Monday, August 30, 2010

Merdeka


Selamat hari kebangsaan untuk seluruh warga Blog... :) ... Sudah merdekakah kita dari penjajah alaf baru selama ini selalu menghantui kita....

AlhamdulILLAH atas keamanan yang dikecapi selama 30tahun kehidupanku di Bumi Malaysia...

Monday, August 9, 2010

Sirah

Hindun pujuk suami peluk Islam

HINDUN binti Amru berasal daripada Bani Salamah. Dia adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Abdullah bin Amru. Hindun mempunyai sifat berani, berilmu, tabah, dan sabar.
Dia berkahwin dengan seorang lelaki yang bernama Amru bin al-Jamuh. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Muaz, Muawiz, Khallad dan Abdurrahman.

Hindun adalah antara wanita yang masuk Islam ketika Mushab berdakwah di Madinah. Mushab dihantar oleh Nabi Muhammad bagi mengajak orang Madinah memeluk Islam.
Kedatangan Mushab ke Madinah disambut baik oleh penduduk Madinah. Hampir seluruh keluarga Hindun turut memeluk Islam kecuali suaminya. Suaminya tidak suka ahli keluarganya memeluk Islam. Bagi suaminya kedatangan Mushab ke Madinah adalah salah dan mengacau-bilau agama nenek moyang mereka.
Bagi memastikan isteri dan anak-anaknya tidak memeluk agama Islam, Amru telah menasihati mereka.
Amru berkata kepada Hindun, "Saya dapat tahu Mushab sudah mula menyebarkan agama Islam kepada penduduk Madinah".
"Saya tidak mahu awak dan anak-anak terpengaruh dengan kata-kata Mushab," sambung Amru lagi.

Agama yang baik dan benar
Hindun diam mendengar penjelasan suaminya. Kemudian Hindun berkata, "Awak sepatutnya mendengar dahulu ajaran Islam yang disampaikan oleh Mushab".
Amru pun berkata, "Tidak ada faedahnya saya mendengar ajaran Islam yang disampaikan oleh Myshab. Sudah terbukti agama nenek moyang kita lebih baik daripada agama Islam".
Amru menyentuh patung berhala yang diberi nama Manat yang terdapat di rumahnya. Patung berhala itu diperbuat daripada kayu. Hindun cuba memujuk suaminya supaya menerima ajaran Islam.
Hindun berkata, "Agama Islam adalah agama yang baik dan benar. Cuba awak dengar dahulu penjelasan dari anak awak. Anak kita sudah mendengar ajaran yang disampaikan oleh Mushab".

"Rupa-rupanya dalam diam anak kita sudah memeluk agama Islam. Anak tidak kenang budi!" kata Amru dengan nada tinggi.
"Dia mencari kebenaran dan petunjuk hidupnya," kata Hindun.
Setelah puas dipujuk oleh Hindun akhirnya Amru dengan rela hati mendengar keindahan ayat-ayat al-Quran yang dibacakan oleh anaknya. Berkat doa Hindun pintu hati suaminya terbuka dan menerima agama Islam.
Selepas Amru memeluk Islam bermakna seluruh keluarganya sudah memeluk agama Islam. Hindun adalah isteri yang tabah dalam menghadapi cabaran hidup.
Semasa Perang Uhud, suaminya yang berkaki pincang itu bersemangat ingin mengikuti Nabi Muhammad berperang di Bukit Uhud.

Anak-anaknya melarangnya kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan. Namun Amru bersemangat dan berjumpa dengan Nabi Muhammad.
Amru berkata kepada Nabi Muhammad, "Wahai tuan, anak-anak saya tidak mengizinkan saya berperang d bukit Uhud. Saya ingin ikut bersama tuan. Saya ingin berjihad di jalan Allah".

Lantas Nabi Muhammad berjumpa dengan anak-anak Amru lalu berkata, "Awak semua tidak berhak melarang ayah awak ikut berperang di bukit Uhud. Semoga Allah memberikan dia syahid dalam perang Uhud ini".
Akhirnya, Amru bin al-Jamuh antara pasukan tentera Islam yang awal terkorban. Selain daripada itu anaknya yang bernama Khallad dan saudara kandungnya iaitu Abdullah bin Amru juga turut terbunuh.

Berita kematian suami, anak dan saudara kandungnya itu diterima dengan hati yang reda dan tenang. Jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Uhud.
Sifat berani Hindun terserlah apabila dia sendiri berjihad di medan perang Khaibar. Dia telah ikut serta bersama angkatan tentera Islam bagi menentang musuh.
Hindun adalah pahlawan wanita yang sanggup bertarung nyawa demi tuhannya Yang Maha Esa. Dia pernah meminta Nabi Muhammad mendoakan dirinya.
Hindun berkata, "Wahai Nabi Muhammad, tolong doakan semoga saya dapat di tempatkan di syurga kelak".
Sepanjang hidupnya Hindun sering melakukan amal ibadah dengan ikhlas kepada Allah.


Artikel ini berasal dari sebuah blog yang saya Follow...... Sekadar bacaan dan berkongsi bersama rakan2 bloggers :)

Ramadhan 1431H


Ramadhan 1431H kali ini agak meriah dengan pertambahan ahli keluarga baru yg berusia 9bulan.... semestinya my "Upin & Ipin" Adeeb & Aqeef. Baju raya semua dah setel... (mengambil langkah drastik menempah dengan lebih awal beberapa bulan sebelum ramadhan...sekali dengan My Dear.. :P ) Tema tahun ni Merah... tapi family abg aku peach & Ungu.... takpe la gabung2 kaler..ahaks! mcm kek lapis....
Semangat tahun ni nak memperbanyakkan ibadah Terawih tuh..hehehehhe..tapi tak tau la setakat mane yang termampu.! :p janji buat jugak di bulan ramadhan ni...walau pun tak sepenuhnya..ye tak?Petang tadi, member opismate sebelah meja dah berbunyi..."menu apa bulan2 pose nih!" dah pikir pasal menu... bila dah bersuami ni memanglah ini merupakan satu masalah apabila tiba bulan ramadhan.:)... aku pun bakal menghadapinya... [harap2 MyDear jgnlah cerewet sangat yer... almaklumlah Emak kamu takder, sekali sekaler jom lah berbuka puasa kat Umah... :) ]
Walau ape pun.... aku bersyukur dapat merasai kenikmatan Ramadhan untuk kali ini..... Last Ramadhan secara Solo..next year dah Berduet...... :) semoga aku tenang menghadapi segala ujian yang mendatang......

P/s: puasa jgn tak puasa!!! :*

Wednesday, August 4, 2010

Ape-ape aje.....


Hari ini..hari Rabu............... tak banyak acara nak ditulis dalam blog ini.. cuma yang pasti, office aku bising dengan kedatangan tukang-tukang rumah....... tukar pintu, buat bilik.... pening aku, rasanya kalau 5jam diorang buat kerja kat sini..mau tuli telinga aku dengar mereka2 memotong besi, kaca, plasterboard dan sebagainya.
Cuma aku tak paham, apsal la office dah cantik perlu ada penambahan lagi....sekadar pendapat aku.. umpama tikus membaiki labu. Melayan karenah staff2 Kontrak yang mahukan bilik !!!! tau la kamu tu "41" ..Boss Kecik. tapi Jangan la berlagak mintak semua dan paksa orang tunaikan... Big Boss pulak dengar nasihat 'orang kanan' yg telah dihumban ke tempat lain, jadi projek pembinaan bilik boss2 kecik ni menyesakkan mata, hidung(debu/bau gam) dan telinga aku.
Staff2 Kontrak sedarlah diri kamu itu sikit... esok lusa takder disambungnya kontrak kamu tu, janganlah di minta macam2. Kami staff permanent ni pun terima seadanya, dan bersyukur diberikan kemudahan sedia ada.
Bukan hendak memuji, tapi aku tgk staff permenant yang senior, slumber je.takder nak kecoh2, walaupun setiap petisyen diorang & aku sendiri sebesar reban ayam dan penuh dengan fail,dokumen kontrak & pelan2 pembinaan di belakang kerusi duduk kami.
haihhh...Ape-ape aje la.....

P/S : sentiasa Bersyukur... (seronok juga bila petisyen 'bersih' mcm gambar dia atas!)

Monday, August 2, 2010

Dilema...Teman


kata-kata ini aku ciplak dari laman "Mukabuku" seorang rakan sekolah dulu...menarik!!! terima kasih untuk Cking Tera...... rasanya sekali sekala merenung mutiara kata sebegini boleh buat seseorang menilai kebenaran yang tersirat disebalik kata-kata tersebut. :)

Sepanjang perjalanan kehidupan,
ku temu pelbagai rupa kawanku.
gemuk, kurus, panjang, pendek,
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu
Bersikat, bertudung…
akan sejenak ku terfikir…
manakah satu…..
rupa yang akan menjadi kawanku yang setia..
yang gemuk atau kurus?
yang pendek atau panjang?
yang lawa atau hodoh?
yang bersikat atau bertudung?
diriku dalam dilema….
setelah difikir berkali…
tersedar diriku…
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah
dan……
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat
kadang-kadang yang bertudung tak selalunya jujur
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…
mencari kawan memang senang…
tetapi mencari kawan yang setia
umpama mencari jarum dirumput yang kering...
berusahalah untuk mencari kawan yang setia...Cool
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers