Showing posts with label Latest News. Show all posts
Showing posts with label Latest News. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Di bawah penjagaan taska-wajarkah bg anda?


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.


“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


Dari semalam duk tengok video nih..hrmmm sedih sgt...(teringat pulak kat Baby kat 'dalam' ni) camner laaaa kalau die pun kena macam tuh???mau aku pegi bakar je taska tu pada malam keesokkan hari nye.... heheheheheheh.. :D ...datang Ofis pepagi takdi tgk pulak kat MyMetro online... hrmmm.. dah masuk paper rupanya... Macam2 pulak perkara yang berlaku kat Taska sekarang ni... bukan Taska aje... kat rumah pengasuh pun ada jugak masalahnya.... macam masalah member petisyen aku ni Si macik Cla.. asyiklah pengasuh anaknya bercuti..... hhahhaahhahahaa :D tak ke hampehhh... kita pun terpaksa berkorban cuti rehat semata-mata bagi pengasuh bersenang lenang... :D saborr jer la....

Aku pun dah tempah Taska untuk si Kecik yang bakal lahir ni.... Lepas dah hantar ni, kena pantau jugak...pegi jenguk sekali-sekala... seminggu dua awal ni... yer la... bukan tak percaya, cuma nak pantau supaya pihak Taska kata takder ler...kita "serah bulat-bulat" untuk pihak diorg handle baby kita...Waspada tu tetap ada... hrmmm ... tapi kalau ibubapa jauh dari Nursery..payah jugak nak pantau kan...hrmmm berserah pada Takdir aje? tak mungkin jugak.... haihh.. macam-macam nak fikir yer... Kesimpulan sentiasalah berwaspada pada Taska/Tadika dimana anak anda ditempatkan....


P/s: Kensiannye.. kat baby2 dalam video tu........
   post signature

Tuesday, June 2, 2009

Stadium Gong Badak Runtuh!!!

pergHHHh..pagi2 tadi lepas balik dari bekfes, masuk opis terus heboh pasal stadium runtuh.....adeh..menggeletar gak kepala lutut aku, fikir pasal projek aku jaga sekarang,phuhhhh....alkisah menurut cerita abg aku yg bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja ianya berlaku, struktur atap aje yg roboh... struktur bangunan nye takler teruk sgt..tapi dari luar memang lar nampak mcm godzilla pijak stadium tuh..kekekkeke q*_-p ...

by the way...menurut cerita yg aku dengar, consultant dari Korea yg 'jaga' untuk atap tuh, bukannya seratus peratus salah JKR....hrmm ntah lar..camner diorg design pun aku tak tau..time pembinaan ari tu aku bertugas di KL jadi, takder la aku tau sgt pasal stadium ni punya structure mcm mane.

Teringat lak time siap ari tuh....bangga aku rasa jadi anak Terengganu ada stadium cantik kat negeri sendiri..biasa tgk kat KL aje stadium cantik mcm ni...stadium ni jugak banyak bagi kenangan ....emas 60 keping time SUKMA 2008...100m larian pun anak jati Terengganu yg bolot(time tu..aku melompat2 dengan bendera negeri bagi sokongan........di bahagian tempat duduk yg runtuh ni la....).... terkejar-kejar nak tgk Anuar Zain dan Siti Nurhaliza nyanyi dalam hujan lebat time perasmian ari tuh...memang seronok la....di antara stadium yg sentiasa penuh dengan penyokong time ada acara sukan, berbanding negeri-negeri lain(bukan time bola sepak aje yg penuh)

Cuma kat sini aku berharap....dipercepatkan pembaikpulih stadium tersebut...harap jgn berlaku lagi la kepada stadium2 lain kat Malaysia...PEACEEE.... q*_- p
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers