Tuesday, January 31, 2012

Kimchi

SMS diterima dari ThaqiYatt(bukan Nama Sebenar).... 7.04pm
"Gemersik Kalbu sambil makan Megi + Kimchi..... Ahhh Sedakkk"

haihh... rasa macam nak cuba gak Minatang Kimchi ni... mcm best ajer...almaklumlah.. aku pun salah seorg peminat tegar sayur tetapi tidak bagi En.Asben. hahahahahah :)

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea iaitu jeruk sayuran seperti kobis cina dan lobak putih yang dijeruk bersama bahan-bahan kisaran cili dan sos ikan. Rasanya sedikit kelat,pedas, masam dan masin...(tapi aku tak pernah rasa lagi.. tunggu Macik ThaqiYatt nak kasi kat aku)

Berikut aku dapat resepi dari sokkabar Utusan ari tu.. dari chef Azli Razali... nampak dari gambor macam best aje.... haihhh...mengidam ke aku ni??? =P

Kimchi Kobis Cina (tong baechu Kimchi)

Bahan-bahan A
1.25 kobis Cina
1¼ cawan garam
1.6 liter air

Bahan-bahan B (Bahan Kisar)
75ml air
160gm buah pear
125gm lobak putih
50gm cili merah
50gm bawang putih
90gm bawang merah

Bahan C
100gm keledek putih - rebus,tapis dan lenyek lumat
125ml sos ikan
40gm serbuk cili
25gm kepingan cili kisar (chili flakes)
¾ sudu makan gula
½ sudu makan serbuk perasa 

Cara Membuat:
1. Belah atau potong kobis kecil-kecil. Cucikan kemudian rendam dengan bahan-bahan A selama 2 - 3jam.
2. Tapis Kobis dan perah sedikit air dari kobis.
3. Campurkan Bahan B yang dikisar dengan Bahan C. Kacau sebati.
4. Lumurkan bahan-bahan B dan C yang telah dicampur di setiap helaian kobis.
5. Kemudian letakkan dalam balang. Curahkan bahan perapan yang lebih dalam balang.
6. Letakkan di luar selama 24jam kemudian peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari barulah diguna.

Ermmm...untuk yang nak mencuba..dipersilakan.... ape salah mencuba resepi obersiiii nih :)

p/s: tunggu resepi guna KimcHi pulak yer.. :)
post signature

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers