Tuesday, December 27, 2011

Otak

Hrmm..baru lepas Bekfess... (dah Makan Nasik Goreng pedas & Nasik Himpit bersambal Ikan + Nyior) maklumlah makan Berdua.. tentu lah..kena makan dua jugak perkara makanan :) (alasan!)

Balik Ofis...terus search ape-ape yang menarik untuk post kali ni :).. tetiba lak terjumpa satu artikel pasal Otak.. a.k.a "OtaaaaaaaKKKkkkkk" (zombie kg.pisang) hrmmm.. bagus jugak kalau tau cara-cara menjaga otak sdiri... bukan hanya pandai cakap Kepala Otak Kau!! isk isk isk..... !!!!!!

Baca dan Pahamkan betul2.... Selamat Mencuba :)

 
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

P/s : Jangan Lupa Bekfes pagi-pagi... :)


post signature

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers