Wednesday, October 24, 2012

9 Zulhijjah

Esok 9 Zulhijjah 1433H... dah bagitau En.Asben..kata nak berpuasa.. :) ambik keberkatan hari Arafah... mane tau nanti kita juga boleh sampai ke Tanah Suci (InsyaALLAH)

Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

 

Puasa 1 – 10 Zulhijjah

.
HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..
 post signature

Friday, October 19, 2012

Apabila Sofea 5 bulan

Dah besar anak MaMa + Abah.. Kejap je rasa bila dah makin membesar dan memberat.. :) sayang kamu sangat2 wahai Anak... Dah pandai mengamuk... dah pandai tanak makan ubat...dah pandai menangis manja mintak simpati... hrmmm ape lagi ek... tapi paling tak boleh blah..bile asyik nak tido atas katil MaMa + Abah ni...mentang2 mama pasang cadar bumblebee....keh keh keh

Budak yang suka amik 'space' besor-besor ...

 dah training kejap-kejap kat walker milik Thaqif Mocik Thaqiyatt

Gambar first kat atas yang paling MaMa Suker

dan...dah start aktiviti 'melasak' kan diri... ahaks!

Buat lah ape pun Sofea..janji kamu cepat sihat dari batuk + selsema tu... MaMa dah risau...hrmmmm...

p/s: cepat2 besor ye sayang.....
 post signature

Friday, October 12, 2012

G.i.G.i - part 2

Teringat Entri lepas pasal gigi ni :)
Oleh kerana dah tak tertahan menanggung kesakitan yang amat...hrmmm akhirnya mengambil keputusan nak membuang sebatang gigi bongsuku...ape yang menjadi kerunsingan, kena Operate.. lagi la.. macik berfikir 16 kali...
Setelah diberi kata-kata semangat oleh En.Asben, memember...akhirnya dapatlah jugak satu tarikh keramat yang termasuk dalam sejarah diri sendiri..aku mencabut gigi..kiranya inilah kali pertama aku 'membuang' gigi selepas 'pemergian' gigi susu aku.. heehehheehhe :)

11.10.2012...
Keadaan diklinik masih tiada org lagi..maklumlah appointment aku tepat jam 8.00pagi... Takut ke Tak???? tak yah nak cerita la...sememangnya aku ni fobia klinik gigi....akhirnya aku beranikan diri juga melangkah masuk ke bilik surgeri... (setelah memikir kesakitan yang aku tanggung sekian lama) :)

Antara yang sempat En.Asben Snap... (almaklumlah hari ini dalam sejarah - katanyaaaaaaaa) :P
Keadaan Di Klinik Pergigian jam 8.00am

Semasa Operasi membenteras Gigi Berlubang + Operate Gusi

Lama la Jugak En.Asben menunggu dari luar... walaupun pintu bilik Surgeri dibuka.. hehehehe Almaklumlah hari ni memang temujanji ngan aku saje... Ape lagi En.Asben tak henti-henti la snap picca aku kat dalam tu... :)

Antara antibiotik dan ubat tahan Sakit yang aku dapat

Bila dah abis ubat bius tu............. hanya Allah yang Maha Mengetahui sakitnya.... sempat la jugak air mata ini mengalir... thanks untuk En.Asben yang sentiasa ada di sisi saat2 kritikal ni.. hik hik hik :) berbaloi jugaklah usaha En.Asben membeli ubat tahan sakit yang baru dari farmasi..."yang Power punya"...... Serta usaha Murni aku tuam dengan ais untuk mengurangkan kesakitan yang melanda :).. terima kasih kepada Puan Doktor kerana bagi aku makan eskrem after operate :)

Dan keesokkan harinya...
Hehehe... walaupun sedikit membengkak... ku gagahi juga untuk makan nasi setelah semalam seharian berlapar,menangis dan menanggung kesakitan tahap Dewa.. :P Bila dah sihat siap main2 lagi kat Taman... hik hik hik...

p/s: duk fikir bila nak buang gigi bongsu kedua ni...hrmmm serammmmm!!!
 post signature

SONGKET ASLI TERENGGANU

memandangkan sekarang musim dah nak raya korban/haji/aidiladha dan musim kawin mengawin... jom la menjengah Songket-Songket asli Terengganu..Homemade punya Songket ni.. tiada di Pasar Payang cuma ada kat Blog MaMa Sofea ni aje... Jom la tgk2 kot-kot ada yang berkenan! :)

cantik lagi menarik!!!
p/s: share jgn tak share.. :)
 post signature

Wednesday, October 3, 2012

Baby Carrier 2

Kelmarin... cuaca agak baik...mendung takde la macam hari2 biasa hujan lebat disertai ribut petir...Oleh yang demikian,balik dari ofis amik Sofea dari Nursery... , amik Abah..dan terus bawak Sofea jalan-jalan kat mini pocket garden..hehhehehe :) Guna carrier baru lagi...Abah pulak excited nak menggalas.....mcm baby kangaroo...seronok duk kat dalam tu ngan abahnya :)

Antara yang sempat aku snap mereka berdua..hehehhe :D

Muka ketat!  :)

 Nak Main Gelongsor.. :P
p/s: asyik la nak pergi taman.. :)
 post signature

Wednesday, September 26, 2012

Baby Carrier

list ape yang perlu dicapai dah setel satu perkara Baby Carrier  .. My Munchkin' Sofea dah makin besar dan makin berat... jadi menjadi kewajipan Abah a.k.a En.Asben mendukungnya... oleh kerana sekarang beratnya 7.30kg... Abahnya menjadi tidak keruan apabila mendukung... hik hik hik... sebagai jalan penyelesaian...kena la mencari satu baby carrier untuk kesenangan kami ke kedai-kedai berhampiran rumah (takkan nak bawak stroller jugak) ayOoo

Memula berkenan yang SweetCherry punya tetapi memandangkan aku jumpa brand yang Ok dengan harga lagi berpatutan..terus jer aku sambor... :)

MotherCare Baby Carrier 4 Positions

Segan la pulak dengan keikhlasan Macik ThaqiYatt nak kasi pinjam baby carrier yang Thaqif punya...hrmm..almaklumlah Sofea kan Berat..kan koyak Carrier org yang mahal itu...ape la aku nak jawab??? (tak pe tak pe biar saya jawaDDddd) hrmm... mintak maaf yer macik Thaqiyatt pasal tidak menerima pelawaan anda untuk baby carrier...tapi tetap say Yes untuk walker..heheheheheh...Walker Thaqif punya.. :) bila Macik Thaqiyatt baca blog ni jangan lupa terus amik walker letak dalam keter bawak datang ofis.. :P (dengan jayanya)

p/s: nanti amik gambor Sofea and Abah ngan Baby Carrier ni yer...
post signature

Tuesday, September 25, 2012

Pakcik Kau!!!

Hrmm... Hari ni terasa kebengangan...bukan kebangangan.. Hari ni jugak...Hari "memukat" dan "menutup lubang-lubang" hutang... Hari gaji katakan... huh! memang lelah jugak nak menunggu hampir dua bulan baru dapat gaji..adoiiyaiiii..keringggg MaMa ini :)

Dengan Perasaan Berkobar-kobar... ke TMPoint untuk menjelaskan segala bil yang ada...time aku sampai no. 5064 dan no.aku pulak 5084..kaunter pulak ada dua..tapi bukaknya satu....ateee camner??? :) dengan pantas la jugak aku cari tempat duduk kosong..mujur ada kat depan 3 kerusi kosong... phuuhhhh legaa....

Tetiba.... masuk seorg pakcik tu... Terjumpa pulak member die dan lepak lak sebelah aku... punya lah hebat pakcik ni cerita bil-bil rumahnya yg melambung tinggi..dan ada yang baki tertunggak..kat pasar harga ikan sekilo dah murah laa..bla..bla.. etc...sekarang motif penulisan aku ni bukan cerita pasal bil-bil yang melambung tinggi itu... tapi..... BAU yang ada pada pakcik tu..adooiyaiiiii.... hanyir nak mampus..... kembang kempis jugaklah hidung mancung aku nih.... memang time tuh aku rasa cam nak sound jer pakcik tu..kalau nak datang ofis org kena bersih-bersih la bukan ko dah pegi pasar.... siap menharung air-air ikan...sesedap rasa masuk dalam ofis ada aircond... aku rasa satu TMPoint boleh bau 'keharuman' pakcik mulut mengalahkan Yang Berhormat tu...adoiiyaiiiii... memang loya jugak la tekak aku ni yang duduk selang sebuah kerusi ngan die...rasa cam nak nombor aku tu cepat2 jer...asal boleh kuar dari TMPoint ini secepat mungkin.... teori aku [Bau hanyir + bau peluh = korang sanggup bau ke?????]  Hampeh nyior!

Kat tempat aku ni majoriti penduduknya melayu berbanding cina dan India... kebiasaan yang kita jumpa bila kat ofis yang ada kaunter pembayaran ni... maaf la kalau aku kata warga C ni slalu la berseluar pendek baik lelaki atau perempuan... kita perlu ada pemahaman dalam etika pemakaian apabila berada di ofis org..bukannya pakai macam nak masuk tido..sluar pendek dan pendek giler....bukan lah suruh pakai suit dan tie... hrmmm at least pakaian mestilah kemas dan bersih...diulangi Bersih... bukan Bersih 3.0 yer... MaMa ni tak join....

yang ni paling best... Klik SINI

ETIKA PAKAIAN PELAWAT
D. Bagi pelawat :
  • Tidak dibenarkan memakai selipar / sandal.
  • Tidak dibenarkan memakai baju tanpa lengan.
  • Tidak dibenarkan memakai skirt pendek / seluar di atas paras lutut.
  • Tidak dibenarkan memakai baju / seluar yang menjolok mata.
walaupun kat etika ni takder pulak suruh yang Bersih... tapi tuhan bagi akal suruh fikirkan... prihatin la pada jiran-jiran yang duk menunggu kat sebelah ko tu.... ayooo....

p/s: Semua org patut tahu :)
 post signature
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers