Friday, October 26, 2012

AidilAdha 1433H

Dikeheningan pagi yang Indah di sini aku sebagai Blogger yang tidak glemmer... ingin mengucapkan...  


Єиcικ Δcαн + Δʓʋяα + Διмʏ Ƨσғɛα

 post signature

Thursday, October 25, 2012

Esok Hari Raya...

Esok Hari Raya..En.Asben keje lagi ari ni... :) Aku pun Balik keje jam 3.30ptg... Dengar-dengar cerita Taska Sofea ada yang balik 2.30ptg... So camne???? Nak tanak kalau cikgu suruh datang amik, memang lar aku bawak Sofea datang Ofis jer.. :) Sian jugak si Munchkin' tu... sensorang kat Taska..cikgu dah sebokk nak balik kampung kot... hrmmm...takpe..takpe... tunggu je la kot-kot ada panggilan telefon dari taska kan :)

Semalam sempat Kemas baju Sofea je... Baju Kami berdua belum lagi... ermmm lunch hour nanti kena balik berkemas jugak..kan bising pulak Abah si Sofea nih :P persiapan bab Masak Memasak ni... aku tukang makan aje... takder la beria benor nak menyiapkan bahan-bahan..almaklumlah balik kg katanya.. :)

Esok dah raya.... rasa cam tak raya lak...mungkin belum balik kg lagi kot...kita tgk ape cerita esok pulak yer..hik hik hik... ta ta ta... Nak Balik Kampung dulu....

P/s : Rindu nak sembang2 ngan sedara-mara..
 post signature

Wednesday, October 24, 2012

Balik Kampung...

Lusa dah nak raya... hari ni nak packing barang pun belum lagi... ate camner?? En.Asben pun dah bising2 suruh start packing barang ( almaklumlah...Wifey nya ini jenis yang nak kalau boleh semuanya nak hangkut bawak balik kg. ) ahaks! InsyaALLAH... hari ni after masak-memasak aku slow2 kemas barang2 terutama barang si Kecik Muntel itu..Kena dah Gosok baju-baju beraya... Baju-baju berjalan... kan aku ni jenis prepare awal2... nanti leh la aku rileks..tgk Masterchef...................................la sangat... kot-kot bantaii tido je haku ni.. :) tapi anda semua jangan risau dengan segala kekuatan yang ada akan aku pack jugak semua barang siap-siap hari ni...... menggunakan hikmat jurus ke nambelas bagi menjayakan misi tersebut...dengan kegagahan mengalahkan Superman, Batman dan Ultraman, tetapi...SuperMaMa akan berusaha menyiapkan makan malam yang best untuk En.Asben... yer lah hadiah pasal dah dapat second Job yer... hik hik hik hati berbunga riang...katanyaaaaa... Ahaks! Konferm En.Asben akan sentiasa disisi... takder la asyik kena tinggal dengan Munchkin Sofea... yang dah pandai tersengeh girang...

Pasal persiapan raya lak... takder la aku beria sangat... cuma nak lepak2 kat kg.. jumpa dan sembang ngan sedara-mara tu lagi penting.... Baju-Baju raya Sofea ada lagi yang masih belum dipakai time raya Pose bebaru ni.... boleh lah Cik Pia kita tu melaram ngan baju baru yer yang 'Ibu'(kakak aku)nye kasi banyak2 time raya lepas... hik hik hik..MaMa suke..MaMa suker.. lenkali kasik lagi...

dan yang paling penting Semoga Aimy Sofea... Good Mood hari ni... boleh la MaMa nak buat kerja lain yer... mengemas ape yang tak kemas lagi....atau....

 tangguh Dulu Acara mempacking Barang...

dan bermain-main bersama Kamu...isk isk isk.. sadis MaMa ini



post signature

   

9 Zulhijjah

Esok 9 Zulhijjah 1433H... dah bagitau En.Asben..kata nak berpuasa.. :) ambik keberkatan hari Arafah... mane tau nanti kita juga boleh sampai ke Tanah Suci (InsyaALLAH)

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

 

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.
HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
 post signature

Friday, October 19, 2012

Apabila Sofea 5 bulan

Dah besar anak MaMa + Abah.. Kejap je rasa bila dah makin membesar dan memberat.. :) sayang kamu sangat2 wahai Anak... Dah pandai mengamuk... dah pandai tanak makan ubat...dah pandai menangis manja mintak simpati... hrmmm ape lagi ek... tapi paling tak boleh blah..bile asyik nak tido atas katil MaMa + Abah ni...mentang2 mama pasang cadar bumblebee....keh keh keh

Budak yang suka amik 'space' besor-besor ...

 dah training kejap-kejap kat walker milik Thaqif Mocik Thaqiyatt

Gambar first kat atas yang paling MaMa Suker

dan...dah start aktiviti 'melasak' kan diri... ahaks!

Buat lah ape pun Sofea..janji kamu cepat sihat dari batuk + selsema tu... MaMa dah risau...hrmmmm...

p/s: cepat2 besor ye sayang.....
 post signature

Friday, October 12, 2012

G.i.G.i - part 2

Teringat Entri lepas pasal gigi ni :)
Oleh kerana dah tak tertahan menanggung kesakitan yang amat...hrmmm akhirnya mengambil keputusan nak membuang sebatang gigi bongsuku...ape yang menjadi kerunsingan, kena Operate.. lagi la.. macik berfikir 16 kali...
Setelah diberi kata-kata semangat oleh En.Asben, memember...akhirnya dapatlah jugak satu tarikh keramat yang termasuk dalam sejarah diri sendiri..aku mencabut gigi..kiranya inilah kali pertama aku 'membuang' gigi selepas 'pemergian' gigi susu aku.. heehehheehhe :)

11.10.2012...
Keadaan diklinik masih tiada org lagi..maklumlah appointment aku tepat jam 8.00pagi... Takut ke Tak???? tak yah nak cerita la...sememangnya aku ni fobia klinik gigi....akhirnya aku beranikan diri juga melangkah masuk ke bilik surgeri... (setelah memikir kesakitan yang aku tanggung sekian lama) :)

Antara yang sempat En.Asben Snap... (almaklumlah hari ini dalam sejarah - katanyaaaaaaaa) :P
Keadaan Di Klinik Pergigian jam 8.00am

Semasa Operasi membenteras Gigi Berlubang + Operate Gusi

Lama la Jugak En.Asben menunggu dari luar... walaupun pintu bilik Surgeri dibuka.. hehehehe Almaklumlah hari ni memang temujanji ngan aku saje... Ape lagi En.Asben tak henti-henti la snap picca aku kat dalam tu... :)

Antara antibiotik dan ubat tahan Sakit yang aku dapat

Bila dah abis ubat bius tu............. hanya Allah yang Maha Mengetahui sakitnya.... sempat la jugak air mata ini mengalir... thanks untuk En.Asben yang sentiasa ada di sisi saat2 kritikal ni.. hik hik hik :) berbaloi jugaklah usaha En.Asben membeli ubat tahan sakit yang baru dari farmasi..."yang Power punya"...... Serta usaha Murni aku tuam dengan ais untuk mengurangkan kesakitan yang melanda :).. terima kasih kepada Puan Doktor kerana bagi aku makan eskrem after operate :)

Dan keesokkan harinya...
Hehehe... walaupun sedikit membengkak... ku gagahi juga untuk makan nasi setelah semalam seharian berlapar,menangis dan menanggung kesakitan tahap Dewa.. :P Bila dah sihat siap main2 lagi kat Taman... hik hik hik...

p/s: duk fikir bila nak buang gigi bongsu kedua ni...hrmmm serammmmm!!!
 post signature

SONGKET ASLI TERENGGANU

memandangkan sekarang musim dah nak raya korban/haji/aidiladha dan musim kawin mengawin... jom la menjengah Songket-Songket asli Terengganu..Homemade punya Songket ni.. tiada di Pasar Payang cuma ada kat Blog MaMa Sofea ni aje... Jom la tgk2 kot-kot ada yang berkenan! :)

cantik lagi menarik!!!
p/s: share jgn tak share.. :)
 post signature

Wednesday, October 3, 2012

Baby Carrier 2

Kelmarin... cuaca agak baik...mendung takde la macam hari2 biasa hujan lebat disertai ribut petir...Oleh yang demikian,balik dari ofis amik Sofea dari Nursery... , amik Abah..dan terus bawak Sofea jalan-jalan kat mini pocket garden..hehhehehe :) Guna carrier baru lagi...Abah pulak excited nak menggalas.....mcm baby kangaroo...seronok duk kat dalam tu ngan abahnya :)

Antara yang sempat aku snap mereka berdua..hehehhe :D

Muka ketat!  :)

 Nak Main Gelongsor.. :P
p/s: asyik la nak pergi taman.. :)
 post signature
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers