Monday, December 20, 2010

Home Sweet Home


Haihh... akhirnya pulang ke rumah semalam.... Home Sweet Home.... menempuh Hujan yang teramat lebat dari Kemaman sehingga ke Paka. Time aku drive dari tol Bentong ke Tol Jabor,cuma rintik-rintik sahaja di sepanjang LPT itu. Hujan yang lebat dengan jarak pemandangan hanya 2 buah kereta sahaja...sungguh mengundang gundah,resah dan gelisah kat jiwa ini.. yer la maunya tak, terpaksa menempuh hujan dan air yang merentas jalan raya.... :) Alhamdulillah akhirnya berjaya sampai jugak ke rumah. Dengar ceritanya, sebelah petang keadaan di Kerteh n Kemasik mengalami banjir besar. Sesapa nak tgk Boleh Klik Disini.

Pasal Shopping ni...banyak jugak la guna kad kredit. hahahahha. takpe la. awal2 dah setel sket barang kawin. haih.tertekan jugak ler.... tak pernah shopping sebanyak itu menggunakan credit card.. lepas ni kena stop penggunaan credit card. tak nak lebih bujet lagi :). tapi........ My Phone pulak buat hal... haihhhh..time2 sesak mcm ni la nak buat hal...anyway..takpe la..bersabar dahulu dengan telefon baru :P.

P/S: Dapat Blackberry pun best jugak..takde sesapa ke nak kasik? MyDear?

post signature

Thursday, December 16, 2010

Year End Sale.


Esok sesudah subuh, nak bertolak ke Kuala Lumpur....nak menyertai ahli jawatankuasa YES...hehehhehe membeli-belah la jawabnya....sekadar untuk melangsaikan barang2 hantaran, gubahan and bunga pahar yang masih tertangguh akibat ketiadaan bahan yang diperlukan di sini.
terpaksa la menggores kad kredit yang dah tinggal RM100 Hutangnya dahulu...haihhh..nak buat mcm mane, gaji akan dapat pada 20hb. ni...adehhhHHhh ..tertekan la jugak....

Aku berdoa agar segala barang yg ada dalam list kepala otak aku ni akan ada dan mencukupi...haihhh baru la tenang hati ni nak fikir pasal kad, pelamin dan sebagainya........

tenangkan diri dan fikir keseronokan Year End Sale.... :)

P/s: babai MyDear..minggu depan kita jumpa!! :*

post signature

Thursday, December 9, 2010

Chocolate Give Away....


J0M ..JoM ..membeli-belah D'nialicious... sesapa nak menempah choC, Cuppies, CAke.. Lolli.... semua ada kat sini..... kat mane?
Tentu skali di...

D'nialicious@Kuala Terengganu.

p/s: tgh melilau..untuk menempah muffin for my weD. :)

post signature

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah untuk semua Kaum Muslimin dan Muslimat sekelian. Semoga Tahun baru ini semangat kita semakin bertambah, azam pun semakin kuat... Berbicara pasal Azam ni...tahun lepas dan tercapai atau hampir2 tercapai? :) tak kisah la janji kita sentiasa memperbaiki diri agar lebih berdisiplin dan berhemah :)

Semalam, tetiba terasa ingin menyambut awal Muharram di Masjid berhampiran dengan rumah. Aku sampai di masjid dalam pukul 6.40 petang, dan aku rasa aku la yang paling lewat sampai ke sana. Aku lihat sambutan agak berkurangan....time tu terasa jugak sesungguhnya merayakan sambutan tahun Baru Inggeris lebih meriah berbanding Tahun Baru Islam... sungguh menyedihkan T.T

Aku bergegas ke bahagian solat wanita....dengan niat tak mahu ketinggalan untuk doa akhir tahun dan awal tahun yang akan dibacakan oleh Imam..Lebih Afdal sekiranya doa itu diaminkan bersama-sama jemaah lain.. mane tahu dalam ramai2 jemaah tu ada yang termakbul doanya. :) kita pun dapat sekali 'sahamnya'.

Selepas solat mahgrib, berjemaah solat hajat, bacaan yassin dan di akhiri dengan solat isyak berjemaah. Turun dari ruangan solat wanita, betapa terkejutnya aku lihat rupanya ramai jugak yang mengimarahkan Masjid. Sangkaan aku kurang mendapat sambutan pada awalnya rupanya silap :) Khemah yang disediakan untuk jamuan oleh pihak masjid dipenuhi para jemaah. (Maunya tak penuh, Nasi Goreng Putih, ayam berempah, mi goreng, sirap dan pisang pun langsai di atas meja berkenaan. heheehehehhe... )seronok kalau ramai-ramai macam ni sambut Maal Hijrah dari bertepik terlolong menonton konsert seperti Tahun baru Inggeris itu :P.

p/s : Salam Muharram 1432H :)

post signature

Thursday, December 2, 2010

Widelia Beauty Give Away




hai..Sesaja nak memenuhi jemputan HAZLINA di ruangan Shoutmix saya....
rasanya nak tag mY Dearest Fren Liliey untuk Join The Club :)


"Bila Saya Cantik... Saya Bersyukur dan tidak akan bermegah dengan Pemberian-Nya. "

anda nak Join??.... Jom Klik Disini

Tarikh tutup :31/12/2010

BBQ


Rasa rindu nak lepak bersama anak-anak sedara nak buat BBQ bersama ahli keluarga... hehehehhe...buleh mandi hujan sekali sambil berBBQ !!!!.. seronok jugak kan? :P cari punya cari tetiba terjumpa dengan Satu link yang agak menarik resepi BBQnya... Jom try..................
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers