Saturday, February 19, 2011

Oh! My Blog!


My Blog!
Berkurun lama tak upload myBlog yang disayangi...tak upload bukan bermakna tak igt atau tak sayang lagi, cuma tidak berkesempatan untuk menulis pelbagai cerita sepanjang 2 Bulan sepi tanpa berita ini kan.. :)

Episod 1

Januari, tahun baru azam baru.... azam nak jadi isteri org la tahun ni :) (memang pun!!!) yer la nak semua yang terbaik...takkira ianya menjadi atau tak. :) at least ada la satu azam yang utama dalam melayari hidup sepanjang tahun ini. Yer lah...sesudah menjadi isteri org...ada rezeki jadi ibu org pulak,kan?? insya-ALLAH.
Bulan ni jugak, aku dengan berbesar hati pegi melunaskan sedikit yuran PTPTN yang menghantui diri ini, umpama iklannya itu..'tido tak lena katanya..' ahaks!!!sesambil tuh... SOGO pulak mengadakan jualan ahli kad Sogo..haihh..memborong sakan jer la...bukan untuk diriku...tapi untuk anak2 sedaraku yang disayangi (azfar,adeeb & aqeef) .... diri sdiri ada la setakat satu handbag yang murah dan kasut pengantin yang aku jumpa dekat masjid India berharga RM25.00. clearance sale katanya...... Aku banyak melabur di SemuaHouse..terutamanya kedai barang2 Gubahan hantaran... SayangYou.... berpeluh jugak la...menggores card credit yang credit bernilai ciput sahaja....

Episod 2

Di akhir Januari + Februari, kesibukkan tidak terhingga menyiapkan gubahan hantaran untuk sedaraku Hamidah Mohamad. Alhamdulillah akhirnya dapat disempurnakan 3 hari sebelum majlis dilangsungkan. Berkat kesepakatan aku & hamidah, title 'Puan' terpaksa diberikan kepadanya memandangkan kedudukan rumahnya berdepan dengan rumahku.(Majlisku akan dilangsungkan kemudian!!! :P) takkan berlaku dua kenduri dalam satu hari/satu minggu/satu bulan....!!!! Pelbagai perkara suka duka pahit manis sebelum dan sepanjang majlis dilangsungkan. Salah satunya, mencari Daun Sireh ketika waktu 12.00tgh malam dirumah yang ditinggalkan sekian lama berbekalkan hanya lampu jalan berjarak 100m dari rumah tersebut. memang Thrill la.....hahahhaah. Sampai ada antara rakan2nya tersilap antara daun sireh dan daun Kaduk.. :P walaubagaimana pun, "SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK WARISKU MIDAH&MIRUL,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat" :)

Episod 3

Februari, Kejutan "supriseeeee!!!" oleh Cking Tera telah memberi impak kepada rakan2 sekolah & FB nya... org kata kalau dah jodoh tidak kemana!! kita tak nampak jodoh kita sebenarnya berada di depan mata :) Tahniah Cking, kamu dah melangkah ke satu lagi fasa dalam kehidupan kita iaitu sebagai tunangan org. :) Welcome to the club!! :D bak lagu "dalam diam ku mencintaimu" agaknya percintaan mereka berdua!!!

Episod 4

Masih lagi Februari, esok nak setelkan borang nikah, kad dah setel, baju belum tempah, pelamin dah setel, kanopi belum lagi...... macam2 la kena fikir. ada waktu kena rehat fikiran sekejap sebelum give full energy pada bulan Mac nanti sementara menanti April menjelma..."bila April tiba...hati mula berkata........."-Fazley .
Untuk merehatkan minda sekejap dari persiapan Majlis, I'm leaving on the jet plane untuk kali kedua... kemana???? kena tunggu untuk tatapan blog seterusnya :)

p/s: Hanya 4 Episod yang masih aku igt sepeninggalan blog yang disayangi ini.... Peace no War!

post signature

No comments:

Post a Comment

5580 Orang Telah Sayang Kat Aku

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers