Tuesday, June 30, 2015

Kerutuk Telur + Kentang

Hari ni Mak Jemah nak bagi resepi yang Mak Jemah google dan buat..hehehe

 Berikut resepi yang aku 'google'kan untuk anda.. :-

KERUTUK TELUR
Bahan-bahannya :
  • 1 ekor ayam (buleh ganti dengan 10 biji telur direbus dulu)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk/ gulai - bancuh dengan sedikit air panas (Aku guna rempah Gulai Cap Bunga Ros)
  • 1 cawan santan fresh
  • 1 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 biji bawang besar - potong 4
  • 2 biji cili merah - belah 2
  • Gula nisan/ gula melaka
  • Garam
  • Minyak
Bahan Penumis (Rempah 4 beradik) :
  • 1 batang kulit kayu manis (dalam 2" panjang)
  • 5 kuntum bunga cengkih (Yatie letak 2 je)
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Bahan yang diBlend :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1" lengkuas
  • 1" kunyit hidup
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan minyak & tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi & masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing & masukkan bahan2 yang diblend.
  3. Goreng lagi & masukkan rempah yang dibancuh dengan air panas.
  4. Bila tumisan dah pecah minyak, masukkan daun pandan, garam & asam keping.
  5. Masukkan ayam & gaul sebati.
  6. Biar rempah mesra kat ayam/ telur dalam 10 minit baru lah dimasukkan 1 cawan air.
  7. Biar hingga mendidih dan kentang empuk.
  8. Pastu masukkan santan fresh, nisan/ gula melaka.
  9. Masak hingga hampir pekat & masukkan kerisik.
  10. Masukkan bawang besar yang dipotong 4 & cili merah yang dibelah 2.
  11. Masakkan hingga ayam masak & kepekatan yang disukai
  12. Hidangkan panas2.
** Jika nak letak telur dalam kerutuk :
  1. Kupas kulit telur yang dah direbus, belah sedikit telur (2-3 belahan-hanya kena putih telur je)
  2. Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Aku tak goreng telur nie, cuma kelar2kan saja supaya rempah meresab kedalam telur. ]
  3. Angakat & toskan. (Telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng).
P/S : Malam ni cicah ngan roti bakar... marbelessss u ollss...  tenkiu MaMaAna

 post signature

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers