Sunday, March 25, 2012

Puding Karamel part-2

Al-cerita... kisah nak buat Puding Karamel seperti yang telah di Google sebelum ini...Sepatutnya projek ini dijalankan pada petang Khamis itu... oleh kerana waktu makan tengah hari, aku tak sempat membeli bahan2 yang diperlukan... En.Asben pun dah sampai awal kat rumah... fikir punya fikir petang tu aje pergi cari bahan2 yang sepatutnya itu dengan En.Asben sebagai drivernya.. Ahaks!!


Aktiviti what the rock is cooking ini bermula seawal jam 4.30ptg setelah En.Asben mengorbankan waktu hibernisasinya.... dengan penuh semangat... beliau telah membantu Chef Utama(Aku) dengan penuh jayanya.... setelah try n Error..akhirnya begini lah hasilnya Puding Karamel versi pertama... :)


 hehehe..gambor kecik jer... :)

P/s: Untuk Affiq.. best jugoks cuya n ayah Su buat puding ni :)



post signature

Wednesday, March 21, 2012

Puding Karamel

Puding Gula HanGus... atau dalam perkataan lain Puding Karamel.. Peberet Encik Asben....

Igt hari Khamis nak try buat la....tiap2 minggu asyik cari kat pasar malam a.k.a Pasar minggu.... Apa kata kita try n error jer buat kueh ni...mane tau menjadi kan.. :) .. Search punya Search kat En.Google terjumpa resepi ni... :) mcm senang jer...... korang kalau berminat leh cuba...

Ni aku amik dari Cik Alya -website My Resepi 

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air 

    Cara-cara

  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 
 post signature

Saturday, March 17, 2012

My Munckin!

Haihh..Penat sgt minggu ni... penat layan karenah sikecik2 4 org tu.. :D..lama tak kumpul diorg nih... semakin kuat bercakap (walau pelat), semakin kuat bergaduh... dan selalu jadi mangsa si Aleesya :) hehehhe.. si kembor pun masih dengan kekiutan diorg...dan si azfar..masih lagi abg yang kool... dan si Aleesya masih jugak  menjadi sikembor dengan mamanya... :)

hehehhee..walaupun begitu... aku tetap suka tgk keletah diorg yang selalu ajer 'berbunyi' dan tak pernah senyap kecuali waktu tido... :) So, tak lame lagi bertambah seorg lagi yer group kamu :).. En.Asben pun tak pernah penat nak layan karenah si tomey2 ni.. :) (latihan amali untuk baby kita nanti !) ahaks!!!

P/s: Patutlah Abg Affiq,Abg Mirol slalu rindu kamu yer.. :)

Abg Ngoh(Aqeef) & Abg Yong(Adeeb), Cha (Aleesya), Abg Ajepar(Azfar)
post signature

Monday, March 12, 2012

Pancing Memancing


Citer ni aktiviti yang takder aktiviti... Al-maklumlah tgh Memboyot... ape sgt yang boleh dilakukan... Jumaat bebaru ni... setelah di offer oleh kakakku.. kita org pi la pekena Tea Tarik n Roti Canai kat gerai Tok Umi (Si Azfar yang panggil) sempat la aku melahap roti Canai Telur + Bawang..add on Roti Kosong sebijik.. baru lah 'kemas' perutku ini... Lepas Semua dah "isi gas" dengan jayanya.... acara seterusnya round2 sekitar bandar + pantai memalam buta ni... hari Jumaat tu bersamaan 16 rabiulakhir 1433H jadi bulan masih bercahaya penuh lagi.... kat pantai aku tgk macam ada pesta... semua dengan batang pancing.... unggun api yang marak menyala... seronok jugak... En.Asben dah mula meleleh ayak liuq.... (terpaksa berpuasa memancing demi anak terchenta) hahahahah... yer la..petua org2 lama kena jugak ikut...

Suasana kat pantai time tu memang sangat Happening.... dari pantai...terus aje En.Asben melilau ke Muka Kuala pula... nak lihat lampu2 di Jambatan Sungai Dungun katanya...lalu punya lalu.... kat sini lagi menjadi-jadi org duk memancing...
Suasana ditepi Jambatan Sungai Dungun

Di sepanjang Sungai :)

p/s : Ohhh... Rupanya... ada pertandingan memancing.. ahaks! patutlah ramai :)
 post signature
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers