Monday, November 21, 2011

Langit Terbelah?


Kisah ni aku dapat dari KoSmo! Online..macam menarik untuk dikongsi bersama...

Heboh peristiwa langit “terbelah” di Pontianak

15/11/2011 4:02pm

JAKARTA - Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu “terbelah” dua hari lepas, namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin berkata, fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

"Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat,” Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah “crepuscular ray”, iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata, penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

“Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam,” katanya. – Bernama


p/s: Gambar tu sekadar contoh langit terbelah - ehsan dari Google Image :)

"KEBESARAN ALLAH SWT"

post signature

1 comment:

  1. tula... br nak cakap, ni cam ROL je... atau Ray Of Light... photographer berkejar2 nak snap ni...

    ReplyDelete

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku