Tuesday, September 13, 2011

Al-Fatihah


Blog.. lame tak update ek..kensian la pulak kat blog kesayangan ni.. kesempatan mencuri masa menulis ni perlu kenkadang! :)

Firstly, Al-Fatihah denga pemergian Kakak Ku ke Rahmatullah pada 24hb. Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432H. Semoga ALLAh S.W.T mencucuri Rahmat ke atas roh Beliau Aminnnn..

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ اْلحَمْدُ لّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ۞ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ۞ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اهدِنَا الصِّرَا َ ط اُلمستَقِيمَ ۞ صِرَا َ ط الَّذِينَ َأنعَمتَ عََليهِمْ َ غيرِ اَلمغضُوبِ عََليهِمْ وَ َ لا الضَّالِّينَ

Terima Kasih pada rakan-rakan, kenalan arwah, saudara mara yang banyak membantu semasa pengurusan jenazah tempoh hari. Hanya ALLAh Taala sahaja yang dapat membalas budi kalian. Pada Rakan2/member2 yang hantar SMS or call, terima kasih kerana keperihatinan anda. Maaf jika arwah kakak & aku banyak buat silap sepanjang kita bersahabat.

p/s : ALLAH menganugerahkan pelangi yang Indah disebalik Hujan & ribut yang melanda. :)

post signature

Monday, June 27, 2011

Honeymoon

lama tak ku sapu habuk2 yang bersawang di blog ni..rindu nak menulis tu tetap ada... tapi masa yang membataskan diriku untuk berbuat demikian... :P(berpuitis nampaknya .ahaks!) agak2-nya aku pun dah tertinggal jauh ke belakang dalam hal penulisan Blog.. :P..weeehuuuuuu... tgk org jer duk entry selama ni..kita masih lagi berdiam diri.. apa2 pun aku tetap sayang blog aku ni.. MuachHHhh untuk blog aku sekali! :)

Macam2 hal berlaku membuatkan aku tak sempat nak menulis sepatah dua kata kat sini. ni kiranya macam mencuri ruang untuk meluahkan apa yang terpendam ... :) bukan sekadar cerita yang meraih simpati , cuma satu cara untuk aku menyebarkan isi hati ini...

alkisah... "Kenapa tak pergi Honeymoon?"...atau "pergi Honeymoon di mana?"

After MyWed hari tu kakak aku admit ward... terpaksa la cuti aku yang seciput itu aku gunakan untuk menjaga kakak di ward... kiranya mcm duduk kat hotel la... hari2 en.Hasben datang hantar makanan dan temankan aku bersembang...tak dapat aku bayang kalau berhoneymoon di hospital ni tanpa my asben..hahahh giler la jadinya..ngan sape saje nak aku bersembang... ??? :P Sekarang aku masih dalam proses bagi cuti tanpa gaji selama 3 bulan. harap-harap la dapat... hrmm... senang aku nak menguruskan pesakit.

Kerjaya aku sekarang sebagai seorang 'Nurse' yang tak berapa nak bertauliah.. yer la... dah berbulan duk kat spital nih... dah mahir la dengan sedikit prosedur dan peralatan yang digunakan untuk kakakku. Boring tak duk kat hospital? tak yah nak citer la... rasa mcm nak muntah nak pengsan semua ada.. betapa aku dalam keboringan yang teramat. banyak la jugak aktiviti-aktiviti yang tertangguh...hehehehhhehehe... keadaan yang tidak mengizinkan. Mujur dengan inisiatif aku n asben.. kitaorg menuju ke Maxis center dan mendapatkan si Putih Comel yang membawa anda ke alam maya... takder la aku boring sgt berada di hospital ini. Si Putih Comel ini akan ku Top-up bagi 'menghidupkan' aku sentiasa berada di alam maya.. :) Si Putih Comel.. aku sayang kamu broadband wireless... :P

Ramadhan yang datang tahun ni juga banyak menguji keimanan aku.. terpaksa berpuasa di hospital ... berbuka sensorang aje.... tanpa my asben (sob..sobb..sob) sekali sekaler ada la jugak My asben temankan tapi yer la... keadaan mesti kurang selesa berbanding di rumah. penat tak usah cerita la... bermalam di atas kerusi rehat...kesejukkan... macam2 la... payah nak cerita... nanti aku sambung pada entry seterusnya... sabar yer kerana bulan ni juga..kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mendapat keredhaan dari-Nya.

P/S :Mungkin raya pun aku masih di Hospital.....argHhhh.. i need to go to holidays...USS or SABAH may be............................. T.T

post signature

Wednesday, April 27, 2011

Yaya Azura 1st Giveaway


BerdeshUmMMMm...... telah di tag oleh Leily... "anyway mak tak kesah..mak pun suka GA..meng-GA ini..." :)

Kali Ni dianjurkan Oleh YaYa Azura Ibunya si Wafiq.. :) (berkat nama yang sama kot dapatlah merasa GA kali ni :P)
Sesekali menjengah ke Blog nye Pun bagus jugak..mendengar celoteh dari Puan Yaya kita ni .:-----------------------------------------------:.

Rasanya mcm Nak Tag:-
jeng..jeng..jengggggggggggg............

1. Sue Ani

2. Sya

3. Mek Ja


Selamat ber-GA yerk!!!!

post signature


Tuesday, April 19, 2011

Mawar Oh Mawar...

entry kali ni berkenaan Mawar oh Mawar... bukannya seorang awek bernama Mawar dilarikan ke Lombok, tapi... pasal air mawar untuk majlis persandingan aku bebaru ni... walaupun kisah ini sepatutnya didahulukan dari entry di bawah, tapi tak salah sekiranya aku mencoret sedikit kisah dan pengalaman pasal air mawar ni... Ceritanya Begini....

Aku ni seorang manusia yang tidak pernah involve dalam urusan adat istiadat perkahwinan terutamanya acara renjis-renjis dipilis ni...
Nak dijadikan cerita....aku diminta untuk mengambil baju persalinan(untuk bersanding-Hubby punya) di butik pengantin. Sesambil itu, dengan gatai mulut aku telah bertanya... set pelamin yang aku tempah tu sekali dengan alatan merenjis? tokey tu cakap memang dia pakej sekali... camner pulak dengan air mawar-nya?tokey itu menyuruh aku mencari sendiri di Kedai Menjual Rempah terkenal kat Daerah aku ini.. Dalam perjalanan ke Kedai tersebut terdetik difikiran aku " air mawar ni ada berapa jenis? yang untuk digunakan semasa mengkafan jenazah yang mana? yang merenjis yang mana?"

Dengan slumberjer aku menyuarakan pendapat aku kepada Hubby(ketika itu tunang) aku yang sebenarnya aku tak tahu air mawar mana yang patut aku beli. Sampai di Kedai Rempah, huihhhh..banyak jugak jenis air mawar...botol besar..botol kecik... macam2 pattern ada... pening! "Kak, air mawar untuk merenjis tu yang mana?" dengan penuh harapan aku menyuarakan soalan. "saya ngak tau yang mana satu ya buk, semuanya air mawar!!" ...Laaaaa.... Indon la pulak..."abis tu mcm mane ni bang? kan salah kita beli air mawar org mati!!!! malu kita....!!!" kegusaran disuarakan kepada Hubby aku.. memandangkan kedai ini juga ada menjual kapur barus untuk kegunaan pengembumian jenazah.

setelah membayar sebotol air mawar seperti di atas... aku pulang dengan harapan air mawar ni la untuk merenjis...Sampai dirumah... dengan bangganya aku menunjuk botol air mawar dalam genggamku akan ku gunakan untuk acara merenjis. Pantas aje sedara mara ku yang berkumpul di dapur... "ko beli air mawar org mati!!!" adoiiii terkantoi....rasa muka ni mcm cicak kubing terjatuh ke lantai......Gelak???? tak usah nak cerita la.....mau pecah pintu dapur rumah aku. Salah seorg kakakku membelek botol air mawar tu, ohh rupanya air mawar untuk masakan...(nasi beriani kalau tak silap ler!!)..dan moral of the story, pegi la butik kecantikkan... tanya air mawar yang digunakan untuk kecantikkan ke ape ke... ni pakai bedal aje ... rasanya korang ada experience bangang mcm aku ni?? hehehehhe.. :) n MyHubby, kamu tetap cool ajer walau dikutuk bersama membeli air mawar org mati...adeh.. :P

P/S: tgh bersanding..... tak tahu sape yang uruskan air mawar itu.. :)

post signature

Kompang di palu..


"Kompanggg di palu pengantin malu..." haih...ari ni dah 5 hari aku menjadi seorang isteri... :) perasaan?? biasa aje kot.. maklumlah bukannya tinggal sekali bersama Myhubby...terpaksa berpisah demi mencari nafkah.. :) (miss u dear!)

Penat tak usah nak cerita la.... Rata-rata tetamu yg hadir frust tak dapat jumpa dengan pengantin yang paling jelita abad ini (perasannn!!) angkara aku pergi outdoor diwaktu matahari tegak dikepala...memang happening dan fenin fotographer aku mencari angle2 terbaik gambar majlis raja sehari ni.. :) seribu thumbs up untuk Shamsul Fazrien a.k.a Ayien yang bersabar dengan karenah aku n MyHubby yang tak reti bergaya ini.. :)

yer la..seperti majlis2 kawen lain... Umpama rumah siap pahat berbunyi.... ada la terdengar desas desus yang tidak menyenangkan... tapi apakan daya dah terjadi semuanya.. aku pun masih lagi mood gembira bersama suami terchenta.. :P

terima kasih tidak terhingga bagi mereka yang membantu majlis perkahwinan aku, yang meluangkan masa untuk hadir dan tak lupakan juga yang mengucapkan tahniah... semoga segala penat lelah, ucapan anda, dibalas dengan keredhaan dari Allah SWT. tiada apa yang mampu aku balas selain ribuan kasih sayang dari aku dan suami.

P/S : Doakan yang terbaik untuk aku dan Suami... :)

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

post signature

Sunday, April 10, 2011

Out Of Service


haih...Tup..tup tinggal 4 hari lagi aku bertukar status..resah gelisah rasanya..yer la persiapan dan persediaan mcm dah OK..cuma terfikir kot2 ada lagi tak OK...

Apa yang paling sedih untuk ditinggalkan???? zaman s.i.n.g.l.e arrr paling best! nak kemana-mana ke buat ape jer takder org nak larang...sekarang kena fikir org ke dua..hik hik hik :). setiap aktiviti tentu skali die terlibat sama... atau dalam erti kata lain... "aku angkut semuanya!".....

Dalam jangkamasa 4 atau 5 atau 6 hari, aku rasa terpaksalah aku shut down segala aktiviti internet aku dan menumpukan sepenuh perhatian kepada MyBigDay itu... terpaksalah aku out of service untuk MyBlog n Facebooking yang aku cintai ini.... After MyWed... aku bercerita kembali di lembaran baru..mukadimah baru...sebagai isteri org.. :) ..doakan yang terbaik untuk aku!!! Peace..!!!

p/s : Ada org dah mengidam nasik minyak majlis aku....... :) so sweettttt......

post signature

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers