
Hrmm..baru lepas Bekfess...
(dah Makan Nasik Goreng pedas & Nasik Himpit bersambal Ikan + Nyior) maklumlah makan Berdua.. tentu lah..kena makan dua jugak perkara makanan :) (
alasan!)
Balik Ofis...terus
search ape-ape yang menarik untuk
post kali ni :).. tetiba lak terjumpa satu artikel pasal
.. a.k.a "OtaaaaaaaKKKkkkkk" (
zombie kg.pisang)

hrmmm.. bagus jugak kalau tau cara-cara menjaga otak sdiri... bukan hanya pandai cakap
Kepala Otak Kau!! isk isk isk..... !!!!!!
Baca dan Pahamkan betul2.... Selamat Mencuba :)
1. Tidak mengambil
sarapan pagi
Apabila seseorang tidak
mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang
aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan
mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas
atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang
berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu
penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu
perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan
manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak
dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa
tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika
tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak
menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa
kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak
bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan
keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak
kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak
menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang
aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan
kecerdasan otak kita.
P/s : Jangan Lupa Bekfes pagi-pagi... :)