Sekadar berkongsi Pengalaman.. :)
Jumaat bebaru ni...setelah di
suggest oleh En.Asben..aku dengan penuh semangat berangkat ke Kuala Terengganu. Semestinya pergi untuk menyaksikan karnival
yang selama ni hangat di perkatakan.. :) lagipun lokasi kali ni berhampiran dengan rumah kakak ku...
Jam hampir 11.00 pagi aku sampai di lokasi berkenaan... Adoiiyaiii....dari jauh dah nampak
JEMMnya keadaan trafik di situ...kereta 'bersusun' elokkkkkk jer sepanjang jalan menuju ke arah tapak karnival..
Sorry Gambor terbalik! Ahaks
Mula2 macam dah
fed-up jer bila tgk keadaan trafik dan tempat
parking yang tiada dan jauh dari tapak karnival..En.Asben pun bersetuju nak lalu amik angin jer sepjg jalan ke situ.. :) Akhirnya seperti tidak terduga tetiba pulak ada
parking berbayar yang disediakan dekat lah jugak dengan tapak karnival...tak ramai yang
parking pasal berbayar kot..(
biasa la org kita nak semuanya free n subsidi :P)
So, dengan hati berbunga-bunga terus je masuk
parking kat situ dengan bayaran RM2.00 sahaja.. :)
Cuaca
time tu... Tuhan sahaja yang tahu... Kepanasan yang melampau :) nasib laa... kat kereta aku ni ada 2 kaki payung..boleh la En.Asben satu dan aku satu.. takyah nak kongsi2.. hehehe...Aku tgk En.Asben dah berpeluh-peluh mengalahkan aku yang
preggy ini.ahaks! dengan kecekalan yang tinggi mengharungi darjah kepanasan melampau, bolehlah jugak aku memborong barangan Ribena, Maggie, Nestea dan London Rolls...dengan harga yang agak munasabah :) tapi yang paling menguntungkan ketika karnival ini ialah air dan payung.. :)
Kensian jugak tgk
baby2 yang kepanasan.... ape punya ibu bapa tak fikir ke
baby tu bukannya boleh tahan panas mcm kita org dewasa ni.. sempat jugak cakap ngan En.Asben, " Ni je la.. peluang yang ada..kan dah ada
baby, takder la nak datang tempat2 panas mcm ni..." En.Asben mengiakan saje pandangan bernas aku tu...
kat sini ada beberapa keping yang sempat aku
snap ditgh cuaca panas tersebut!
antara baby2 yang dibawa oleh ibu bapa masing2... adoiiyaiiiii
masih belum begitu ramai pengunjung di waktu tgh hari :)
menumpang teduh di bawah pohon yang tak berapa nak besar :)
Bahagian SoopaDopa...dan sebahagian pengunjung membeli-belah :)
tu aje la untuk Karnival Jom Heboh 2012 Terengganu di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.
p/s: Sesaja Jenjalan ngan En.Asben :)