Sunday, October 30, 2011

PETEH kuciwa!!


Haih..sedih..sedih sesangat pasal semalam.... kuciwa... tapi nasib la tak sempat ke Shah Alam... kalau tak memang lagi frust.. hhehehheehe....Aku rasa majoriti rakyat TERENGGANU masih lagi terasa ketidakpuasan hati pasal game semalam. Harap bersabar.... bukan semua berpihak kepada kita...(ewahhhhh...ayat menyedapkan hati)...

Semalam pun payah nak tido.... macam putus cinta....tangan letak atas dahi...."kuciwa sesangat la tu"-Kata En.Hasben! haihhh...ape la Encik ni tak paham...kalau peminat fanatik macam saya ni kuciwa..memang macam tuh... :P ahaks!

Apa-apa pun yang kalah bukan salah sesapa dan jgn kutuk sesapa... kita tetap berdiri teguh dibelakang pasukan kita PETEH TRG PETEH!.... nanti tahun berikutnya team kita mungkin ada tuahnya...takdir menentukan segalanya... WE STAND!! WE SING!! TOGETHER AND FOREVER... SEMARAK DARUL IMAN.....

P/s: dalam proses imunisasi menghadapi kekeciwaan :)

post signature

Saturday, October 22, 2011

He's Moving!

Rasa macam takut gak ada time ni. yer la pelbagai bacaan telah aku baca, hrmmm...salah satunya jantung baby tak bergerak... setelah berdiskusi ngan En.hasben... Akhir kami pun decide nak tgk baby kami untuk first timenya.. :)

Masuk jer jumpa doktor, terus bagitau nak USG (Ultrasonography)... Doktor mcm terkujat laa... dengar aku cakap nak USG, biasanya org cakap nak "scan baby"...terus tanya aku kerja bahagian medical ke? aku cakap la aku bahagian buat rumah aje...die tergelak.... yer la..first time agaknya patient die bagitau nak USG agaknya.

Setelah berbaring..... proses USG bermula... dalam hati tak abis2 berdoa semoga baby OK semuanya... En.hasben hanya berdiri di sebelah monitor... dengan cool nya.... aku pulak yang terlebih 'cool' sampai semua kaki tangan sejuk!! (fobia klinik) :P

Bila dah ternampak baby.... aku n En.hasben dan terdiam... perasaan touching tu tetiba menyelinap di sebalik wajah keganasan aku ini... bila doktor terangkan dimana tangan, kepala, kaki dan jantung lagi membuatkan kami berdua lagi touching.... Yang paling aku tak lupa.. bila tgk tangan dan kaki keciknya bergerak untuk pertama kali... "look..he's moving!!" Rasa mcm nak nangis jer time tuh bila doktor cakap mcm tu... tapi segan pulak dengan doktor dan En.hasben kat sebelah.. :) Ahaks! Pelbagai gerakan baby buat...semata-mata nak tunjuk kat Mama & Abahnya.. :) Gambar baby telah diprint untuk tatapan kami :) org pertama yang dapat melihat gambar baby kami ialah Ashrul Affiq (anak sedara iaitu bakal doktor yg jauh di Moscow,Russia) melalui Skype video call malam itu juga.. :) dan yang PALING utama doktor bagitau "baby U Ok & sihat" ~ ALHAMDULILLAH atas kurniaan-Nya~

P/s : Mungkin kami terlalu excited untuk pengalaman pertama....... insyaALLAH semua org akan melaluinya.... hanya ALLAH SWT yang mengetahuinya....

post signature

Tuesday, September 20, 2011

Penat?


Penat? buat kerja ape? entah la... nak cakap buat kerja berat pun takder... hrmm ni semua effect dari positive yang lepas nih... rasa tubuh badan tak bermaya.....nak demam..tak larat...tetapi yang heran time "ambil angin" ngan en.asben takder pula tak laratnye... asyiklaaa... en.asben ikut aku pegi round2 bandar memalam buta :P

Bebaru ni...tgh demam teruk..en.asben ajak kuar pi beli kool fever(untuk dewasa) kat Watson.. sempat jugak lalu kat i-city(taman warisan) tgk bebudak cina pasang 'tanglung hajat' terbang ke udara... seronok!!! terus kebah demam seketika..bila terasa penat terus masuk dalam keter dan balik ke rumah.

malam ni ada majlis makan2 kat rumah pakcik en.asben... after that aku rasa nak pegi jalan2 lagi..round2 makan asam... bagi segar badan :P nak buat mcm mane ..tekak dah tak dapet terima nasik... nak cari mee la petang ni kat tempat jual kueh depan skolah agama Khairiah tu..pastu nak beli kueh2 jer untuk lunch...best! best!

Aku pun dah start rasa 'mengidam'...fisrt aku mengidam nak makan keropok keping ikan parang... phuhh mujur ada.... tapi sebelum dapat tu...mcm2 la dugaan. aku mengidam time tgh malam... so nak menjengah ke petang kat rumah sepupu aku keesokkan harinya tu..sampai menjurai2 air liur aku dan terbawa2 dalam mimpi...sedih giler...bila dah dapat...tak henggat donia aku memakannya... "haihh baby...nasib la mender senang baby mintak!!!" kata en.asben sambil melihat aku mengunyah keropok tanpa menghiraukannya :P.

p/s : bila nak abis alahan ni????

post signature

Wednesday, September 14, 2011

Positive????

Asyik Demam aje... haih..... "sahabat" utama kaum hawa pun dah lewat datang.... badan pun asyik panas.... kerap buang air kecil.. ini tak boleh jadi ni...kan kena beli jugak tester..

Pagi hari pertama:
hrmm... dapat 2 line ...terang.... En.Hasben pun dah tersenyum riang...


Pagi hari kedua:
Test lagi untuk kali kedua..tetap dapat 2 line terang... memang sah.. dah positive.... dengan deMaM yang masih teruk... selsema lagi la..buat aku tak tahan... Petang itu jugak aku dan En.Hasben terus ke Pusat Rawatan Keluarga sebelah KTS tuh.. (setelah di suggest oleh kakak ipar ku)... sampai kat klinik, daftar dan proses menunggu... tangan kaki ku dah sejuk umpama di eskimo.. maklumlah memang penakut ke hospital. time tu jugak la en.hasben lagi banyak mengusik aku...
Jumpa ngan Doktor, terus la bagi umor baby(after urine test lagii)..hehehhe.. dah 5 minggu katanya... Doktor cakap mungkin aku mengalami alahan menyebabkan badan yang sentiasa letih dan tidak bermaya. Vitamin la menjadi sahabatku buat masa sekarang sehingga baby besor.... (kekadang terpikir tak sabar nak lihat rupa baby kami) En.Hasben pun asyik tersenyum riang... haih.... macam org dilamun cinta aje die tuh :P

P/s: Doakan keselamatan aku dan baby terchenta ni.. :) Alhamdulillah atas Kurnia-Nya .... Mama sayang Baby ! ! !

post signature

Tuesday, September 13, 2011

Al-Fatihah


Blog.. lame tak update ek..kensian la pulak kat blog kesayangan ni.. kesempatan mencuri masa menulis ni perlu kenkadang! :)

Firstly, Al-Fatihah denga pemergian Kakak Ku ke Rahmatullah pada 24hb. Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H. Semoga ALLAh S.W.T mencucuri Rahmat ke atas roh Beliau Aminnnn..

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ اْلحَمْدُ لّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ۞ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ۞ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اهدِنَا الصِّرَا َ ط اُلمستَقِيمَ ۞ صِرَا َ ط الَّذِينَ َأنعَمتَ عََليهِمْ َ غيرِ اَلمغضُوبِ عََليهِمْ وَ َ لا الضَّالِّينَ

Terima Kasih pada rakan-rakan, kenalan arwah, saudara mara yang banyak membantu semasa pengurusan jenazah tempoh hari. Hanya ALLAh Taala sahaja yang dapat membalas budi kalian. Pada Rakan2/member2 yang hantar SMS or call, terima kasih kerana keperihatinan anda. Maaf jika arwah kakak & aku banyak buat silap sepanjang kita bersahabat.

p/s : ALLAH menganugerahkan pelangi yang Indah disebalik Hujan & ribut yang melanda. :)

post signature

Monday, June 27, 2011

Honeymoon

lama tak ku sapu habuk2 yang bersawang di blog ni..rindu nak menulis tu tetap ada... tapi masa yang membataskan diriku untuk berbuat demikian... :P(berpuitis nampaknya .ahaks!) agak2-nya aku pun dah tertinggal jauh ke belakang dalam hal penulisan Blog.. :P..weeehuuuuuu... tgk org jer duk entry selama ni..kita masih lagi berdiam diri.. apa2 pun aku tetap sayang blog aku ni.. MuachHHhh untuk blog aku sekali! :)

Macam2 hal berlaku membuatkan aku tak sempat nak menulis sepatah dua kata kat sini. ni kiranya macam mencuri ruang untuk meluahkan apa yang terpendam ... :) bukan sekadar cerita yang meraih simpati , cuma satu cara untuk aku menyebarkan isi hati ini...

alkisah... "Kenapa tak pergi Honeymoon?"...atau "pergi Honeymoon di mana?"

After MyWed hari tu kakak aku admit ward... terpaksa la cuti aku yang seciput itu aku gunakan untuk menjaga kakak di ward... kiranya mcm duduk kat hotel la... hari2 en.Hasben datang hantar makanan dan temankan aku bersembang...tak dapat aku bayang kalau berhoneymoon di hospital ni tanpa my asben..hahahh giler la jadinya..ngan sape saje nak aku bersembang... ??? :P Sekarang aku masih dalam proses bagi cuti tanpa gaji selama 3 bulan. harap-harap la dapat... hrmm... senang aku nak menguruskan pesakit.

Kerjaya aku sekarang sebagai seorang 'Nurse' yang tak berapa nak bertauliah.. yer la... dah berbulan duk kat spital nih... dah mahir la dengan sedikit prosedur dan peralatan yang digunakan untuk kakakku. Boring tak duk kat hospital? tak yah nak citer la... rasa mcm nak muntah nak pengsan semua ada.. betapa aku dalam keboringan yang teramat. banyak la jugak aktiviti-aktiviti yang tertangguh...hehehehhhehehe... keadaan yang tidak mengizinkan. Mujur dengan inisiatif aku n asben.. kitaorg menuju ke Maxis center dan mendapatkan si Putih Comel yang membawa anda ke alam maya... takder la aku boring sgt berada di hospital ini. Si Putih Comel ini akan ku Top-up bagi 'menghidupkan' aku sentiasa berada di alam maya.. :) Si Putih Comel.. aku sayang kamu broadband wireless... :P

Ramadhan yang datang tahun ni juga banyak menguji keimanan aku.. terpaksa berpuasa di hospital ... berbuka sensorang aje.... tanpa my asben (sob..sobb..sob) sekali sekaler ada la jugak My asben temankan tapi yer la... keadaan mesti kurang selesa berbanding di rumah. penat tak usah cerita la... bermalam di atas kerusi rehat...kesejukkan... macam2 la... payah nak cerita... nanti aku sambung pada entry seterusnya... sabar yer kerana bulan ni juga..kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mendapat keredhaan dari-Nya.

P/S :Mungkin raya pun aku masih di Hospital.....argHhhh.. i need to go to holidays...USS or SABAH may be............................. T.T

post signature

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers