Thursday, July 19, 2012

Roti Berinti lagi....???!!!

Atas permintaan En.Asben... dengan sukacitanya aku menyediakan antara menu kesukaan Beliau Sebelum menjelang Ramadhan ni...R.O.T.i B.E.r.i.N.T.i..sebenarnya,resepi ni adalah cubaan memasak yang telah aku praktikan semasa pregnant si Kecik tu dulu.. tetapi telah menjadi antara Fav. En.Asben...

Bahan2 yang aku Gunakan..

Roti 'hotdog',telur..

Untuk Intinya...
Ubi Kentang dipotong dadu,Daging cincang,Rempah Kari Daging Adabi,rempah kasar(rempah 4 Beradik),sedikit halia,bawang putih dan bawang merah(dimayang), kisaran bawang merah,kisaran cili (cili boh), Kerisik(nyior gula),garam dan gula,asam jawa dan belacan dan bawang besar dipotong dadu.

Cara-Cara Membuat Intinya..
Perapkan daging cincang bersama, rempah Adabi,bawang kisar,cili boh, dan kerisik. Tumiskan rempah kasar bersama halia,bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang, bila dah agak2 naik baunya...boleh masukkan bahan perapan tadi. Tumis kesemua bahan tadi sehingga naik minyak.. masukkan air,ubi kentang, garam dan gula, sedikit asam jawa dan belacan. Kacau perlahan2 dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu setelah air hampir kering. kacau sehingga masak.
(Inti ini sesuai untuk membuat Karipap Ubi) Sesape yang dah terer buat inti karipap... boleh la cuba buat roti berinti ini.. :)

Roti Berinti
Potongkan roti 'hotdog' kepada 2 bahagian dan belah di tengah. masukkan inti tersebut ke dalam roti.
inti yang best!
belum dicelup telur..
Setelah itu roti dicelup ke dalam telur yang telah dipukul bersama sedikit garam sebelum digoreng dengan api sederhana..
Wahh.. tak sabo tunggu garing ni..
Dan Lihatlah Hasilnya....

Siap untuk Dimakan bersama Sos Cili.. Nyumm..Nyummm

p/s: sesapa nak try dipersilakan... tapi aku bukan spesis yang reti tulis resepi...kalau rasa2 tak paham boleh tanya aku balik yer...Harap Maklum :) Peaceee!!!~ EnCik AsBen , Mirul dan Affiq :)

post signature

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers