Wednesday, March 21, 2012

Puding Karamel

Puding Gula HanGus... atau dalam perkataan lain Puding Karamel.. Peberet Encik Asben....

Igt hari Khamis nak try buat la....tiap2 minggu asyik cari kat pasar malam a.k.a Pasar minggu.... Apa kata kita try n error jer buat kueh ni...mane tau menjadi kan.. :) .. Search punya Search kat En.Google terjumpa resepi ni... :) mcm senang jer...... korang kalau berminat leh cuba...

Ni aku amik dari Cik Alya -website My Resepi 

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air 

    Cara-cara

  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais 
 post signature

4 comments:

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers