Thursday, February 28, 2013

Dari sudut kamar hatiku...

Ni nak luahan perasaan sket pasal 1,2 perkara yang terjadi baru2 ni...
pertama :
 Ni Stadium Sultan Mizan K.Trg yang runtuh lagi......

kedua:
Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Bnayak la yang duk post dalam FB gambar-gambar yang aku klasifikasikan gambar 'buruk' untuk tatapan kuli teknikal seperti aku dan rerakan ofis...Semua org duk bising-bising... Kerajaan mengabihkan duit rakyat la..penyeliaaa...makan rasuah,gaji buta.....ape lagi ar... tapi yang aku takleh terima skali bila org kaitan pekerja Kuli Teknikal ni sinonim dengan 'makan' duit kontraktor.. bila aku dah menceburkan diri dalam bidang teknikal ni baru aku tau betapa senangnya nak menjadi balaci kontraktor ni..atau dalam bahasa lembutnya...Hamba Abdi pada pihak kontraktor... Ngape aku cakap sebagai Hamba Abdi? cuba kita lihat zaman jahiliah dulu...kalau ada duit banyak boleh beli org buat jadi org suruhan... sama jugak ngan keadaan sekarang... ada jugak masih nak jadi hamba abdi pada kontraktor2 penyangak ni... Cash/barang-barang/pergi melancong/tukar sport rim.... dah bolehkan kita menjadi hamba abdi kepada kontraktor2 penyangak nih...senang kan??!!! Itu atas sifat intergriti diri sendiri ar..leh lawan godaan penyangak2 tersebut atau kita tetap dengan pendirian kita....tepuk dada tanya Iman....

Sebagaimana 2 kes di atas.... bila aku lihat komen2 yang terpampang kat FB tu..rata-rata...yang reply... "dah kenyang, runtuh pulak,  bila cedera sape mau tanggung?" perkataan "dah kenyang".... tu paling best/teruja je bila aku dengar... nampak sangat asal ada masalah memang bahang sen rasuah! untuk pengetahuan korang2...Generasi lama sebagai kuli ni ada lah yang sedemikian rupa... agaknya dah azali ngan diorg jugak kot.. tapi kalau generasi alaf baru mcm aku ni kuli-kuli tak berapa batak ni...Mak /Bapak dah pesan/ajar berkali-kali mana yang haram..mane yang halal...Anda mahu sekiranya darah yang mengalir dalam badan anda tu hasil titik peluh wang haram... dari setitik darah bertukar jadi segumpal daging....jadi la pulok seorg makhluk yang bernama manusia..anak kepada kita.... terbaekk kan!!! Hasil dari darah yang tercemar tentunya hasil kualitinya agak low standard tidak menepati piawaian..Nauzubillah...

Meh aku nak cite berdasarkan pengalaman sebagai seorg kuli teknikal (deparment aku)

Semasa projek dalam pembinaan...sebagai contoh menara tangki air masjid...yang tinggi bermeter2 dari aras tanah..memandangkan deparment aku tidak mempunyai Jurutera, oleh yang demikian... kuli-kuli seperti kami inilah yang bergadai nyawa duk mengira besi2 yang di ikat pada beam untuk menara tersebut,.kan tersilap langkah duk mengira besi2 tu..mau jatuh seperti nangka busuk yg takde gunanya.... Apa yang kami dapat kalau jatuh? first: Mati..innalillah...... Second: patah riuk,i.c.u,cacat...... third : insurans????   untuk pengetahuan korang... kami sebagai kuli tak berapa Batak ni mmg tidak dilindungi ape2 elaun/insurans apabila terpaksa bergadai nyawa untuk memastikan projek cemerlang... Seorg Jurutera dilindungi Elaun kritikal... manakala kami terpaksa melaksanakan tugas tanpa sebarang back-up.. sehuduh2 kuli teknikal ni...dengan kerja2 yang bergadai nyawa tu ada ke anda sanggup nak buat?? Gaji Kuli-kuli teknikal ni paling kecik berbanding kelayakan jawatan  yang di pohon... apabila dibuat permohonan agar dinaikkan gred dan gaji kuli2 seperti aku ni, banyak benor bantahannya...tak la seperti bernasib baik seperti nurse dan cheGu... sentiasa naik gred dan elaun dan gaji.... sungguh membanggakan kerana dapat melahirkan modal insan....agaknyaaa...!!!! :P (jgn member2 CheGu berasa ati lak bila aku kasi tau ni!!! aku sayang korang..keh keh keh)
Kesimpulannya aku sangat berkecil hati sekiranya ape yang berlaku kejadiaan seperti gambarajah 1 dan 2 tu...  diberikan alasan "makan suap"....banyak kemungkinan yang berlaku... Force of Nature, Pihak Kontraktor penyangak yang nak untung lebih walau ditegah oleh kuli2 seperti aku tapi diorg degil jugak...oleh kerana nak utung lebih rela guna kualiti yang rendah tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam BQ/tender... (memang menyakitkan hati itu pasal la mulut aku ni tak reti nak berlembut dengan kontraktor2 ni..duk peknen ke Sofea pun aku asyik la bergaduh ngan kontraktor2 bangang ni.... sehingga Sofea pun dah 'beykeng' mcm MaManya..heheheheh) Mintak-mintak dijauhkan segala perkara buruk dalam projek2  dibawah department aku tersebut...Aminnnn....
Dan yang paling utama yang korang tak boleh sanggah wahai Pengomen-pengomen tegar...

                                                           كُن فَيَكُونُ

           Bukankah apabila Tuhan berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)?

Walaupun diupah engineer terbaik di dunia... apabila telah ditetapkan ianya runtuh pada hari sekian-sekian... maka ianya tetap runtuh.. jgnlah menilai org sebegitu buruk,tanpa anda melalui pengalaman seperti mereka.. agaknya mereka yang komen tu sama ape yang mereka komenkan...almaklumlah hanya jauhari mengenal manikam! :) Sape yang makan cili... dia yang terasa pedasnya....

P/s: pjg giler aku melalut sementara nak tunggu cerita yusni jaafar kat CH131 ni..Setinggan.... Semoga ALLAH lindungi aku dari segala dugaan dan cabaran sepanjang kerjaya aku sebagai kuli ternikal terhormat!
 post signature

Tuesday, February 26, 2013

12 WAKTU TIDUR YANG SUNAT UNTUK DIKEJUTKAN....

12 WAKTU TIDUR YANG SUNAT UNTUK DIKEJUTKAN....

 Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:


Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
    “Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:

    “Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). (Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.
Nabi saw bersabda:

    “Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.” (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)
Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:

    “Tidur subuh menegah rezki.” (Hr Ahmad – sanad lemah)
    Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
    “Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” (Hr Bukhari – sahih)
Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:

    ” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” (Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
     “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
    “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:

    “Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. (Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)
Kedua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
    “Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” (Hr Muslim)
 P/s: Kesimpulan............. udah-udah ler tu tido..... saya pun mengantuk jugaksssss!!

Artikel dari Blog ISLAM ITU SUCI...sekadar berkongsi...


post signature

Friday, February 15, 2013

Asteroid Hit Russian

memang menakjubkan dan mnyeramkan.....hrmmm....first time aku tgk seumur hidup aku meteor jatuh ke bumi sebegini besar...dan meninggalkan impak yang besar...
 dalam 400 org yang cedera dan banyak kerosakan disebabkannya. Semoga ALLAH melindungi Malaysia dari segala bencana seperti itu.....

teringat pulak zaman sekolah dulu memang minat ngan angkasalepas ni..cita-cita nak beli teleskop tu..nak cerap bintang katanya.... tapi yang paling aku tak lupa sempat la tgk COMET HALLEY kat ruangan angkasa... time tu malam...around pukul 11mlm lebih... memang agaknya sekali seumur hidup..bintang yang macam lampu suluh.. berangan la jugak nak tgk aurora berwarna-warni dan hujan meteor...bila la boleh tgk agaknya... :)

p/s: Ashrul Affiq... Kamu kat Moscow tak perasan pun kan..hahhahahahaha :D  
post signature

Thursday, February 14, 2013

Aimy Sofea 9 months

Apabila budak ini dah 9 bulan.. hehheheehe...

Dah sebokkkkan diri Meneroka Persekitaran!!


 Dah pandai memberi senyuman manis apabila bergambar...













Nak buat..ape yang org lain buat.... :P


tetapi...................

MAMA + ABAH sayang kamu sgt2....... tiap2 hari rindu kamu kat Taska.... tiap2 hari rindu bau kamu...tiap2 hari rindu nak bergurau dengan kamu.... dan tiap2 hari kami sentiasa mahu bersama kamu....dan sesungguhnya kamu hidup kami...

P/s: My SugaPlumm So much!

 post signature

Tuesday, February 5, 2013

Aimy Sofea 8 bulan

Wordless Tuesday..
Tuan Tanah ngan AimySofea

P/s:     Cobek-Cobek pipi die...

 post signature
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers