Puasa Arafah
Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari
ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah
haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa
sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.
Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).
Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”
Puasa 1 – 10 Zulhijjah
.
HARI
|
PERISTIWA
|
KELEBIHAN PUASA
|
1 Zulhijjah
|
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah. | Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya. |
2 Zulhijjah
|
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. | Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat. |
3 Zulhijjah
|
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, | Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya. |
4 Zulhijjah
|
Nabi Isa dilahirkan. | Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat. |
5 Zulhijjah
|
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya. | Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur. |
6 Zulhijjah
|
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya. | Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab. |
7 Zulhijjah
|
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah. | Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan. |
8 Zulhijjah
|
Hari ini dinamakan “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. | .Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah. |
9 Zulhijjah
|
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir. | .Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. |
10 Zulhijjah
|
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih). | Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud.. |
No comments:
Post a Comment
5580 Orang Telah Sayang Kat Aku