Sunday, November 27, 2011

Breaking Dawn Part 1


Tetiba terfikir pasal EnCik pontianak... haih..mcm nak pegi menonton pulak... tu kalau ada kat TGV's sini... kalau tak.. terpaksa la menyuruh En.Asben mendonlod lagi..hehehhe....

Sape yang tak tau pasal Twilight? Sekarang dah Breaking Dawn Part 1.. Si Bella dah kawen ngan Edward.. (eee..best!!) - - - Lagi lomentip la.. diorg nih....

Berikut preview filem dari Rottentomatoes :)

Movie Info

In The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part 1, Bella (Kristen Stewart) and Edward (Robert Pattinson), plus those they love, must deal with the chain of consequences brought on by a marriage, honeymoon, and the tumultuous birth of a child...which brings an unforeseen and shocking development for Jacob Black (Taylor Lautner). -- (C) Summit Entertainment

$138.1M

Summit Entertainment


JOM TGK TRAILER-NYERRRRR...



P/S :eN.asBen... jom kita menonton.. :)

post signature

1 Muharram 1433H


Salam Maal Hijrah untuk semua bloggers.. :)

Semoga tahun ini membawa seribu kebahagiaan dan keceriaan untuk anda Semua...

Peaceee No War!

p/s : cuaca Cerah di tahun baru!


post signature

Tuesday, November 22, 2011

Emas datang lagiii...!!!!


Debaran sudah berakhir...... dan.. Emas datang lagiii..!!!!

Akhirnya Emas jadi milik Skuad Harimau Muda.... perlawanan yang ditunggu oleh seluruh pencinta bola sepak...malaysia vs Indon ...

mula-mula tanak layan gak...tapi bila dah sebelah rumah ni asyik ler menjerit2 kegembiraan...hrmmmmm terus tukar channel tgk bola.... haihh..aksi2 agak mendebarkan... status FB pun dah melambak-lambak keluar tak sempat nak reply komen..ahaks..memang happening la tgk bola sambil layan FB ni...macam-macam karenah yang ada.....

tapi yang pasti dan terbest sekali bila lagu NegaraKu berkumandang di Palembang untuk Emas yang ke-59... Semoga kita dapat mengekalkan lagi Emas pada Sukan Sea akan datang... (hatrick gituuuu....!!)

p/s: tak menyempat nak update blog..pasal bola..keterujaan :)

post signature

Monday, November 21, 2011

Langit Terbelah?


Kisah ni aku dapat dari KoSmo! Online..macam menarik untuk dikongsi bersama...

Heboh peristiwa langit “terbelah” di Pontianak

15/11/2011 4:02pm

JAKARTA - Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu “terbelah” dua hari lepas, namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin berkata, fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat,” Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah “crepuscular ray”, iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata, penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

“Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam,” katanya. – Bernama


p/s: Gambar tu sekadar contoh langit terbelah - ehsan dari Google Image :)

"KEBESARAN ALLAH SWT"

post signature

Sunday, November 20, 2011

myMetro‘Rugi jika tidak sertai’

myMetro‘Rugi jika tidak sertai’

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,”

P/s : Dunia dah Akhir Zaman.. :)

post signature

Monday, November 14, 2011

Ombak Rindu!


Semalam..tak semena-mena..seorg ofismate aku.... sms... ajak pegi movie.... OMBAK RINDU!
hrmmm...kisah berdasarkan Novel yang agak terkenal...macam pernah baca...tapi dah lupa... (kipas susah nak mati jugak dalam bab Novel nih :) )

Filem ni akan ditayangkan pada 1 Disember 2011... Oleh kerana itu, sila lah simpan sedikit duit gaji untuk didermakan kat Tabung TGV :) ahaks!

" Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida."



p/s: best!!!!

post signature

Monday, November 7, 2011

Semangat ! Semangat !


Hari raya masih berbaki sehari lagi.... tapi aku dah start untuk bekerja..(semangat! semangat!) Seronok juga sekali sekala bersama member2 ofis ni..macam2 perangai yang ada... tapi yang pasti mesti ada yang pasang lagu raya pada pepagi esok ! keh keh keh... :D

Anyway... kepada yang start pulang ke rumah dari kampung tu.. berhati-hati di jalan raya... jgn bad mood sgt raya sekejap aje..ehehehe..balik rumah masak la daging korban tu.....untuk mengekalkan rasa kemeriahan raya tu..

Daaaaaaaa.....

p/s: berkerja la kita sekuatnye.... :P

post signature

Sunday, November 6, 2011

AidilAdha 1432H


Alhamdulillah dengan umur yang panjang ini, dapatlah kita sekali lagi menyambut AidilAdha 1432H....

Semalam, seharian berkemas kat stor n ruangan dapur...so, teramaaaaatttt la penat sehingga tidak terperi :P bersama ngan En.Hasben.. Kesimpulan, segala juadah pepagi raya terpaksa pakai not ajer la... :P... (nOt Sepuluh... Not 50.. :P)

tapi try jugaklah membuat kuah kacang di pagi raya.... rasanye dah hampir sama ngan yang myMum punya...hahahhaha...(En.Hasben pulak komen termasin! keh keh keh) Almaklumlah first time,takkan ler nak sedap macam 60 tahun punya air tangan :)!

Habis memasak and Bekfes ngan family... sempat la ber'Skype' dengan anak sedara aku di Moscow... heheheh... die dah bersiap dengan baju melayu ape semua nak pegi semayang raya dekat Embassy..Macik die...huh serabai baru lepas masak lagi.. :)

Anyway....( tak salam raya lagi ngan En.hasben ).. maaf zahir dan batin untuk semua blogger yang sempat singgah di sini... lobiu olls.. :) Salam aidiladha.... selamat makan daging banyak2 sampai pening...! :)

p/s: Lempeng + kuah singgang = best!

post signature

Tuesday, November 1, 2011

Kerana Engkau Adalah Milik Ku..

TerisTimewA untuk mY Hubby.....

Syukur AlhAMduLiLLAH kita masih dapat bersama untuk menyambut Hari lahir yang ke-**(Ahaks!)

~ Semoga Sentiasa Sihat Walafiat,Gembira,'Cool',bersabar dengan karenah Wifeymu ini....

~ Semoga Bertambah rezeki yang halal untuk family kita...

~ Semoga menjadi Daddy yang terbaik untuk anak-anak kita...

~ Semoga sentiasa dapat membimbingku ke jalan yang diredhai-Nya... (aminnnn)

KERANA.......................

*

*

*

*

*

KITA SATU

*

*

*

*

*

*

Hanya Sebuah Lagu Khas untuk MySayam... Kerana Engkau Adalah Milik Ku..




P/s : Mama & Baby sayang Abah!!



post signature

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers