Thursday, September 24, 2009

Syawal.....


Ni baru aku berkesempatan untuk menaip...diruang kesayanganku ini..... almaklumlah.. hari raya sibuk dengan persiapan dan ape segala macam masalah harus diselesaikan segera sebelum 1 Syawal menjelma... ALHAMDULILLAH... aku berkesempatan untuk menghabiskan sebulan puasa di bulan Ramadhan dan bersama meraikan Aidilfitri dengan dimulai Solat Sunat Hari Raya diwaktu paginya..

Ramadhan ditinggalkan bersama dengan amalan yang dilakukan..... masih aku rindui.. Suara Bilal di setiap msjid di kampungku melaungkan "wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian.... sekarang masuklah waktu imsyak!!!!!" serta dentuman Bedil di Bandar Kuala Terengganu yang menjadi isyarat bagi waktu berbuka dan sahur yang dapat didengar oleh seluruh warga Bandar Kuala Terengganu.. ini lah uniknya berpuasa di negeri yang tercinta ini... :)

Aku teringat satu tazkirah tentang Aidilfitri ni...sewaktu pulang ke k.Trg ari tuh.. "Aidil" bererti Kembali..... dan "Fitri" bererti Fitrah...maknanya kita semuanya ini kembali kepada Fitrah kita yang asal... maknanya..sebulan kita beramal... menyucikan diri dari segala dosa, kini tiba masanya untuk kita mengekalkan kesucian itu dengan terus memperbanyakkan amal ibadat kita seterusnya di bulan2 yang lain.

Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, pernah juga aku terfikir, "sempatkah aku untuk merasai kenikmatan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan???" aku juga berharap agar tahun hadapan kemeriahan sambutan kedua-dua Bulan ini masih bisa dinikmati bersama insan yang tersayang.... insya-ALLAH...
Dan akhir kata... Salam Aidilfitri untuk untuk semua rakan dan sanak saudara yang sentiasa mengikuti blog aku yang tidak seberapa ini.
Maaf zahir & Batin jika ada silap dan salah dalam hasil nukilan aku yang masih di pihak amatur lagi...
Sekian, Wassalam

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku