mcm best pulak dengar ngan En.Asben!


 
 ******************
Dia ada rumah besar dua tiga
Kau Ada
Dia ada kereta Bently dan Ferrari
Kau Ada
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci
Kau Ada
Kau ada, kau ada kau ada 
Aku tak ada

Kata aku yang kanan
Kata bukan temberang
Kata bukan sembarang
Bukan dari seberang

Cakap lihat-lihat
Cakap pandang-pandang
Kalau lihat wajah ludah masih tak goyang

Masih hidup berpada
Masih berpada-pada
Yang tak ada kata tak ada
Biar berserderhana

Jangan di ada-ada
Nanti porak peranda
Yang tak ada kata ada
Kata benda sengketa

Mana lah aku mampu
Nak beli semua itu
Aku driver teksi
Manalah ada pitis
Shoot sebulan pun tak sekali
Jangan kata Bently
Kelisa pun belum tentu mampu dapat ku beli

Apa yang dia ada
Tak mestinya ku ada
Apa yang aku ada
Tak semestinya dia ada
Jangan nak ngada-ngada
Jangan nak lumba-lumba
Mati pun bukan boleh bawa benda itu semua

Besar periuk masalah kerak
Jangan sampai nanti kita yang terjebak
Ingin hidup mewah sanggup gadai sawah
Sanggup jual maruah baru boleh megah
Barulah nampak gah

Adat air pasang surut
Adat hidup tinggi rendah
Pusing-pusing ronda-ronda
Apa ada pada nama

Kata kau penuh gah
Kata kau memang penuh dengan madah pujangga
Bunga harus waspada benda kaburi madah
Kenalah jaga-jaga bila senang curiga

Ada banyak ada sikit ada lebih ada kurang
Ada turun ada naik ada rapat ada jarak
Ada adat kena ikut
Ada kata kena turut
Ada janji kena pegang
Ada susah ada senang

Sama diri sama tunduk sama buat sama turut
Sama patah sama remuk bila tinggi jangan angkuh
Kalau papa jangan kaya
Kalau kaya jangan mengada
Kalau ada kata ada
Kalau tak ada buat tak ada
 
~ramai sangat sekarang ni yang hidup semata-mata untuk menunjuk... lagu ni sangat bermakna! (^L^)
 
P/S: Jadi diri sdiri...terima seadanya..bersyukur dengan APA YANG ADA..
post signature

Tuesday, April 3, 2012

Kisah disebalik runtuhan Struktur Ayah Pin

Kisah ni En.Asben yang Google agaknya.. agak menarik untuk di kongsi dalam blog yang tidak seberapa ni...

KISAHNYA BEGINI...( klik SINI )

Dulu pun ada jugak dengar2 cerita pasal Ayah Pin.. time tu aku belajar kat Poli.. adalah seorang sahabat tu, abg iparnya merupakan peguam yang agak terkenal dalam kes2 mendakwa Ayah Pin ni... :) nak dijadikan cerita... Banyak kali jugaklah pihak Berkuasa menahan Ayah Pin ni... tapi setiapkali masuk perbicaraan.. Abg ipar member aku ni lah yang perlu mendakwanya... tapi setiap kali tu la...Abg ipar member aku tu kelu tidak berkata dan menggeletar seluruh badan apabila ingin mendakwa beliau... Ape punya Jin yang dipakai oleh Ayah Pin ni pun aku tak tahu la.... Kebenaran dari kesah member aku ni ...Wallahualamm...

p/s : Sekadar Berkongsi Cerita :)
 post signature

Sunday, April 1, 2012

Jom Heboh 2012

Sekadar berkongsi Pengalaman.. :)

 Jumaat bebaru ni...setelah di suggest oleh En.Asben..aku dengan penuh semangat berangkat ke Kuala Terengganu. Semestinya pergi untuk menyaksikan karnival JOM HEBOH yang selama ni hangat di perkatakan.. :) lagipun lokasi kali ni berhampiran dengan rumah kakak ku...

Jam hampir 11.00 pagi aku sampai di lokasi berkenaan... Adoiiyaiii....dari jauh dah nampak JEMMnya keadaan trafik di situ...kereta 'bersusun' elokkkkkk jer sepanjang jalan menuju ke arah tapak karnival..
 Sorry Gambor terbalik! Ahaks

 Mula2 macam dah fed-up jer bila tgk keadaan trafik dan tempat parking yang tiada dan jauh dari tapak karnival..En.Asben pun bersetuju nak lalu amik angin jer sepjg jalan ke situ.. :) Akhirnya seperti tidak terduga tetiba pulak ada parking berbayar yang disediakan dekat lah jugak dengan tapak karnival...tak ramai yang parking pasal berbayar kot..(biasa la org kita nak semuanya free n subsidi :P) So, dengan hati berbunga-bunga terus je masuk parking kat situ dengan bayaran RM2.00 sahaja.. :)

Cuaca time tu... Tuhan sahaja yang tahu... Kepanasan yang melampau :) nasib laa... kat kereta aku ni ada 2 kaki payung..boleh la En.Asben satu dan aku satu.. takyah nak kongsi2.. hehehe...Aku tgk En.Asben dah berpeluh-peluh mengalahkan aku yang preggy ini.ahaks! dengan kecekalan yang tinggi mengharungi darjah kepanasan melampau, bolehlah jugak aku memborong barangan Ribena, Maggie, Nestea dan London Rolls...dengan harga yang agak munasabah :) tapi yang paling menguntungkan ketika karnival ini ialah  air dan payung.. :)


Kensian jugak tgk baby2 yang kepanasan.... ape punya ibu bapa tak fikir ke baby tu bukannya boleh tahan panas mcm kita org dewasa ni.. sempat jugak cakap ngan En.Asben, " Ni je la.. peluang yang ada..kan dah ada baby, takder la nak datang tempat2 panas mcm ni..." En.Asben mengiakan saje pandangan bernas aku tu...

kat sini ada beberapa keping yang sempat aku snap ditgh cuaca panas tersebut!
antara baby2 yang dibawa oleh ibu bapa masing2... adoiiyaiiiii

masih belum begitu ramai pengunjung di waktu tgh hari :)

menumpang teduh di bawah pohon yang tak berapa nak besar :)

Bahagian SoopaDopa...dan sebahagian pengunjung membeli-belah :)

tu aje la untuk Karnival Jom Heboh 2012 Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

p/s: Sesaja Jenjalan ngan En.Asben :)

 post signature
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers