Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Kompang di palu..


"Kompanggg di palu pengantin malu..." haih...ari ni dah 5 hari aku menjadi seorang isteri... :) perasaan?? biasa aje kot.. maklumlah bukannya tinggal sekali bersama Myhubby...terpaksa berpisah demi mencari nafkah.. :) (miss u dear!)

Penat tak usah nak cerita la.... Rata-rata tetamu yg hadir frust tak dapat jumpa dengan pengantin yang paling jelita abad ini (perasannn!!) angkara aku pergi outdoor diwaktu matahari tegak dikepala...memang happening dan fenin fotographer aku mencari angle2 terbaik gambar majlis raja sehari ni.. :) seribu thumbs up untuk Shamsul Fazrien a.k.a Ayien yang bersabar dengan karenah aku n MyHubby yang tak reti bergaya ini.. :)

yer la..seperti majlis2 kawen lain... Umpama rumah siap pahat berbunyi.... ada la terdengar desas desus yang tidak menyenangkan... tapi apakan daya dah terjadi semuanya.. aku pun masih lagi mood gembira bersama suami terchenta.. :P

terima kasih tidak terhingga bagi mereka yang membantu majlis perkahwinan aku, yang meluangkan masa untuk hadir dan tak lupakan juga yang mengucapkan tahniah... semoga segala penat lelah, ucapan anda, dibalas dengan keredhaan dari Allah SWT. tiada apa yang mampu aku balas selain ribuan kasih sayang dari aku dan suami.

P/S : Doakan yang terbaik untuk aku dan Suami... :)

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

post signature

Friday, November 26, 2010

Cincin..Oh Cincin..


Semalam...25/11/2010... aku dengan berbesar hati telah bercuti untuk ke Habib Jewel... bukan apa, sekadar ingin melihat koleksi Clearance Sale nya itu..memang dah janji dengan MyDear..nak amik saiz jarinya.... So, pagi2 lagi belum Habib Jewel buka..aku dah tercongok kat depan kedai....bila dah start open, ape lagi..terus aku melangkah ke bahagian cincin untuk lelaki...

Aku mencari cincin yang simple... tapi MyDear nak yang permata, So, terpaksa la beli yang Diamonds punya cincin.....adehhh....cincin oh cincin...terkena la jugak ribu raban..hahahhaahha...takpe la...Cincin kawin untuk org yang kita sayang..cincin yang paling bermakna dalam kehidupan kita..Cincin yang paling dihargai dalam hidup setiap pasangan berkahwin kan??? (aku rasa la... :P)

Lepas melunaskan bayaran..tetiba pulak perut jadi lapar semacam... pegi la makan kat Food courts Mydin Mall.. Sempat la jugak aku membeli CD-Thank You ALLAH -Maher Zain.. lagu-lagunya umpama nasyid moden.... tak puas sekira tak mendengarnya... lagu berunsur nasihat dan doa untuk kebaikan diri kita sendiri...... kalau tak pernah dengar lagu-lagu nasyid, cuba dengar CD ini..nescaya korang pasti suka... :) pasal aku bukan lah peminat nasyid tegar.. :P

Bab Cincin telah aku setel untuk perkahwinan. tinggal sedikit barang-barang hantaran dan gubahan hantaran belum lengkap lagi.. pening kepala la jugak persiapan untuk kahwin ni yer :) moga dipermudahkan segala urusan.... Kahwin..oHhh Kahwin :)

P/S : MyDear............. Saya pun nak Gelang Habib Jewels tuuuuuuuuuuuu!!! (^^)

Sunday, June 28, 2009

Adakah Patut...

Dah lame aku tak tulis blog...hrmm...mcm2 perkara berlaku, Michael Jakson Pun dah "go" pass the way..hhehehehe.... dengar cite pasal Kegagalan Jantung, ada org kata kena bunuh, ntah yang mane betol, yang mane tidak...so, yang mane betol, yang mane tidak...wallahualammm....
isk..slip gaji dah dapat.......ada dapat lebih sket bulan ni ntah dari mane dapat tunggakan sara hidup nih..hehhehe rezeki...kena menyimpan la....rasa cam dah sampai seru nak kawen kot..ahaks... :) insyaALLAH.... doa-doakan lah..semoga semuanya lancar...(wiiiiiiiii \o/)
kekadang pasal kawen nih aku dah bosan dengar...mcm2 persoalan dari mereka yang lebih dewasa/tua dari kita..kenkawan yg dah berfamily pun dengan ramah tamah asyik tanya soalan yg sama... tapi diorg tak tahu kedudukan kewangan ke, masalah yang kita hadapi sekarang... kekadang tuh datang rasa fed-up bila nak pi majlis2 melibatkan ahli keluarga sedara mara yg ramai....asyik tanya.."bila nak langsung...."... "abis tu bila giliran awak pulak..." ..yg paling fofular.... "bila nak kawen???" secara langsung lagi...memang fed-up wooooooooooooooooo

Bukan aku ni antikahwin ke ape......aku ni nak pastikan semuanya dah stabil baru aku bersedia....semalam pun dah bincang dengan si dia.....tetiba lak aku rasa "bersediakah aku pikul tggujawab...???" kewangan aku rasa masih tak mengizinkan...banyak yg perlu ditambah...hrmmm...firstly, kalau rasa 'money' tu dah cukup, dah cukup matang...dah sedia pikul tggjwb, tak salah kalau teruskan ke gerbang perkahwinan.... apa yg baik harus diteruskan...

Kahwin tu mudah...tapi nak mengisi alam perkahwinan tu agak payah jika kita belum bersedia sepenuhnya....bak kata si dia semalam....kahwin bukan untuk seronok-seronok, tapi untuk berkongsi segala-galanya bersama. suka duka, pahit maun kehidupan berumahtangga nih..semua kena tempuhi bersama. kalau boleh segala-galanya berdua, barulah rumahtangga tu seronok n aman damai..insyaALLAH..

Sesapa yang dah pergi kursus Kahwin tu...pelbagai ilmu kita dapat. Macam aku ni yg dah pergi dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah amatlah bagussssssss..... 100% modul untuk kursus tu bagus, dari segi tggjwb suami isteri dan sebagainya.. tapi yg paling aku suka pasal ekonomi dalam sesebuah family tuh, kalau betol2 kita faham ape yg ustaz tu bagitau.....mmg menarik..ni kebanyakkan yg hadir kursus semata-mata nak sijil kursus saje...ramai yg duk borak2 kat blakang...tido...dan sebagainya... Adakah patut.....

Dan sesiapa yang suka banyak mulut....bertanya soalan "bila nak kawen..ke ape ke?" tolong hentikan soalan anda.....sesungguh org yg ditanyakan soalan itu begitu berharap untuk berkahwin, mungkin keadaan yang menyebabkan mereka belum sampai ke tahap yg anda harapkan...... :)

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SAFURAA & HUBBY DAN SHAM & WIFE......
SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT....INSYAALLAH..
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers