Sunday, January 1, 2012

First Entry 01.01.2012

Ni adalah first entry untuk hari pertama di tahun baru... :)

Semalam kena request lagi dari En.Asben... Masak Gulai Daging Versi Terengganu Pior... =P .. Memang la aku pernah masak tapi dengan pengawasan 'tukang masak profesional' .. Ni kena pikir sdiri... adoihh... keterujaan + gabra jugak nak masak... :) Ni terpaksa igt balik resepi dan cara-cara Arwah Mak aku masak dolu-dolu... Nasib aku ni jenih assistant Mak aku dulu..kira boleh nampak jugak cara-cara nak masak tu...

Awal-awal lagi aku dah sound kat En.Asben, kan kalau tak sedap... die kena habiskan jugak.... dia bersetuju dengan cadangan aku... aku pun dengan over confident terus masak... sambil tersengih-sengih cuba igtkan style yang Mak masak dulu2...

Time gulai tgh mendidih...En.Asben dah mula turun ke dapur... katanya, tak sabar nak rasa.... bau rempah dah menyelinap masuk ke ruang depan rumah... hehehhehe... (mintak-mintak la... menjadik...) sambil mulut aku duk baca Surah Al-Kautsar... (orang kata sambil masak elok baca surah ni untuk bikin masakan kita menjadik!!!aku terima petua ni dari org lama jugak!)

Tiba waktu lunch... hehehe... 'Juri' masakan aku tak sabar nak mencuba... Alhamdulillah menjadik!! Happy bukan Kepalang la 'MaMa' ni... tapi letih tak ingat la... sensorang duk menyediakan lunch..tapi berbaloi tgk En.Asben makan dengan jayanya.. (Ahaks!) Siap 'memuji' lagi... "kalau Hari-hari macam ni mau Abg pun termengandung!" :) (almaklumlah..aku kan weekend marriage...)

P/s: 'Termengandung' pun Saya tetap sayang Awak En.Asben!

.  Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.:بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
  1. إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
  2. فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
  3. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

post signature

2 comments:

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers