Monday, June 7, 2010

cuti-cuti...


Lepas dah Cuti-cuti minggu lepas... haiyOOo... penat tidak terhingga.... dah lah setiap hari sepanjang berada di sana 4.00a.m dah kena bangun... maklumlah waktu subuh 3.15a.m.... Kepada sesapa yang nak bercuti ke Beijing tuh...cuba-cubalah mendaftar kat travel agent... tak pernah menyesal... pasal seronok sangat bila berada di sana....masa pun padat...tak pernah tersisa sedikit pun.... hehehhee.. sampai aku asyik 'terpadam mentol' apabila berada dalam Coaster bus...ahaks! mane tak terpadamnya, dalam bas tu je lah masa untuk berehat!!
Kalau diceritakan pasal bab Shopping??? ermmm....tak sempat, masa diberikan 2 Jam... tu kalau kat Malaysia baru tgh Survey barang......... lagi 2 jam baru start membeli.... ni macam tergesa-gesa sgt... sempat la beli beberapa cenderahati untuk rakan-rakan ofice! Apa lagi yang aku beli???? alas meja dan sehelai T-shirt bertulis (dancing) dalam bahasa Mandarin.. :) cuma hari terakhir..ketika berada di kawasan Olimpik (Stadium Sarang Burung) sempat la membeli seutas rantai permata Nilam buat kenangan...itu pun dengan harga berpatutan.
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang payah nak telan Chinesse Food, eloklah membawa bekalan seperti sambal ikan bilis, serunding daging, kari dalam tin(buatan malaysia) serta makanan rugi "M.A.G.G.I.E"....tentu anda tidak menyesal jika membawa bekalan seperti itu...memanggggggg berbaloiiiiii !!! :p Penggunaan toilet...seperti negara-negara lain anda dinasihatkan membawa botol mineral kosong untuk kegunaan bersuci...takut anda pula tak larat asyik beristinjak..... ahaks! :) anyway...pergilah bercuti...........

p/s : seronok Wooo...Wo ai in Beijing!!! :)

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku