Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Jenjalan Ke USS


Hai....kali ini akan aku ceritakan.... kisah Family aku pegi Holiday katanya... heheheh.... dan telah disponsor sepenuhnya oleh My Sis... bawak duit belanja aje la cik Kiah Sekeluarga... Flight dari KTRG-KL dan KL-JB.. sungguh memenatkan..penat tunggu flight aje la..dengan bebudak yang asyik dengan 'akalan' bermacam jenis... kekadang bila ingat balik kisah bebudak seramai 5 orang dari umur 2 tahun sampai 6 tahun ni..rasa macam nak tergelak memanjang...Tujuan asal yang paling utama nak menuju ke USS Singapore... reramai rombongan Cik Kiah ni guna travel agent dari Rakyat Travel..diaorg yang uruskan semua dari tiket flight, homestay, transport... tu yang amat memudahkan kerja kami yang mempunyai anak2 kecil bermacam ragam!
  Oleh yang demikian... disini meh aku kongsi mata korang tgk gambor2 yang sempat aku snap kat sana.... yg sempat jer la..yang tak sempat duk diam2 sudeyy..hahhahhahaha

Gambar Rombongan Che Kiah setelah berpeluh mengejar anak-anak ikan yang berkeliaran.. phuhhhh... kekanak riang... 

Tuan Tanah kedaun dengan En.Hasben Kedaun dan Pau Kacang Kedaun 

"Helloo!!! Encik Shrek ada kat dalam ke??"

Castle Far Far Away

Apabila Dinasor kelaparan..mentenkedarahh Nasik Beriyani yg agak sedap.. (Bolehh laaa nak kasik hilang lapar perut dinasor korang..kan!!) tapi koramg tak payah lah kuatir pasal..semua restoren kat sini di cop HALAL oleh Jabatan Agama Islam Singapore. Oleh kerana tekak kami semua ni nasik, untuk memudahkan kerja, kami pun singgah ler kat food court berhampiran bahagian Mummy tu...

                    tRANsForMers Bapok Besor
Kat sini ler cita-cita aku yang utama nak menapak depan transformers.. sampai si Kecik tu pun tak bersedia nak bergambor.. asyik dengan " robot MaMa.... Robot MaMa" stress Mak yang beria nak tangkap gambor...haihh....
                                         
Gambar mereka berdua..

Kami ngan stroller Kosong.. Anak dah hilang berlari-lari pusing Globe Universal tu.. adoiyai.... tu gambar sempat tangkap dengan stroller dan penumpang stroller yang telah di ikat.. hehhehehe

Dah jauh kami jalan sampai Sesame Street.. heheheheheh... kekanak yang masih tak sedia nak bergambor.. he he he!


yang paling last.. tuan tanah kedaun ngan Pau Kacang Kedaun yang takut naik flight... peluk mama sampai tertido...

P/S: agak-agak tahun ni nak kemana yer... seronok..!

post signature

Sunday, March 27, 2011

Jakarta


Sebulan lepas.... lupa nak bercerita pasal i'm leaving on the jet plane... :) bukannya jenis pelupa a.k.a nyanyuk... tetapi setelah seminggu pulang dari Jakarta.... Pemergiaan Sepupu dengan sekelip mata (rakan seangkatan ke Jakarta) menghilangkan mood aku untuk menulis pengalaman pertama ke Jakarta,Indonesia..

Flight
aku seawal jam 8.30pagi dari Lapangan terbang Sultan Mahmud,Kuala Terengganu. Sampai di LCCT,Kuala Lumpur... aku terus pergi ke tempat penyimpanan Bagasi di LCCT... Charge yang dikenakan bagi setiap bagasi, kalau aku tak silap dalam RM14.00.. lepas tu...aku berjalan menuju ke food court yang terletak di luar LCCT tersebut. Tempatnya OK...bersih...makanan pun agak standard la memandangkan ianya adalah 'Lapangan Terbang' :P Boarding pass aku dalam pukul 12.30tgh hari.... flight ke Jakarta dalam pukul 2.00 petang... Perjalanan ke sana mengambil masa selama 2Jam... tetapi aku sampai ke Soekarno-Hatta Jakarta masih dalam pukul 3.00 petang (kerana waktu Indonesia berbeza 1Jam dari Malaysia)
Ketibaan aku di tunggu oleh 'Pak Supir' yang telah di tempah oleh Abg. Zaid(ketua group jalan-jalan cari pasal aku!) 'Pak Supir' terus membawa group aku ke Hotel Kalisma di mana kami akan menginap... Hotel yang bertaraf sederhana itu terletak di Tanah Abang, perjalanan dari Soekarno-Hatta airport mengambil masa selama 30 minit sahaja(jika takde 'Mancett' (jemm))
Sampai di Hotel, aku terus rehat, mandi dan solat....terus tido.... terpaksa menempuh 'mancet' selama hampir 2 jam.

Pepagi dah bangun..semangat nak pergi tempat shopping di Tanah Abang....first time aku pergi ke pasar malam di Tanah Abang....( aku rasa Travel Tour takkan bawak tourist pergi ke tempat macam tu....) tempat dimana semua pemborong di gedung membeli belah akan mendapatkan barangan secara borong di pasar malam ini.. aku dengan semangat berkobar-kobar terus menuju ke tempat telekung sembahyang...memang tersangat murah berbanding di Mangga 2(Jakarta) atau pun di Bandung.Borong jgn tak borong..... group aku ada 5 org.... campur semua sekali telekung yang dibeli dalam 40 helai. Harga yang terlalu murah(jika di convert dalam duit M'sia) sampai tak sanggup aku nak melaksanakan adegan tawar-menawar lagi...Aku hanya membeli sehelai Veil pengantin atau dalam bahasa Indon 'Oval' di gedung membeli belah Blok A dan Blok B.

Hari Kedua aku ke Bandung...Perjalanan dari Jakarta ke Bandung memakan masa dalam 1 Jam sahaja tanpa 'mancet' menggunakan Suzuki Van APV sebagai pengangkutan utama. Pemandangan di sepanjang jalan sungguh mengagumkan. cantik! dengan gunung,kampung,sawah....dan sebagainya.. :) tetapi, bila sampai ke bandar Bandung, tahap kebersihannya bertaraf 'E'..cuaca di Bandung dingin berbanding di Jakarta yang teramat panas! Sempat la jugak ke laman sepatu (Cibaduyut)... terus ke Pasar Baru dan membeli belah di Rumah Mode (factory outlet store).Lepas itu terus ke Cihampelas dan singgah di Toko Tiga...jeans dan t-shirt agak murah..dan terus pulang ke Jakarta.

Pagi hari ketiga...masih sempat shopping last minute di Tanah Abang..sebelum berangkat semula ke tanah air tercinta. Kesimpulannya dari pandangan dan pendapat aku :

1) makanan memang mudah dicari tetapi kebersihan dan halal haram agak meragukan di sini.
2) barangan di Bandung agak biasa berbanding di Jakarta yang mempunyai banyak pilihan dan agak branded.
3) Agak Bosan dengan jalan yang asyik mancet dan gangguan penjual cenderahati (di Bandung).
4) sempat ke Kuala Lumpur kopitiam di sana... tapi resepi kari roti canai agak mengecewakan dan milo tarik hanya grade C-.
5) Silalah makan di restoren Garuda nasi Padang. makanannya enak walaupun agak exclusive dan di Bandung pula restoren Sederhana masakan minang..
6) Sungguh sedih melihat peminta sedekah (kanak-kanak) yang cacat dipukul penjaganya di bandar Bandung.. manusia umpama binatang! :(
7) Jika ada tambang murah aku masih ingin kembali lagi di Tanah Abang.. banyak lagi barangan yang tak sempat aku shopping.
8) terima kasih tidak terhingga kepada bapak Faisal.. Pak Supir group aku ketika di sana.

p/s: Al-fatihah untuk rakan group kami a.k.a sepupuku yang kembali ke Rahmatullah pada 03.03.2011(Khamis) -post aku yang lepas! ..

post signature

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers