Thursday, February 28, 2013

Dari sudut kamar hatiku...

Ni nak luahan perasaan sket pasal 1,2 perkara yang terjadi baru2 ni...
pertama :
 Ni Stadium Sultan Mizan K.Trg yang runtuh lagi......

kedua:
Lokasi kejadian ialah di P2.5, Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.

Bnayak la yang duk post dalam FB gambar-gambar yang aku klasifikasikan gambar 'buruk' untuk tatapan kuli teknikal seperti aku dan rerakan ofis...Semua org duk bising-bising... Kerajaan mengabihkan duit rakyat la..penyeliaaa...makan rasuah,gaji buta.....ape lagi ar... tapi yang aku takleh terima skali bila org kaitan pekerja Kuli Teknikal ni sinonim dengan 'makan' duit kontraktor.. bila aku dah menceburkan diri dalam bidang teknikal ni baru aku tau betapa senangnya nak menjadi balaci kontraktor ni..atau dalam bahasa lembutnya...Hamba Abdi pada pihak kontraktor... Ngape aku cakap sebagai Hamba Abdi? cuba kita lihat zaman jahiliah dulu...kalau ada duit banyak boleh beli org buat jadi org suruhan... sama jugak ngan keadaan sekarang... ada jugak masih nak jadi hamba abdi pada kontraktor2 penyangak ni... Cash/barang-barang/pergi melancong/tukar sport rim.... dah bolehkan kita menjadi hamba abdi kepada kontraktor2 penyangak nih...senang kan??!!! Itu atas sifat intergriti diri sendiri ar..leh lawan godaan penyangak2 tersebut atau kita tetap dengan pendirian kita....tepuk dada tanya Iman....

Sebagaimana 2 kes di atas.... bila aku lihat komen2 yang terpampang kat FB tu..rata-rata...yang reply... "dah kenyang, runtuh pulak,  bila cedera sape mau tanggung?" perkataan "dah kenyang".... tu paling best/teruja je bila aku dengar... nampak sangat asal ada masalah memang bahang sen rasuah! untuk pengetahuan korang2...Generasi lama sebagai kuli ni ada lah yang sedemikian rupa... agaknya dah azali ngan diorg jugak kot.. tapi kalau generasi alaf baru mcm aku ni kuli-kuli tak berapa batak ni...Mak /Bapak dah pesan/ajar berkali-kali mana yang haram..mane yang halal...Anda mahu sekiranya darah yang mengalir dalam badan anda tu hasil titik peluh wang haram... dari setitik darah bertukar jadi segumpal daging....jadi la pulok seorg makhluk yang bernama manusia..anak kepada kita.... terbaekk kan!!! Hasil dari darah yang tercemar tentunya hasil kualitinya agak low standard tidak menepati piawaian..Nauzubillah...

Meh aku nak cite berdasarkan pengalaman sebagai seorg kuli teknikal (deparment aku)

Semasa projek dalam pembinaan...sebagai contoh menara tangki air masjid...yang tinggi bermeter2 dari aras tanah..memandangkan deparment aku tidak mempunyai Jurutera, oleh yang demikian... kuli-kuli seperti kami inilah yang bergadai nyawa duk mengira besi2 yang di ikat pada beam untuk menara tersebut,.kan tersilap langkah duk mengira besi2 tu..mau jatuh seperti nangka busuk yg takde gunanya.... Apa yang kami dapat kalau jatuh? first: Mati..innalillah...... Second: patah riuk,i.c.u,cacat...... third : insurans????   untuk pengetahuan korang... kami sebagai kuli tak berapa Batak ni mmg tidak dilindungi ape2 elaun/insurans apabila terpaksa bergadai nyawa untuk memastikan projek cemerlang... Seorg Jurutera dilindungi Elaun kritikal... manakala kami terpaksa melaksanakan tugas tanpa sebarang back-up.. sehuduh2 kuli teknikal ni...dengan kerja2 yang bergadai nyawa tu ada ke anda sanggup nak buat?? Gaji Kuli-kuli teknikal ni paling kecik berbanding kelayakan jawatan  yang di pohon... apabila dibuat permohonan agar dinaikkan gred dan gaji kuli2 seperti aku ni, banyak benor bantahannya...tak la seperti bernasib baik seperti nurse dan cheGu... sentiasa naik gred dan elaun dan gaji.... sungguh membanggakan kerana dapat melahirkan modal insan....agaknyaaa...!!!! :P (jgn member2 CheGu berasa ati lak bila aku kasi tau ni!!! aku sayang korang..keh keh keh)
Kesimpulannya aku sangat berkecil hati sekiranya ape yang berlaku kejadiaan seperti gambarajah 1 dan 2 tu...  diberikan alasan "makan suap"....banyak kemungkinan yang berlaku... Force of Nature, Pihak Kontraktor penyangak yang nak untung lebih walau ditegah oleh kuli2 seperti aku tapi diorg degil jugak...oleh kerana nak utung lebih rela guna kualiti yang rendah tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan di dalam BQ/tender... (memang menyakitkan hati itu pasal la mulut aku ni tak reti nak berlembut dengan kontraktor2 ni..duk peknen ke Sofea pun aku asyik la bergaduh ngan kontraktor2 bangang ni.... sehingga Sofea pun dah 'beykeng' mcm MaManya..heheheheh) Mintak-mintak dijauhkan segala perkara buruk dalam projek2  dibawah department aku tersebut...Aminnnn....
Dan yang paling utama yang korang tak boleh sanggah wahai Pengomen-pengomen tegar...

                                                           كُن فَيَكُونُ

           Bukankah apabila Tuhan berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)?

Walaupun diupah engineer terbaik di dunia... apabila telah ditetapkan ianya runtuh pada hari sekian-sekian... maka ianya tetap runtuh.. jgnlah menilai org sebegitu buruk,tanpa anda melalui pengalaman seperti mereka.. agaknya mereka yang komen tu sama ape yang mereka komenkan...almaklumlah hanya jauhari mengenal manikam! :) Sape yang makan cili... dia yang terasa pedasnya....

P/s: pjg giler aku melalut sementara nak tunggu cerita yusni jaafar kat CH131 ni..Setinggan.... Semoga ALLAH lindungi aku dari segala dugaan dan cabaran sepanjang kerjaya aku sebagai kuli ternikal terhormat!
 post signature

2 comments:

  1. SOKONG 100% ZUE. MMG TIPIKAL ORG KITE, SUSAH NAK NEUTRALKAN PANDANGAN. KALAU TAK KENA BATANG HIDUNG SENDIRI, SUKE NAK SOUND2 JE.. ILANG SEGALA RATIONAL. XPE ZUE, JANJI KITE TAU KERJA BUAT KITE CAMNE. SEMOGA ORG2 YG SOUND TU ALLAH BERKATI KERJA BUAT MEREKA.

    ReplyDelete

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku